kbba9

! Raya Sale !

Wednesday, February 22, 2012

Winning Entry - Cuti-Cuti Malaysia & HER WORLD/ HEATHCOTE & IVORY Promotion


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. rasanya dah lama x update blog ni sejak2 g kursus ni.. hehe.. apapun, arini entri pendek je.. entri pasal kemenangan me dalam 2 contest. Satu tu, contest Cuti-Cuti 1 Malaysia Facebook Fan Page, yg lagi satu HER WORLD/HEATHCOTE & IVORY PROMOTION - JAN 2012.

Yang contest CC1M tu me dapat email semalam. katanya me akan dapat CC1M doll and bag.. goodies lah rasanya.. actually, me sgt suprised! sebab me tak tau contest yg mana me masuk.. bila bkak FB dia, cm xde je post pasal contest.. xpelah, me reply je email tu, sbb diorg kata nti diorg pos kat me.. so, me tunggu jelah.. hehe..

yang contest majalah tu, actually me pun x pike sgt yg me akan menang.. sbb me dah lama sgt x menang hadiah contest dr majalah ni.. bila encik tunang kata ada surat (me guna alamat umah en.tunang), me cm excited nk tau.. rupanya me menang hands cream yg worth RM198.. XPELAH, syukur Alhamdulillah.. ada gak rezeki me dalam contest ni..kira-kira, total me menang tuk bulan feb ni ada banyak gak.. lebih dr rm5oo lebih.. hehe.. alhamdulillah..

nanti me dah amek hadiah me buat entri lain k? hehe..
ok, me nak g mamam jap..
Assalamualaikum...


p/s : kemenangan ke 2 & 3 dalam feb 2012
total kemenangan :




nota kepala : tadi me tgok blog sifu comper - Mama Zhafran ada cite pasal pro comper. so, me rasa x sabar nak beli MMW tuk tgok pro comper yg hebat tu.. nak jadikan semangat tuk terus berusaha!

Saturday, February 11, 2012

BAJET BARANG HANTARAN UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum.. harini CH nak share sikit pasal bajet tuk majlis pertunangan, so, sesiapa yang rasa belum buat bajet, terutama yg ada bajet sederhana je boleh cuba baca eh.. hehe



BAJET SEDERHANA
Kalau ikut adat orang Melayu dulu-dulu, barang hantaran ketika majlis pernikahan kena bg ikut nombor ganjil. Biasanya brg daripada perempuan lebih sikit drpd lelaki. Contohnya, 5-7, 7-9 dan 9-11.  Tetapi untuk majlis pertunangan, kebiasaannya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Untuk majlis pertunangan, kita tidak digalakkan beli barang-barang yg mahal. Cukup sekadar membeli barang-barang yg boleh diguna pakai ketika majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki, mungkin RM1000 dah cukup dijadikan ‘modal’ pertunangan. Namun, sebelum membeli, kita perlu mengambil kira persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga, lelaki dan perempuan supaya tidak timbul sebarang masalah. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum membeli barang-barang hantaran.
Senarai Barang Hantaran Bagi Pihak Perempuan :
  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (kalau boleh pilih yang dijual satu set – siap dengan kotak)
  4. Kain songket / kain pelekat
  5. Sejadah
  6. Tuala
  7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
  8. Coklat atau manisan lain
  9. Kek
  10. Potpourri
  11. Buah-buahan
Senarai Barang Hantaran Bagi Pihak Lelaki:
  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan, batu permata pun boleh)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding,  dan sebagainya

Senarai di atas boleh juga diguna pakai oleh sesiapa yang nak terus adakan majlis pernikahan, cuma perlu ditambah sedikit saja lagi.. sesiapa yang ada bajet lebih, bolehlah buat majlis pertunangan mereka seperti yang diimpikan.. Kalau perlu, boleh tambah pelamin di ruang tamu, supaya semua orang boleh nampak empunya badan yang bertunang tu, huhu.. boleh juga jemput sahabat handai, jiran tetangga, atau media.. :) 

tapi, sebagai umat Islam, kita digalakkan supaya besederhana dalam segala hal.. bertunang tidak perlu dihebahkan, kerana sekiranya berlaku perpisahan, orang sekeliling akan mengata, tetapi, sekiranya ingin bernikah, hebahkan lah seberapa ramai yang boleh, supaya tidak menjadi bahan fitnah manusia.. Nauzubillah..




terima kasih sebab sudi baca.. kalau suka, sila komen.. hehe..


nota kepala : teringat masa tunang dulu, x jemput ramai kawan, smpai ada yg kecik hati.. em.. :(

Thursday, February 09, 2012

8 PETUA CANTIK
(Istimewa Untuk Wanita)

Assalamualaikum..

“ eh, awak nampak awet muda lah.. segar je saya tengok muka awak ni.. J 

Pernah x ada orang cakap macam ni kat korang kan??
Mesti kembang kempis hidung korang kan??
So macam mana nak dapat pujian macam tu?? Hehe..
CH ada petua untuk cantik tuk dikongsikan dengan kamu semua..
Petua-petua ni boleh gak diamalkan oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. So, x bermakna anak dara je yang boleh nampak segar dan  cantik yer?? Mak-mak dara pun boleh tau..
Yang penting, nak atau tak nak jer.. ^_^

Petua Cantik :

1. Bangkit Bersambut Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda. Lebih elok sekiranya mahu membuat kerja atau membaca dalam keadaan duduk. 





nota kepala : suka tengok Ayu Raudhah, muka dia cantik walaupun x bermekap tebal dan x pakai bulu mata macam kakak dia.. P.E.A.C.E!
Aku & DSLR

Assalamualaikum..

Sebenarnya, dh lama me nak buat entri pasal DSLR ni..
Bukan apa.. sejak kebelakangan ni, me tengok hampir semua kawankawan me dah ada kamera DSLR ni..
Tengok kanan, tengok kiri, depan, belakang, atas, bawah =DSLR!
Yang buat me makin tercabar adalah, kawankawan me yg masih belajar dh dpt beli kamera yg harga ribu riban!! Tapi me??? Huh!

“Jangan mengeluh sayang, rezeki orang kan lain-lain.. awak patut bersyukur tau yang awak x susahkan sesapa tuk miliki semua tu..”  kata encik Tunang..

Yup! Kerana semangat dia, me masih excited nk kumpul duit beli kamera DSLR tu..
Me tau, encik tunang suka maek gambar, tapi sbb dia tau duit tuk beli kamera tu lebih sesuai untuk digunakan tuk perkara lain, jadi, encik tunang letak tu di tempat yang terakhir skali.. Kesian awak..

Dulu me pernah niat, kalau lah me dh cukup kumpul duit tuk beli DSLR tu, me nak hadiahkan tuk dia.. sebagai hantaran.. tapi, bila fikir-fikir balik, x jadilah.. sebab encik tunang kata baik gunakan tuk pegi honeymoon.. huhu.. bagus gak idea encik tunang I tu aw! (gatal lah tu.. J ) hehe..

Cuma yang me rasa sedikit ralat tu, me tak terfikir nak beli DSLR masa me kuar duit KWSP dulu.. me cuma terfikir nak beli barang kemas je, pastu belanja orangorang yg tersayang.. yang lebih, me simpan dalam ASB me.. nk guna sayang.. xpelah, me pelanpelan kumpul duit semula.. sebab ada orang pernah gitau kat me dulu,

 “ Bila kita ada duit lebih dlm dompet, kita kena kongsi dengan orang yg dah nampak/tahu, terutamanya orangorang yg tersayang.. walaupun nilainya RM0.50.. sebab bila kita buat orang gembira, secara tak langsung mereka akan mendoakan kebahagiaan kita, kan itu lebih baik.”

Sejak tu, bila me ada duit lebih sikit je, me suka belanja sesapa saja.. hahaha.. statement xleh blah!!  Maksud me, belanja makan ke, tgok wayang ke.. hehe.. apa apa aje asalkan mereka happy.. manalah tau, rezeki me semakin melimpah ruah.. ye tak? Hehe..

Xpelah, apapun, niat untuk memiliki DSLR akan me cuba laksanakan.. pelan-pelan, sedikit demi sedikit, asalkan me x susahkan orang lain.. and me dah decide untuk beli DSLR apa, so, from now, me dah start kumpul duit.. hehe.. nak tau brand apa yg menjadi pilihan me tuk kamera DSLR ni???

Tadaaaaa!!!!!


Cantik x?? Harga dia pun cantik gak.. huhu..



nota kepala : mudah-mudahan dipermudahkan jalan untuk memiliki kamu sayang..

Wednesday, February 08, 2012

Dugaan


Akhir-akhir ni duka, sepi, sedih sering menghantui aku.
Berlegar-legar dalam kotak fikiranku.

Lemah.

Pasrah.

Redha.

Berusaha.

Berdoa.

Tawakal.

Itu je yg mampu aku lakukan buat masa sekarang nie..
Sekadar duduk menyepi di satu sudut rumahku..
Duduk berfikir di bangku pejabatku..

Kenapa?

Mengapa?

Bagaimana?

Bila?

Betul ke org kata Allah akan temukan kita dengan orang yg salah sebelum kita jumpa dengan orang yg betul??
Tapi aku tak rasa dia orang yang salah..

Beristighfar..

Astargfirullahalazim…

Aku sayang dia..
Berikan aku kekuatan ya ALLAH..

Monday, February 06, 2012

Takdir Kita...



Sayang..
Andai ini takdir kita..
Aku harap kau akan jadi yang terakhir untukku..
tapi sekiranya telah ditakdirkan kau bukan untukku, setelah apa yg kita lalui bersama, aku redha..
Aku tau kau pun tidak mahu, tapi siapa kita untuk melawan kuasa-Nya..
Kita hanya mampu merancang.. tetapi ALLAH yg menentukan segalanya..
Aku pasrah, redha, tawakal..
Andai Ini takdir kita..


nota kepala : ................................. "(
Family Day Cawangan Kewangan & Perolehan, JKDM, Johor Pada 6-7 Feb 2012- Part 1

Assalamualaikum..
Hai semua.. sehat ker?? huhu.. arini CH nak gerak g Air Papan, Mersing tuk family day opis CH.. Tapi, cuma dua keta je dari Menara Kastam, yg len sume dh gerak dulu.. maklumlah.. CH xtau jalan.. hehe.. apapun, doakan lah CH pergi da balik dengan selamatnya.. hurm..
sebenarnya dalam hati CH ni ada rasa sedey, sebab CH bergaduh dengan encik tunang ari sabtu aritu.. ntahlah.. tiap kali kami nk buat sesuatu je mesti ada yg akan terkecil hati... dugaan bertunang katanya.. owh, yelah.. mungkin juga.. xpelah, buat sementara ni, kesedihan letak no 2 dulu.. CH kena bg full komitmen pd family day kali ni, memandangkan ni yg pertama CH join sejak pindah kat pejabat ni.. xtaulah mcm ne gayanya kat sana nanti..
em.. CH pergi dgn kawan CH, nama dia Azlina.. dia BFF CH dr zaman form 1 lg.. huhu.. nampaknya semua org dah excited nk grak.. jd, CH nk out dulu k.. daaa... nanti CH update lagi ok..
Assalamualaikum...


nota kepala : masih mengharap si dia akan menghubungi CH.. "(

Wednesday, February 01, 2012

Menang Hadiah dari Majalah Women's Weekly edisi Jan '12

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. CH nak share contest yang CH menang.. semalam sebelum balik, CH dapat SMS dari pihak MWW, dia bgtau yg CH menang hadiah drpd PHYTO .. balik je umah, CH cek kat majalah keluaran Jan 2012 tu.. Hadiah yang bakal CH menang nanti adalah barangan keluaran Phyto yang berjumlah RM80.. katanya untuk masalah rambut.. huhu.. Oklah, atleast, dapat berjimat.. kalau X bersesuaian dengan CH, nnati CH boleh bg pada mak abah ataupun bakal mak mertua.. boleh gak amek hati diorang kan.. lagilagi sempena bulan kasih syang ni.. hehehe.. nanti CH dah dapat hadiah tu, CH update lg ok? tunang CH kata, ni baru permulaan.. mana tau rezeki kami, boleh menang kete atau wang tunai.. hehe.. amin.. daaa...



nota kepala : kemenangan ke-3 dalam tahun 2012

!!Jom Tambah Pendapatan!!