kbba9

Thursday, February 14, 2013

Hukum Orang Islam Menyambut Valentine's Day

Assalamualikum..

rasanya, umum sudah maklum tentang hukum menyambut Valentine's Day.. namun, aku masih jua ingin berkongsi, kot2 kalau ada yg masih tidak tahu..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
 
Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                            (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Info ni aku dapat dari SINI dan SINI

ada juga pendapat lain dari alim ulama, tapi mungkin terdapat banyak percanggahan pendapat. tapi, sebagai umat Islam, kite sedaya maklum, segala amalan yg menyerupai agama lain adalah TIDAK DIBENARKAN dan DILARANG.. kita cuma boleh menghormati budaya dan adat resam mereka, bukan meniru mereka.. so, sebagai seorang yg berfikiran matang, eloklah kalau korang ELAKKAN dari melakukan perkara2 tersebut.. duit yg korang pikir nak gunakan utk sambut Valentine's Day tu lebih baik korang buat belanja mak pak korang ker.. atau korang beli buku Ilmiah supaya dapat tambah ilmu di dada.. huhu.. 

ok. bai

Nota Kepala : seingat aku dulu masa sekolah, aku selalu beli epal kat budak2 koperasi masae ari Valentine :) 

 

Review Filem : JUVANA

  

SINOPSIS FILEM JUVANA

Juvana merupakan kesinambungan terhadap drama TV popular Juvana (pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).
Kisah kita mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.
Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.
Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.
Selain itu, kita juga menyingkap kisah rakan-rakan Daim pula.
Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.

Nak tahu lebih lanjut baca SINI atau SINI 


================================================================

Aku sebenarnya dah lama nk cite pasal filem Juvana ni, tapi terlupa.. tapi aku nak gak update sebab nak penuhkan entri aku.. haha.. *pitam* filem Juvana ni adalah first film aku dan hubby tengok after kawen.. kiteorg x pnh plan pun nak tgok citer ni, sbb hubby x follow cite ni masa dia main kt TV3 dulu.. so, aku yg eksited lebih.. kebetulan, masa tu, waktu filem Juvana ni yg paling cepat, so kiteorg grab jelah.. hehe
so, masa cite tu start hubby aku mmg x puas hati jelah.. sebab dia x paham jalan cite dia.. lagi2 bila part Sharnaz kuar jadi Lan Todak tu.. hahah.. memang dia bengang gan Sharnaz tu sbb cite Ruby (drama TV3), lagi lah dia menyampah.. tapi.. pada pendapat aku, cite Juvana ni sangat menyentuh emosi aku.. fefeling tgok cite buat aku teringat zaman keganasan kenakalan aku di sekolah.. hehe.. tapi, aku xdelah nakal sangat mcm diorg tu.. dah terlebih nakal dah.. apapun, cite ni memang best.. cuma aku x pasti, berapa juta diorg dapat kutip sampai abis cite ni ditayangkan.. *xmek port pun* tapi, cite ni aku memang suggest lah korang tengok.. sesapa yg ada Astro tu leh lah beli dan tgok.. dan yg xde Astro mcm aku, g lah beli DVD rompak original yer.. so, korang boleh tgok puas-puas.. nak lagi jimat, korang g lah carik kat pakcik Google utk donlod yer.. kualiti semua aku x jamin okey!! yg penting aku tetap PUAS kalau tengok wayang.. kalau takat VCD ni, buat tgok kali kedua ketiga keseploh bolehlah.. haha.. bukan berlagak, cuma aku inginkan kepuasan!!

okeylah.. untuk citer ni aku bg 5 bintang sebab aku peminat Zahiril Adzim *xde kene mengena*.. sebab lain, aku rasa cite ni bagus dan best.. boleh dijadikan pengajaran.. apa yg penting, nantikan JUVANA 2.. (pandai2 jer aku) ;P

ok bai.

Nota Kepala : entri ini wujud sebab aku tengah xde keja. sekian.

!!Jom Tambah Pendapatan!!