kbba9

DUIT MODAL

Thursday, September 12, 2013

SANTAN BUKAN PENYEBAB KOLESTROL TINGGI!!



Selama ni kita selalu ditakut-takutkan tentang penggunaan santan kelapa dalam masakan. 

Nanti sakit jantung..!! Nanti kene strok..!! Nanti jadi gemok..!! Nanti..! Nanti..!! 

Hakikatnya, penyakit jantung, strok dan obesiti yang dihadapi kebanyakan orang adalah berpunca daripada unsur lain dalam makanan seperti marjerin, mentega, burger, kerepek dan makanan terproses yang lain. Juga daripada santan segera yang diubahsuai dengan minyak terhidrogen. Santan asli sebenarnya jauh lebih baik daripada susu cair yang kita gunakan dalam masakan. Perlu kita ingat bahawa, Allah mencipta sesuatu itu tidak sia-sia, semuanya untuk manfaat manusia.

Asid lemak di dalam santan adalah asid laurik, iaitu lemak yang sejenis dengan lemak yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang. Selain itu, lemak di dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana (MCFA). Ia merupakan asid lemak perlu paling penting dalam membina dan mengekal sistem imun tubuh.

Santan membekalkan sumber nutrisi yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan. Ini kerana MCFA cepat diasimilasi ke dalam tubuh. Maksudnya, asid lemak ini tidak menjadi lemak di dalam tubuh sebagaimana yang berlaku kepada asid lemak rantaian panjang di dalam susu lembu.

ANTARA KEBAIKAN SANTAN KELAPA ASLI:
*Merupakan sumber nutrisi untuk memberi tenaga segera kepada tubuh.
*Menyokong penyembuhan dan pembaikan tisu.
*Baik untuk kesihatan gigi dan mulut.
*Membantu menghindarkan penyakit hati.
*Membantu menghindarkan obesiti dan masalah berat badan.
*Baik untuk kesihatan kulit dan rambut.
*Memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrisi lain termasuk vitamin, mineral dan asid amino.

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING