kbba9

! Raya Sale !

Thursday, May 24, 2012

Kesabaran Itu Ada Ganjarannya

Assalamualaikum..

Kadang  kita tak tahu ada sesuatu yg sedang menanti kita di depan,
 tapi kita sering melihat kebelakang.. 
Sedangkan, yang dibelakang itu adalah kenangan dan seharusnya dijadikan sejarah dan pengajaran.. Bukan untuk diratapi atau ditangisi.. 
Tapi begitulah hakikatnya manusia ini, tidak pernah sedar akan apa yang mereka ada, sehinggalah mereka kehilangannya.. 
Hurm.. Namun, percayalah, hakikatnya, 
bahawa kesabaran yg tinggi menjanjikan pulangan yang tinggi juga.. :)

Tuesday, May 22, 2012

Masih bercerita tentangnya..

...........

sambungan dari entri lepas..  sila tengok post INI dan SINI..

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sabda nabi:

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"


terima kasih sebab sudi baca..
  

nota kepala ; sama2lah kita amalkannya..

kelebihan lain..

.........

Sambungan dari entri INI

### Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

### Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

### Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

### Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

### Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

### Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 



Kelebihan lain bulan Rejab:

** Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

** Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

** Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

** Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

** Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

** Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

** Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

** Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

** Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

** Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

** Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

** Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

** Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

** Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

 

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

-->> Israk dan Mikraj (27 Rejab)

-->> Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

-->> Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)


terima kasih sebab sudi baca.. :) kalau suka boleh share..


nota kepala : Hurm.. Mungkin kita terlupa apa yang kita pelajari di zaman persekolahan dulu..




FADHILAT BULAN REJAB | Mari Kita Hayati Bersama..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Bulan Rejab kembali lagi. Bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. 
Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, iaitu bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. 

Anda semua tahu apa maksud Rejab??
---->> Rejab bermaksud TA'ZIM (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Kita digalakkan untuk melakukan pelbagai amalan yang baik di dalam bulan Rejab.. bukan maksudnya bulan REJAB je yg korang kena buat baik yer.. tiap2 hari tau! Antara amalan baik yang korang boleh buat adalah BERPUASA. Sebab, ganjaran berpuasa pada bulan Rejab amat besar.. Seperti yang diberitahu dalam hadis Rasullah S.A.W tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab.



Mari kita lihat apakah ganjaran yang kita perolehi dengan berpuasa di bulan Rejab.

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 


Ya, ALLAH.. banyaknya ganjaran yang kita bakal dapat dengan hanya berpuasa je! Ish, rugi rasanya kalau kita x buat kan? ok, kalau macam tu, mari kita sama2 sebarkan ilmu ini dengan kawan..

Tunggu entri lain dari saya tentang bulan Rejab ni ye.. Terima kasih sbb sudi baca..


Sumber : Google


nota kepala ; saya hanya ingin berkongsi, wallahu'alam..


Friday, May 18, 2012

Padan Muka Kau

padan muka aku..
sape suh emmandai nak tukar background..
x pandai, ada hati nak buat sendiri.. tgoklah pe hasilnya??
ko sendiri pening kan?? lantak lah situ..
bosan..
nanti ko dah rajin sikit, ko tukar balik ek??
hahahaa..

!P.A.D.A.N.M.U.K.A.A.K.U.!

Monday, May 14, 2012

Dilema

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik kita dah berada di pertengahna bulan Mei, hurmm.. Tapi, sampai hari ini, belum ada pencapaian yg agak memberangsangkan buat diri aku lagi.. xpelah.. aku bersyukur masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dan berjuang untuk mencapai impian dan cita-citaku.. cuma satu je yg belum tertunai.. IMPIAN UNTUK ......

SAMBUNG BELAJAR..

hurrm..

yer, aku rasa dah lama niat tuk sambung belajar tu aku dah pasang, dari taun pertama aku kerja, tapi x pernah lagi aku tunaikan.. ntah bila agaknya.. kata kawankawan, belum rezeki.. hurm.. tapi, pada aku, rezeki tak akan ada kalau tak dicari.. sebab Allah dah bg kita ruang dan peluang, tinggal kita je yg nak menerima dan mencarinya.

tapi kadang-kadang kita ni tamak kan? semua kita nak buat, sdangkan kita tau kita tak mampu, baik dari segi duit atau masa.. hurm.. dalam kes aku ni, aku ni bukan kategori tak mampu dari segi duit.. tapi tak maksud aku ni kaya atau banyak duit, syukur Alhamdulillah.. ckup utk segala2nya.. yang tak mampu tu dari segi masa.. Astagfirullahalazim.. bukan aku maksudkan masa aku tak cukup, tapi aku takot aku tak dapat catch up, lastlast nanti pelajaran aku ntah ke mana.. hurm.. bingung aku..

En.tunang kata, "syg, i konow u can do it.. if u think u can do, just do, it's for your own good.. Tapi, abang tak nak sampai syg stress, tu jer.. i know you better..  abg xnk ayg terikut-ikut atau rasa down sbb org len berjaya.. rezeki u mungkin kat tempat lain, bkn bila u takde Ijazah, maknanya u tak berjaya.. apapun, abg sokong syg.." GULP.. tertelan air liur aku masa dia cakap tuh! aku tau dia cuma nak nasihatkan aku.. (saja aku bg bold tulisan tu jadi warna hijau) aku tau dia dah masak kot gan pangai aku ni, jadi dia pesan awaiawai kat aku noo... huh! camno ekk??

bila dipikir2kan balik, aku nak merasa jadi student "U".. dulu pas SPM, time aku tak dapat, aku lah manusia paling sedey kat umah tu, aku buat rayuan pun x dapat gak.. sedey gile aku bila tau kawan2 aku yg dapat 2A je pun dapat msuk U, tapi aku.. asek jadi bahan bualan makcik2 aku dan jiran tetangga je.. hurm..tapi sekarang bila dah kerja, malasnya nak belajar untuk jadi pelajar lagi.. ikut peraturan, buat homework, bla bla bla.. apa pun tak boley!

aku betul2 dalam dilema, ditambah dengan mak tiri aku asek cite pasal kak ipar tiri aku yg dah futher study tu, memacam lagi lah aku pikir.. aku sampai terpikir, what's the point dia asek cite pasal minah tu jer?? dia dh ada suami, anak, mmg masa utk belajar.. aku?? suami pun lum ada laie.. ayoyoyo.. mak.. tolonglah paham keadaan aku yg dah cukup huru hara kat opish ni.. lalalallalaa...

apapun, keputusan akan dibuat, aku akan pikiran semula sama ada nak teruskan atau tidak niat utk belajar tu.. semua keputusan kat tangan aku skarang ni.. tinggal aku je yg boleh putuskan segala2nya.. yup, aku! em.. xpela, nti aku try buat review balik, tanya sesapa yg lebih berpengalaman dan mintak pendapat abah dan BFF aku.. sudah tentu keputusan yg terbaik akan aku buat utk keluarkan aku dari DILEMA ini..

Insya-ALLAH..

 terima kasih sudi baca, kalau suka, 
silal lah tekan LIKE! ")



nota kepala : sesungguhnya me hanya mampu merancang.. :)

Friday, May 04, 2012

Never Look Back


nota kepala : never ever look back.. can i do that?? "(

I'm fine without you "(

1. You shouldn't have to work so hard to keep someone in love with you. They either love you or they don't. And love may not always be so easy, but it sure as hell shouldn't be that complicated. If it is, that person is so much less than what you deserve.

2. Sometimes, no matter how much you like someone, they're just not good for you.

3. I realized I was holding on to ...something that didn't exist anymore.

4. I guess I just had one of those wishful thinking moments. Where you hope things might be different, even though you know deep down inside they're probably going to be the same.

5. If they don't chase you when you walk away, keep walking.

6. Why am I constantly thinking about you? I don't understand this, meanwhile I bet I don't even cross your mind.

7. I know that if it's meant to be it will happen. But my faith is running low, my timings off and I'm running out of patience. Just tell me what you're feeling, I want you to follow your heart, because this is me following mine.

8. She has a lot of dreams, she wishes she did this and that differently, if she had maybe her life would be different. Maybe she could be genuinely happy with how her life's going. This is not what she planned.

9. So, he told you he would never leave you right? He also told you how you were the best thing in his life. Then what happened? one day he got up and walked away. He never meant anything he said. He's just another asshole in the world of guys, but honey don't give up, there's going to be a man who finds you & gives you the world.. but this time around, it wont be taken from you.

10. Go ahead leave if that's what you want, I've gotten used to people walking out of my life.

11. The only thing I truly want is to be cuddled up next to you, trying to warm up after playing in the snow with you. To watch movies and drink hot chocolate while we laugh and joke and kiss and you hold me tight. I want to lay in your arms and fall asleep with you. I just want to be with you.

12. The worst isn't when you are in love with someone who doesn't love you back, the worst is when you are in love with somebody who used to love you.



nota kepala : i'm really missing u, want to hug u n said i really need u more than u need me.. but, i'll try never to do so.. cause i know, i've been hurting u.. i just want u to know that all that things i do cause i cared bout u..

Thursday, May 03, 2012

Things Change, People Change



Nota kepala : letting u go, doesn't mean i'm giving up.. i'm still loving u damn much!! "(

Wednesday, May 02, 2012

LOVE



MOOD : missing him ''(

Wordless Wednesday - Redha

Assalamualaikum.. 
Sedar tak sedar, Bulan April telah melabuhkan tirainya dan May telah pun membuka jendela untuk kita penuhkan dengan warnawarna cinta dan cita.. Alhamdulillah.. Rasa kesyukuran yg melimpah ke atas kurniaan-NYA yang Maha Esa.. 
Walau apapun yg telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, aku terima dengan redha dan tenang.. Dengan harapan aku dapat menggembirakan hati semua orang, Walaupun aku sendiri yang tidak gembira.. Emm.. Tapi, adat manusia dan hidup di dunia yang fana ini, mana pernah puas dan apatah lagi sempurna.. Sentiasa ada salah dan khilaf yang kita sendiri tidak sedar akan kewujudannya.. Namun, apa yg patut kita lakukan adalah berusaha, bertawakal dan seterusnya berdoa kepada Allah.. Semoga apa jua yg kita hajati akan sentiasa termakbul dan diperkenankan olehNYA.. Amin.. Insya-Allah..

nota kepala : sentiasa berserah kepada ALLAH utk menentukan yg terbaik utk me dan dia.. :(

!!Jom Tambah Pendapatan!!