kbba9

! Ramadan / Raya Sale !

Sunday, August 24, 2014

JANGAN DITANYA LAGI JIKA TIADA AIR MATA LAGI UNTUK MU.

siapa pun kita di masa lampau BUKAN penghalang untuk kita jadi siapa kita di masa hadapan.
mungkin kita isteri yang curang, suami yang dayus,
isteri yang derhaka, suami yg pengkhianat.
kita semua berpeluang menerima dan memberi peluang kedua.
TETAPI
berapa ramai antara kita yang BEGITU MUDAH melupakan semua kesakitan, kelukaan dan kekecewaan yang kita pernah lalui?
adakah kita PERLU terus menerus menyalahkan takdir Ilahi?
atau kita terus menerus berdendam?

untuk apa?
sebab apa?
sampai bila?
cuma kita yg tahu jawapannya.

mengecewakan mungkin mudah
membahagiakan tak semestinya indah
memaafkan itu tak mudah.
melupakan mungkin payah.

biar tercalit luka, bagai dihiris.
bagai ditoreh, bagai dicarik.
namun, bila kemaafan wujud di hati, 
luka mula lebam, lama kelamaan menjadi kering.
kering seperti asam keping. 
atau kering, sekering hati yg TAK BISA menangis lagi.

JANGAN DITANYA LAGI JIKA TIADA AIR MATA LAGI UNTUK MU.
Kerna mata ini sudah kering,
seperti hati yang kering,
lalu menjadi gering,
dengan sikap manusia yang TAK PENTING 

24 OGOS 2014
28 Syawal 1435H
AHAD 2.00 PETANG

!!Jom Tambah Pendapatan!!