kbba9

! Raya Sale !

Friday, January 27, 2012

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY

Assalamualaikum..
Sekali lagi CH nak join Giveaway anjuran 
cam ne nak join?? senang jer.. macam biasa klick banner kat bawah nie..
harap-harap dapatlah jadi salah satu pemenang giveway ni..
awesome tuh!!


Untuk menyertai Giveaway ini anda hanya perlu mengikut syarat2 mudah seperti di bawah..
Syarat2
1 - Buat entry bertajuk THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY - DONE

2- Letakkan banner The Ladies Photographer di bawah dan link kan ke entry TLP - DONE




2 - Like Fan Page TLP di facebook  http://www.facebook.com/theladiesphotographer dan kepada yg tiada FB, boleh jadi follower di belog TLP - DONE
3 - Like Fan Page Danita Maternity Store http://www.facebook.com/Danitamaternitystore (this is TLP penaja hadiah) - DONE
3 - Tag 5 org kawan blogger
4 - Letak link entry anda di entry TLP
5 - Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 January 2012.

HADIAH
GRAND PRIZE - 1 Photobook Percuma 11 x 8.5 Potrait Hardcover 40pages worth RM230. (Anda poskan kepada saya gambar-gambar anda untuk dibuat photobook dan setelah siap, saya poskan photobook kepada anda)

Ke 2 - RM50 cash dan Free 2 keping gambar 12 R 
Ke 3 - Free 2 keping gambar 12 R

Ke 4 dan Ke 5 - Free 2 keping gambar 8 R  (anda emailkan gambar anda pada saya, saya edit dan  print kan size 8R dan pos ke rumah anda) 

Cara pemenang ditentukan ialah dengan cabutan bertuah, anda bertuah, anda dapat hadiah:)...  
Hadiah tambahan..SURPRISE!!
- Free 2 keping gambar 12 R utk 2 org yg memberikan BACKLINK tertinggi

SO, untuk Giveaway ni, CH nak tag :
So, what are guys waiting for???
awesome tuh hadiah-hadiahnya.. 
jom reramai klick banner tuh tuk join.. 
S.H.A.R.I.N.G. I.S. C.A.R.I.N.G.


nota kepala : selama masuk giveaway dalam blog ni belum penah menang lagi.. hope kali ini de rezki tuk CH.. AMIN..

Cara Kita Tidur

Assalamualaikum.. Petang ni CH nak share sumthing tuk u all baca.. hehe.. jangan ada yang terkejut plak... huhu.. ^_^

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala 
– Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda dan anda menjaga keluarga sebaik mungkin. Tetapi anda sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut 
– Anda sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai, namun hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu menyimpan rasa dan sekiranya anda berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidur.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang 
- Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri . Walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri anda memang dipuji.

4. Tidur Merengkuk 
– Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.

5. Tidur Mengiring dan Merengkuk 
– Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkukkan  
- Anda adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil atau kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala 
– Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk, anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda. Sekiranya anda mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.

8. Tidur merengkuk di satu arah
 – Gaya tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa 
– Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar. Anda cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, anda juga  tergolong dalam kategori pemboros . Namun anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda.

10. Tidur meniarap 
– Sekiranya anda tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri. Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur.

so, anda rasa nada yg mana satu?? hehe.. apapun telahan yang telah dibuat jangan lah kita terlalu mempercayainya, sebaliknya sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki diri.. Wallahualam..

sumber : e.petua




nota kepala : agakagak CH yg mana ek? hehe..

Segmen | 3 Blog Pilihan | Tambah Follower

 



Assalamualaikum..
Ok, arini CH nak join segmen dr blogger otai HasrulHassan, seb bek CH terperasan tadi, almaklumlah.. sibuk wat keja.. okeyh, tanpa buang masa, CH nak perkenalkan blogger baru yg menarik perhatian CH tuk baca n follow..


Blog nur cahaya ni diberi nama ....::suke suki blueberry::.... CH rasa sangat menarik tuk beginner cam kami.. walaupun simple dan entri yang dia buat x banyak, tapi entrientri dia semua menarik perhatian CH terutama entri Kitaran Haid Wanita tu.. lagi satu CH bangga dengan nur cahaya sbb blog dia lagi simple dari blog CH ni.. hope nur cahaya akan lebih banyak share info tuk tatapan umum.. nur cahaya ni lahir tahun yang sama dengan adik CH, tahun 1991.. mungkin usia muda beliau membuatkan nur cahaya rasa mahu meneroka dunianya melalui penulisan..Cuma satu je yg CH tak suka sbb kena bg word verification time nak comment, sbb CH jarang komen blog org, jd kalau tibe rajin nk komen kena verify terus malas.. hehe.. ni pendapat CH ye.. jgn marah.. apapun, teruskan usaha dik! Samasamalah kita menjadi blogger terbaik.. PEACE!


Blog yang kedua ni CH dapat dari blog BLOGGER BARU NI.. Setelah hamper sejam berblogwalking, CH rasa ni blog yg terbaik tuk CH pilih sebagai blogger tuk segmen ni.. nama blog ni Budak-budak Karang Esei.. Owner dah start berblogging sejak Disember 2010.. Nak tau kenapa CH suka blog ni?? Sbb layout yang owner pakai sangat menarik perhatian CH. Apa yang penting ada bentuk love, warna hijau.. sgt berbeza! Yelah, selalu bentuk Love je warna merah dan pink.. so, penggunaan warna tu memainkan peranan juga.. owner blog ni seorang yg simple.. dan pastinya CH akan dtg balik tuk baca entrientri blog tersebut.. (skng pun tgh baca gak smbilsambil.. ) hehe.. susunan gadjetnya pun teratur, tak mcm CH, terabur.. (ntah bila nak tersusun gaknya.. L) owner blog ni rajin gak update.. so, apalagi, jom kita singgah ke blog BUDAK-BUDAK KARANG ESEI NI..


Blog yang last ni pun CH amek dr BLOGGER BARU.. owner bagi nama blog Lya Safar Life.. Blog dia ni yang CH rasa patut di follow sebab ada entry pasal beauty tips, DIY dan gamabr-gambar yang owner upload tu smua cantik-cantik belaka.. owner blog berusia 26tahun dan star blogger since tahun 2009.. yang buat CH rasa nak perkenalkan blog dia ni sebab CH tgok follower dia tak ramai walaupun dah lebih 2tahun berblogging.. atau mungkin dia x kesah tak ramai follower kowt.. (andaian CH jer..) apapun, CH nk ajak anda semua terjah blog dia..

So, apapun atau siapapun pilihan CH adalah atas sebab CH suka.. jadi, kalau anda semua rasa pilihan CH x setanding pilihan anda semua, CH x kesah.. setiap orang ada pilihan sendiri kan, dan diberi peluang untuk memilih, ye dak?? So, happy blogging!!



nota kepala : hope entri ni x mengguris hati sesapa yang baca.. takot sangat! ''(

!!Jom Tambah Pendapatan!!