kbba9

DUIT MODAL

Friday, January 27, 2012

Cara Kita Tidur

Assalamualaikum.. Petang ni CH nak share sumthing tuk u all baca.. hehe.. jangan ada yang terkejut plak... huhu.. ^_^

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala 
– Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda dan anda menjaga keluarga sebaik mungkin. Tetapi anda sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut 
– Anda sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai, namun hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu menyimpan rasa dan sekiranya anda berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidur.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang 
- Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri . Walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri anda memang dipuji.

4. Tidur Merengkuk 
– Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.

5. Tidur Mengiring dan Merengkuk 
– Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkukkan  
- Anda adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil atau kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala 
– Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk, anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda. Sekiranya anda mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.

8. Tidur merengkuk di satu arah
 – Gaya tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa 
– Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar. Anda cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, anda juga  tergolong dalam kategori pemboros . Namun anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda.

10. Tidur meniarap 
– Sekiranya anda tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri. Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur.

so, anda rasa nada yg mana satu?? hehe.. apapun telahan yang telah dibuat jangan lah kita terlalu mempercayainya, sebaliknya sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki diri.. Wallahualam..

sumber : e.petua




nota kepala : agakagak CH yg mana ek? hehe..

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING