kbba9

DUIT MODAL

Thursday, October 30, 2014

Anak : My Lil A dah 9 bulan

Alhamdulillah.. 

Hari ni, My Lil A officially 9 bulan kalau ikut kalendar Islam. 
30 Oktober 2014 bersamaan dengan 06 Muharram 1435H.
Sungguh pantas masa berlalu. 
Terlalu pantas aku kira.
Hinggakan aku rasa macam baru semalam aku lahirkan dia.
Macam semalam aku melihat dia terbaring dalam balutan kain bedungnya.
Syukur. Diberi peluang menjaga dia. 
Walaupun Lil A lambat merangkak, lambat berdiri dan lambat dalam serba serbi, tapi aku syukur..
Oh, anak! Pinjaman Allah.
Akan aku usaha semampu dan sehabis daya untuk menjaga dan mendidiknya.. 
Semampu ku.
Sekuatku.
Setabahku.
Bantulah aku, Ya Allah.

Terima kasih Ya Allah.


p/s : aku masih belum bersedia nak kongsi kisah aku melahirkan Lil A. mungkin esok, mungkin lusa. :)

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING