kbba9

DUIT MODAL

Monday, August 20, 2012

Petua Untuk Kelihatan Berseri || Khas Untuk Bakal Pengantin Perempuan


## Bunga Mawar

- Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh
  perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

## Timun

- Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan
  rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

## Lobak

- Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk
  meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

## Tomato

- Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya
  pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

## Avocado

- Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang
  ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING