kbba9

DUIT MODAL

Saturday, February 11, 2012

BAJET BARANG HANTARAN UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum.. harini CH nak share sikit pasal bajet tuk majlis pertunangan, so, sesiapa yang rasa belum buat bajet, terutama yg ada bajet sederhana je boleh cuba baca eh.. hehe



BAJET SEDERHANA
Kalau ikut adat orang Melayu dulu-dulu, barang hantaran ketika majlis pernikahan kena bg ikut nombor ganjil. Biasanya brg daripada perempuan lebih sikit drpd lelaki. Contohnya, 5-7, 7-9 dan 9-11.  Tetapi untuk majlis pertunangan, kebiasaannya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Untuk majlis pertunangan, kita tidak digalakkan beli barang-barang yg mahal. Cukup sekadar membeli barang-barang yg boleh diguna pakai ketika majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki, mungkin RM1000 dah cukup dijadikan ‘modal’ pertunangan. Namun, sebelum membeli, kita perlu mengambil kira persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga, lelaki dan perempuan supaya tidak timbul sebarang masalah. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum membeli barang-barang hantaran.
Senarai Barang Hantaran Bagi Pihak Perempuan :
  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (kalau boleh pilih yang dijual satu set – siap dengan kotak)
  4. Kain songket / kain pelekat
  5. Sejadah
  6. Tuala
  7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
  8. Coklat atau manisan lain
  9. Kek
  10. Potpourri
  11. Buah-buahan
Senarai Barang Hantaran Bagi Pihak Lelaki:
  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan, batu permata pun boleh)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding,  dan sebagainya

Senarai di atas boleh juga diguna pakai oleh sesiapa yang nak terus adakan majlis pernikahan, cuma perlu ditambah sedikit saja lagi.. sesiapa yang ada bajet lebih, bolehlah buat majlis pertunangan mereka seperti yang diimpikan.. Kalau perlu, boleh tambah pelamin di ruang tamu, supaya semua orang boleh nampak empunya badan yang bertunang tu, huhu.. boleh juga jemput sahabat handai, jiran tetangga, atau media.. :) 

tapi, sebagai umat Islam, kita digalakkan supaya besederhana dalam segala hal.. bertunang tidak perlu dihebahkan, kerana sekiranya berlaku perpisahan, orang sekeliling akan mengata, tetapi, sekiranya ingin bernikah, hebahkan lah seberapa ramai yang boleh, supaya tidak menjadi bahan fitnah manusia.. Nauzubillah..




terima kasih sebab sudi baca.. kalau suka, sila komen.. hehe..


nota kepala : teringat masa tunang dulu, x jemput ramai kawan, smpai ada yg kecik hati.. em.. :(

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING