kbba9

DUIT MODAL

Sunday, September 28, 2014

Buku TERLAJAK LARIS di MPH - DIAGNOSIS DAN MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Buku, Novel dan Majalah.
Aku ni kalau pasal buku, majalah dan novel memang laju jer nak beli. Lagi-lagi buku motivasi. Tapi aku tetap x cukup motivasi lagi.. Hehehe..Tapi sejak ada anak ni aku memang jarang beli apa-apa buku, Baca ?? Huh! Macam dah lama aku beli tapi tak dibaca buku-buk tu tau. Hehehe.. Okaylah tu kan , mula-mula aku buat hiasan je , ada masa aku baca. 

Ok. Straight to the point , aku sebenarnya nak cerita . Masa aku beli susu anak aku kat AEON Taman Universiti aritu , aku pujuk lah Mr.A belanja aku satu buku . Hehe.. Mula-mula Mr.A xmo layan aku sebab yelah dia tahu isteri chubby dia ni ntah bila lah nak baca kan. Tapi nak tak nak Mr.A layankan lah gak aku g kedai MPH yg ada kat situ. Mula-mula niat aku nak cari buku USTAZ LOVE - USTAZ TOLONG SAYA. Tapi ntah kenapa mata aku x jumpa plak buku tu. Puas aku cari, malas plak nak tanya kat cashier dia. Kalau ada budak yang jaga lalu masa tu nak gak aku tanya tapi sebab xde jadi aku malas nk pegi kaunter tu. Last-last aku cari lah buku lain.


Ustaz Tolong Saya ! - Ustaz Love

Lepas pusing-pusing dalam 2-3 minit macma tu aku macam give up lah. Sekali aku terpandang satu buku yang aku pernah tengok dalam blog Fatin Liyana. Serius , aku x plan nk beli pada asalnya, tapi memandangkan buku tu dah tinggal satu, aku cepat-cepat amek dan peluk. Terus adrenalin aku mengalir laju nak tunjuk betapa eksitednya aku dapat buku tu. Padahal ntah apa yang best aku pun xtahu. Cuma aku rasa teruja bila tengok FL post pasal buku tu sampaikan buat aku rasa aku orang yang paling rugi kalau aku x beli. Huhu.. Korang tau buku apa?? Buku tu tajuknya DIAGNOSIS. Murah je harga dia RM20.00 je.. Siap tulis buku TERLAJAK LARIS di PBAKL 2014 !! Mau aku tak teruja nak baca.. 



DIAGNOSIS DAN MMR

Dari satu buku aku pow Mr.A aku telah berjaya pujuk Mr,A belikan aku lagi satu buku.. Terror x aku?? Hahaha.. Terrorist adalah.. Alaa.. Mana ada suami yang x cair dengan pujukan manja seorang isteri. Buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI ni karya Fathuri Salehuddin. Harga buku ni plak cuma RM 18.00 Aku mula tahu pasal buku ni dari FB beliau. sungguh penceritaan yang mudah difahami tetapi amat sesuai untuk semua peringkat tak kira tua atau muda. semua golongan boleh baca tau. Apapun, aku kena ucapkan ribuan terima kasih kepada Mr.A kerana sudi belanja aku. hehe.. Yelah jumlah semua RM 38.00 untuk buku sahaja bukan satu jumlah yang akan digunakan oleh Mr.A untuk beli buku. Tak macam aku, kadang sampai beratus habis duit untuk buku sahaja. Huhu.. Yelah, lain orang lain kan minat dan hobinya. Kira aku ni macam hobi lah.. Hobi ke?? Sendiri tanya sendiri jawab.. 

Tapi aku berani jamin kalau korang jiwa macam aku, korang pergi lah cari dan beli buku-buku ni. Best dan boleh buat korang berfikir terus ke hadapan dan perasaan orang lain. Sungguh, kita hidup bukan dunia kita sahaja. Jadi dengan lebih banyak membaca kita akan dapat lebih banyak ilmu dan mungkin pengalaman lain yang boleh didunakan di masa hadapan kan? Dah macam usatazah plak aku.. haha..

Okaylah, nanti ada masa aku review pasal buku DIAGNOSIS dan MMR ni. In Shaa Allah, aku kongsi kat blog picisan aku ni. okay uols, jangan lupa baca tau nanti.

Terima kasih sudi baca. Nanti aku update lagi.

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING