kbba9

DUIT MODAL

Tuesday, December 27, 2011

Bersederhanalah dalam segalanya..

Salam 1 Malaysia..

Lama dah rasanaya x update blog ni.. buat entry panjangpanjang.. hurmm.. Sebenarnya nak kongsi sesuatu dgn korang.. apa yang ingin saya kongsikan ini tak de kena mengena dengan yang hidup atau yg mati, terutamanya lelaki, tp ia sekadar pengalaman sendiri untuk dikongsi bersama..

Pernah x korang rasa bahawa korang adalah putera atau puteri cinta?? Maksud saya, biasanya seorang putera atau puteri akan mendapat apa saja yg mereka mahukan.. tidak seperti orang biasa yg lain.. hurmm.. mesti ramai kan yg seperti itu? Saya?? Alhamdulillah…. ALLAH selalu memberi saya peluang untuk merasai cinta itu.. Cuma mungkin cara kita merasai cinta itu berbezabeza dr semua org..

Cuba korang renungkan..

Bila di public :
Ada sesetengah lelaki, apabila bercinta, dia kelihatan begitu mesra sekali apabila berdua.. Tapi, apabila bersama rakan sekerja atau kawankawan, sikap mereka 100% berubah! Ada juga yg sebaliknya.. Namun, bg seorang perempuan, mengapa mereka boleh berkelakuan yg sama sama ada berdua atau di hadapan orang ramai.. sentiasa menunjukkkan kasih saying mereka pd pasangan tanpa berbelah bg walau sedikit pon!

Bila ditanya :
Ada sesetengah lelaki, tidak suka mengaku bahawa mereka telah bertunang ataupun berkahwin kepada wanita lain.. hal ini boleh mengakibatkan wanita tersebut menaruh hati kepada mereka.. mengapa?? Mengapa mempermainkan hal berkaitan kasih sayang?? Bukankah kasih sayang tu suci dan dtgnya dr ALLAH utk kita hargai?? Tidak kurang juga situasi apabila keduaduanya telah berterus terang, tp masingmasing mahu menruskan hubungan?? Aarrrghhhh.. kenapa? Bagaimana? Situasi ni mengganggu pikiran saya sejak saya mula mengenal cinta lagi..

Bila bercinta :
Ada satu pasangan suka menghebahhebahkan berita percintaan mereka.. ada satu pasangan yg lain, suka merahsiakan sehingga mereka bernikah.. ada juga yg cukup sekadar mereka tahu sesama sendiri.. tidak perlu teman, BFF apatah lagi keluarga tahu.. dlm zaman siber ni, acapkali kita lihat pasanganpasangan menghebahkan perhubungan mereka di FB, Twitter dsb.. ( saya pun sama.. tp L)

Bila dah berumahtangga, :
Ada pasangan yg semakin mesra selepas berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka.. ada pasangan lain yang pagi petang siang malam berperang mengalahkan Perang Dunia Ke-2.. ada juga yang seolaholah tidak mengenali pasangan walaupn telah bercinta selama bertahun-tahun!!! Oh Memang Gila!! Benarlah kata seseorang kepada saya : bila kita bercinta dengan seseorang, tidak semestinya kita mengasihi mereka..  begitu juga jika kita bersama/berkawan mereka utk bertahun lamanya, tidak bererti kita mengenalinya!

Bila dah ada keluarga (anak)
Ada pasangan happy, syukur dan rasa anak itu rezeki.. ada juga pasangan rasa anak itu Cuma penghalang kebahagiaan mereka suami isteri.. x kurang juga ada yg mahu merancang untuk mendapatkan anak.. jgn lupa pula situasi keluarga yg mahukan cucu/cicit lelaki sahaj, atau perempuan sahaja.. bukan kah itu memberi tekanan kepada pasangan tersebut?? Apatah lagi yg baru memulakan alam rumahtangga.. hurmm…

Bila dah lama bersama :
Ada pasangan mula rasa bosan, mula mencari insane lain (insane ketiga).. ada pasangan sedang mencuba memperbaiki hubungan mereka.. ada juga yang terus beri kata putus (cerai).. ada juga tersepit dgn kemahuan anak, keluarga dan isteri.. x lupa juga yang hanya berpura-pura bahagia, hakikatnya mereka sedang menderita..
Apapun yang terjadi, siapa pun kita, atau di mana sekalipun kita berada, kita kena bersyukur dgn setiap kurnian ALLAH kepada kita.. percayalah bahawa ALLAH menurunkan dugaan hanya kerana DIA tahu kita mampu untuk menghadapinya dan menempuhinya.. bukan kerana DIA mahu membebankan kita.. setiap satu hubungan memerlukan komunikasi yang baik, sikap saling mempercayai, jujur antara satu sama lain, setia dengan pasangan dan diri sendiri, hormat-menghormati, dan memahami keperluan dan kehendak pasangan serta hubungan..

Sekiranya kita diberi dugaan yang teramat berat untuk kita pikul, berdoalah kepada-NYA.. Mohon petunjuk dan rahmat serta hidayah daripa-NYA.. Mudahmudahan ALLAH memberi pertolongan kepada kita supaya kita lebih tenang dan kuat utk menempuhi segalagalanya.. Dengan itu, adalah lebih baik kita bersederhana dalam segala hal yang kita lakukan.. sama ada cinta, kehidupan, minat atau sebagainya.. tp, lebihkan amalanmu kerana itu yang menjanjikanmu semua kebahagiaan dan kecintaan kelak.. percayalah janjijanji ALLAH utk semua hambanya.. di mana kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.. namun, sekiranya kita telah melakukan kejahatan.. PINTU TAUBAT sentiasa terbuka kepada kita selagi kita bernyawa.. Renungrenungkanlah.. PEACE..

Buatmu sayang…
Tanpu cintamu umpama membiarkan aku terapung di lautan mati..
Tanpa sayangmu umpama membiarkan sepohon pokok mati kehausan..
Tanpa dirimu umpama rumah yang gelap tanpa cahaya lilin..
Namun.. kasih sayang ku padamu tidak dapat mengatasi kasih sayangku pada-NYA..
Cintaku tak mampu kau atasi seperti cintaku pada-NYA..
Dan kehadiranmu tak kurindui seperti ku merindui kehadirann-NYA setiap masa..
Kerana cinta mu x seagung cinta-NYA..
CINTA KU KEPADA ALLAH..


P/S ; Ini cuma luahan saya saja melalui pengalaman, harap tiada yang terambil hati.. peace!

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING