kbba9

DUIT MODAL

Saturday, January 31, 2015

Kreatif vs Bisnes : Kufi

Assalamulaikum..
Korang .. Aku nak share sikit ni .. Untuk sesiapa yang baru pindah rumah tu , yang dah lama pun boleh .. Mesti korang rasa pening kepala nak deko kan ?? Kan ?? Ngaku jelah .. Pulak tu korang xnak dinding korang rasa kosong melopong kan ?? *apa punya bahasa daa* OK .. Jom hiasi dinding korang dengan KUFI. Sambil menghias , sambil berzikir , pahala pun berlipat ganda !!
Korang rasa KUFI ni best ?? Nak beli ?? Contact aku okay !!
#CEOFamesShoppe
Whatsapp / Wechat : 016-7253014
Nota kepala : kalau korang nak print gambar korang atau family korang kat kanvas pun boleh wassap aku .. Okay uolls !











Thursday, January 29, 2015

Rindu Zaman Kurus!

Kadang - kadang saat aku duduk seorang diri , aku selalu teringat kisah - kisah aku masa 7 - 8 tahun lepas ..

Iyer .. Bukan pasal ingat kat ex - boyfriend pun , tapi pasal aku teringat zaman aku kurus .. Yup , aku dulu kurus babe !!

Ramai yang x percaya sebab ramai x kenal aku masa aku kurus .. Yelah , aku dengan dunia aku masa tu .. Dunia yang aku x mahu ulang semula .. Hurmm .. Sangat sakit bila diingat ..

Kebetulan , haritu aku saja godeh email lama aku , lepas tu aku jumpalah gambar - gambar lama aku .. Rasa nak nagis !! Kenapa ?? Sebab masa tu aku kurus sangat !!! Berat x sampai 65kg pun uolls!! Bayangkanlah ! Macam mana aku x menangis .. Sedih sangat aku rasa .. Sedih sebab aku jadi gemuk sekarang ..

Tapi aku x salahkan orang lain .. Aku salahkan diri aku sendiri .. Sebab xnk jaga diri , xnk fight macam dulu .. Dulu org asek ingat aku student sekolah je bila aku balik kg pakai tracksuit , cuba skng aku pakai tracksuit , mesti orang ingat nangka bungkus berjalan :'(

Ya Allah , aku harap sangat aku dapat balik berat badan aku masa 10 tahun lepas .. Aku kena fight bukan untuk Mr. A , tapi untuk diri aku sendiri !! Yupp !! You can do it Farhana !!!!

Nota Kepala : update pakai hp memang melalut jelah camni.. hehe.. gambar pun kat bawah..

Tazkirah #5 : Allah Sebagai Penolong Kami

Kepada Allah jualah tempat yang WAJIB kita berserah .. 

Wednesday, January 28, 2015

Wordless Wednesday #11 : SEKSI atau SEKSA ?!

Perempuan Mengandung Itu SEKSI atau SEKSA ?!

Pendapat aku :

SEKSI :

Aku rasa perempuan mengandung tu seksi kalau dia pakai baju yang ketat dan menampakkan "benjolan" serta "bonjolan" yang ada .. Huhuhu ..

SEKSA :

Aku rasa perempuan mengandung tu nampak seksa kalau dia jalan bawak perot yang memboyot tu dengan barang penuh kiri kanan .. Macam " eh , mana laki kau ? " Hahaha ..

Pendapat aku lah .. 



gambar xde kena mengena :)

Tuesday, January 27, 2015

#Throwback : Rindu Amyrul Arsyad


Rindu saat ini . 
Kali pertama dia tidur meniarap . 
Masa ni Arsyad 6 bulan . 
Rindu sangat !!
Cepat dah dia besar .. 
Nak setahun dah ..
Gulp !!





p/s : Ummi dan Babah x ready lagi persiapan Birthday Arsyad .. Pheww !!

Wednesday, January 21, 2015

ANAK lambat bercakap , salah siapa ??

SEBELUM tido, baca ni jap. PENDAPAT aku? xmolah bg pendapat kat org tu .. nak bg pendapat kat sini je .. sbb HARI2 dia baca paper, sok lusa dia "sekolahkan" aku plak .. YELAH aku ibu muda, namun aku xkn perkecilkan kemampuan anak aku sbgaimana mak abah aku buat dulu .. SETIAP insan berbeza, xkn ada yg sempurna, namun beri mereka masa .. JANGAN asek salahkan cara dia lahir atau cara didikan ibu bapanya. SBB faktor persekitaran turut main peranan penting .. PILIH kasih juga boleh "merosakkan" jiwa anak2 kita .. jangan suka membanding anak/cucu kita dgn org lain atau anak/cucu kita yg lain .. PERBANDINGAN itu mungkin penyebab mereka lebih suka "berdiam diri" ..

*UPDATEBYHANDPHONE*

Wordless Wednesday #10 : Kadang-Kadang

Kadang-kadang je , kadang-kadang HARTA tu penting .. Bahahahaahahaa .. Peace !!


Friday, January 16, 2015

Tanda-Tanda Suami Sudah Mula Bersikap Curang

1. Menjadi Panas Baran Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah . Malah , isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian .

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan . Malah , dalam keadaan tertentu , suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda .

3.  Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama . Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi . Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) . Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik .

4.  Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik . Rambut baru , pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang . Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian .

5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik . Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah , tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan . Malah , dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda . Berhati-hati .


-- >> Pengalaman sendiri , semua tanda-tanda tu memang benar .. Tapi , kita sebagai hamba ALLAH yang mana hatinya dipegang oleh Allah , BERDOA LAH .. Tanpa putus asa , tanpa jemu , tanpa kecewa .. Sesungguhnya , Allah itu sebaik-baik penolong kita di saat kita tengah dalam kesusahan .. Allah jualah yang akan membolak balikkan hati manusia ni .. Berdoalah , dan percayalah kepada kekuasaan dan keajaiban daripada Allah ..

Tahukah Anda?? :)

TAHUKAH ANDA?




Pokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. Antara kebaikan air kelapa terhadap tubuh badan anda.

1. Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

2. Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

3. Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

4. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

5. Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

6. Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

7. Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

8. Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

12. Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

*Sebenarnya banyak persamaan dengan VCO Catalyst kan ? Sharing Is Caring guys !



So , kalau korang nak beli , boleh lah order dengan aku yea !

Macam mana ??

Whatsapp / SMS : Farhana 016-7253014

Thursday, January 15, 2015

Tazkirah #3 : Menahan Diri Dari Kejahatan

DARI SAID BIN ABU BURDA R.A. , DARI AYAH DAN DATUKNYA , DARI NABI S.A.W. , SABDANYA : 
"SETIAP ORANG MUSLIM WAJIB BERSEDEKAH" . 
LALU ADA ORANG BERTANYA : "BAGAIMANA KALAU DIA TIDAK SANGGUP?" . JAWAB NABI S.A.W. "DIA HARUS BEKERJA UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRINYA DAN SUPAYA DIA DAPAT BERSEDEKAH" . 
TANYA : "BAGAIMANA SEKIRANYA DIA TIDAK SANGGUP?" . 
JAWAB NABI S.A.W. "MENOLONG ORANG YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN" . TANYA : "BAGAIMANA SEKIRANYAN DIA TIDAK SANGGUP JUGA?" . 
JAWAB : "MENGAJAK KEPADA KEBAJIKAN ATAU KEBAIKAN" . 
TANYA : "BAGAIMANA SEKIRANYA DIA TIDAK SANGGUP JUGA?" . 
JAWAB : "MENAHAN DIRI DARI MELAKUKAN KEJAHATAN JUGA ADALAH SEDEKAH" . 
(H.R. MUSLIM , NO : 1676)

Maafkan Saya ...

Assalamualaikum ..
Saya nak mintak maaf ..
Mungkin saya pernah jadi sponsor untuk GA atau segmen ..
Tapi saya x pos lagi barang awak , mungkin saya lupa ..
Masa tu saya sibuk dengan persiapan nak bersalin ..
Lepas tu plak kemurunga selepas bersalin dan pelbagai dugaan lain ..
Jika anda ingin menuntut ..
Sila email saya di amyhanna8187@gmail.com atau wass saya 016-7253014 .
Kerjasama anda amat saya hargai ..

MAAFKAN SAYA :(

Tuesday, January 13, 2015

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

** maaf entri ini agak panjang **

Assalamualaikum w.b.t.

Agak lama post ni duduk dalam draft blog aku .. Bukan agak lagi , tapi memang cukup lama .. dah masak ranum dah .. sampai orang yang berkenaan dalam entri ni pun dah besar dah .. setahun jugaklah masa yang aku amek untuk pastikan entri ni x menyinggung hati mana - mana pihak yang berkenaan .. aku retype , baca balik dan draft balik .. akhirnya , arini aku post jugaklah untuk tatapan umum ..

Semua wanita amat teruja dalam menanti kehadiran dan kelahiran anak syurga mereka .. Begitu juga aku dan Mr. A .. Kami berkahwin pada 30.11.2012 , dan setelah hampir 5 - 6 bulan menunggu Alhamdulillah , Allah telah memakbulkan doa aku .. Syukur tak terhingga aku panjatkan .. Memang terkejut dan x sangka lah masa tu .. Allahu Akbar .. Baru lah tahu macam mana perasaannya menjadi seorang ibu .. Yer .. Yer .. Jangan eksited sangat orang cakap .. Aku cuba bersikap sederhana dalam segala hal .. Supaya kita tak menyesal kemudian hari ..

Trimester pertama aku mengandungkan anak aku si Amyrul Arsyad , aku xde alahan yang teruk .. Cuma setiap petang masa perjalanan balik dari office ke rumah aku akan rasa mual dan loya .. Untuk awal - awal kehamilan berat badan aku x naik banyak , mungkin kerana aku x lalu makan kan .. Tapi , aku memang kena jaga makan memandangkan berat aku di usia kandunganku 6 minggu sudah mencecah 95 kg !! Yup , aku dah sampai tahap obesiti masa tu , tapi aku belum lagi dikategorikan sebagai pesakit kencing manis dan darah tinggi . Sedaya upaya aku cuba kawal corak pemakanan aku .. Yup ! Alhamdulillah , aku berjaya mengawalnya hingga ke akhir kehamilan ..

Trimester yang kedua , segala sakit sudah aku mula rasakan , dari pinggang ke bawah , dan kadang - kadang dari bawah ke atas .. Hampir tiap malam aku akan kena "simpul biawak" , dan masa itu jugaklah suami aku Mr . A yang akan bangon dan sapukan minyak serta urut kaki aku supaya aku tidak sakit lagi .. Sakitnya tuhh bukan kepalang sehinggakan aku bisa mengalirkan air mata ku ini .. Demi anak dan amanah yang diberikan oleh Allah , aku kuatkan semangat dan hati .. Check up bulanan aku x pernah miss malah aku semakin semangat untuk pergi ke klinik demi mengetahui keadaan anak di dalam rahim ku ini .. Satu hari , bila doktor beritahu aku bahawa uri aku dan kandungan aku agak ke bawah dan perlukan perhatian aku jadi agak sedih .. Doktor mencadangkan aku lebih banyak berehat kerana aku terlalu aktif akan menyebabkan uri aku agak sukar untuk berada di kedudukan yang sepatutnya .. 

Mr . A pula berjanji akan berubah dan telah turut sama membantuku dalam melaksanakan tugas harian .. Mr . A banyak membantu aku dalam membasuh pakaian , menjemur dan mengemas rumah dan juga lain-lain perkara .. Masa ni , aku rasa macam puteri raja tau .. Yelah , semua Mr. A tolong , sebab dia kesiankan aku yang tengah memboyot dan serba x larat nak buat itu dan ini .. Hehehe.. Thanks sayang ..

Masa trimester kedua juga , aku diduga dengan pelbagai dugaan .. Aku rasa x perlu aku nak kongsi semua , sebab yang pahit semua aku cuba untuk lupakan .. Aku mahu ingat semua perkara yang manis-manis sahaja .. Yelah , semua manusia pernah melakukan silap , jadi buat apa kita nak terlalu serius fikirkan pasal silap orang je , silap kita pulak macam mana ?? Lebih baik kita cuba lupakan apa yang dah buat ati kita sakit dari kita sendiri yang merana kan ?? Huhuhu ..

Trimester ketiga , aku dan Mr. A dah mula sibuk buat persiapan untuk sambut kelahiran our Little A , nama dah pilih , scan pun dah .. Semua dah confirm , apalagi , kami lah yang paling excited .. Tiap kali keluar g AEON ke Kip Mart ke , ada je benda yang kami nak beli untuk our Little A .. Semua rasa macam x cukup , semua rasa macam x legkap .. Padahal , semua dah ada .. Hahahaha .. Masa ni ramai lah pak bidan dan mak bidan segera yang wujud keliling aku nak teka jantina anak aku .. Hahaha .. Aku hanya ketawa je , sebab ramai yang kata aku akan dapat anak perempuan , tak kurang juga yang kata anak lelaki .. Masa tu , aku hanya tersenyum je mendengar telahan mereka .. Biarlah ALLAH yang tentukan segalanya .. :)

Sepanjang aku mengandung ni , aku rasa perubahan xdelah ketara sangat cuma adalah jugak .. Antaranya :

1) Muka aku bersih
- Selalu muka aku senang giler naik jerawat , tapi masa mengandung muka aku xde jerawat . Bukanlah xde jerawat langsung , tapi xdelah banyak dan beri kesan kat muka aku macam selalu ..

2) Saiz badan x berubah sangat
- Selalunya orang kata bila mengandung berat badan kita akan berubah kan ? Tapi lain plak bagi aku .. Kebanyakkan baju-baju aku semua masih muat dipakai sampai 9 bulan .. Aku xde beli pun baju mengandung .. Jimat .. Hehehe ..

3) Saiz kaki berubah
- Selalu aku boleh pakai kasut saiz 7 - 8 , tapi masa mengandung kasut aku saiz 8 - 10 kauu !! 

4) Makan x kira masa 
- Sampaikan aku kejut Mr. A tengah malam ajak g makan kat kedai sebab aku lapar tahap gajah x makan sepuluh thaun !!! bhhahhahahaa ...

5) Emosi melampau
- Aku jadi orang yang kuat jealous dan kerap menangis . Sudahnya anak aku kuat jugak menangis sekrang ni .. Yelah , masa tu Mr. A selalu out station , jadi aku sedihlah kena tinggal sorang .. kuikuikui ..

Tu jelah kot .. Yang lain aku dah x ingat lah .. Hahahaha .. Lama sangat dah ..

Apa yang aku seronok masa aku mengandung tu ialah semua benda orang bagi keutamaan , kau nak makan apa , nak minum apa , nak apa .. biasanyalah orang bagi lah chance kau untuk pilih .. hehe .. syukur, sepanjang aku mengandung si Amyrul Arysad ni , aku dapat semua yang aku nak makan kecuali Asam Pedas kat Tepian Tebrau tu .. Masa tu aku memang frust sebab asal pergi je kedai tu mesti kedai tu tutup , asal dia tutup je aku datang .. xde rezeki lah anak ooii .. 

Anak aku plak dalam perot masa tu xde lah meragam , be good je dia , aktif sangat x payah cakap lah .. Kadang aku sendiri rasa x tahan nak menanggung kesakitan akibat dia bergerak terlalu aktif .. Huhu .. Alhamdulillah ..

Apapun , 9 bulan tu aku rasa begitu pantas sehinggakan aku x sedar , anak yang aku kandung ketika itu dah hampir 41 minggu , macam - macam cara aku buat untuk pastikan bahawa our baby keluar tepat pada masanya .. Tapi apakan daya .. Dia xnk pun keluar .. Hehe .. Dia seronok duduk dalam perut aku yang comel agaknya .. Yelah , dapat makan dan minum macam-macam kan .. Amek kauuu , duduklah lelama dia dalam tuh ...

Untuk korang yang belum ada anak , korang banyakkanlah berdoa dan bersabar .. Semoga Allah akan memakbulkan permintaan dan hajat korang suatu hari nanti .. In shaa Allah .. Jangan mudah putus asa dan menyalahkan satu sama lain .. Nikmati saat - saat bahagia antara kamu dan dia .. Yang indah memang selalunya lambat sampai .. PERCAYALAH !!

Happy reading !!


Nota kaki : bila draft dah lama sangat dalam blog ni , idea dah xde nak taip .. bhuhu..




Sunday, January 11, 2015

Doa Ibu Untuk Dirinya Dan Kandungan

Assalamualaikum semua .. 

Macam mana seminggu di tahun baru ?? aku ?? Alhamdulillah.. 

Arini aku nak share something .. Minggu lepas , ada ex boss kat Pejabat lama aku post doa ni kat FB dia .. Aku baca , amek dan save .. Katanya dia amalkan doa ni untuk mudahkan dia bersalin .. So , x salah kot aku nak cuba amalkan .. Hehehehe .. So , aku post lah kat blog picisan aku , supaya lebih ramai lagi yang akan dapat manfaatnya .. 



korang cubalah jugak ek .. mana tahu kan rezeki kita .. In Shaa Allah , Allah akan bantu kita .. Selamat mencuba !!!

Friday, January 09, 2015

~ termenung .. merenung . .ditenung .. lalala ~

kadang aku termenung, duduk-duduk merenung nasib diri .. bukan aku x bersyukur , Cuma kadang aku mengeluh dengan kekurangan diri .. aku rasa sungguh tak sempurna dan kesempurnaan yang aku carik masih belum tiba .. bila aku merenung , aku dapat rasakan ada kuasa yang seolah-olah sedang menarik aku untuk keluar dr dunia yg aku cipta sendiri haluannya .. dunia aku ? ya ! dunia aku !! tp aku tak berdaya , kerana aku Cuma aku .. aku cuma mau dia tau betapa aku menyayangi dirinya lebih dari nyawaku , andainya dia mengerti tentang perasaan ini .. iyer .. dier mengerti , namun masih belum cukup utk memahami isi hati ku ..

maafkan aku .. bukan aku sengaja mau menyakiti mu dengan merenungmu , bukan aku sengaja mau melihatmu termenung , apatah lagi xkn aku izinkan kamu ditenung wanita lain .. aku cemburu taaww !!  kamu harus tahu itu .. bahawa krn terlalu mencintaimu aku x bisa berkongsi kasih dgn yg lain apatah lg ditinggalkan olehmu .. nnggaakkk bissaaa !!! arrggghhh !! cemburu itu menyeksa jiwa ku ;(

hari kita sudah tiba, aku adalah wanita yg paling gembira bila aku sudah lg tidak perlu utk curi-curi merenungmu teruna, aku akan pastikan kamu tidak akan termenung kerana ku , dan yg paling pasti akan aku selalu pastikan cuma aku yg akan ditenung oleh mu !! ^_^

bila berjalan berseorangan aku sering merasakan diri seakan-akan ditenung oleh seseorang .. ada ker ?? Hehe .. ntahlah .. perasaanku sendiri agaknya .. padahal aku yg merenung org lain ada laa .. kalau aku dah puas termenung , merenung , ditenung aku akan cakap lalalalalallala … ^_^


p/s : aku simpan post ni agak lama .. Masa tu 09.01.2012 , genap dua tahun aku bertunang dengan Mr. A .. Arini aku publish sebab nak rewind kenangan bertunang agak lama dengan dia .. Huhuhu .. Jangan contohi kami yer kawan-kawan ..

Thursday, January 08, 2015

Tazkirah #2 : Pujian

DARI ABU MUSA R.A. BERKATA : NABI S.A.W MENDENGAR SEORANG LELAKI MEMUJI LELAKI YANG LAIN SECARA BERLEBIHAN DALAM PUJIANNYA . MAKA NABI S.A.W BERSABDA ; "KAMU TELAH MEMBINASAKANNYA DAN MEMOTONG PUNGGUNG ORANG ITU . " (H.R. BUKHARI) 2663

Wednesday, January 07, 2015

Wordless Wednesday #8 : Telur Beku

Telur Beku

Selama aku memasak ni , inilah kali pertama telur yang aku beli MEMBEKU dalam peti sejuk .. Kenapa ekk boleh jadi macam ni ?? Hehehe .. Jawapannya , sebab aku dah lama sangat x masak , telur tu mengeras dalam peti sejuk aku yang memang x banyak barang tu .. Hahaha .. Sengal ..






p/s : jangan contohi aku yang RAJIN masak ni  yer .. 

Monday, January 05, 2015

BisnesKu, RezekiKu : Farhana Mom's Shoppe

Bisnes Ku , Rezeki Ku

Ini lah yang aku buat sejak belum kenal dengan Mr. A aku , belajar meniaga . Dari offline ke online seller .. Dari jual baju , tudung dan memacam lagi lah .. Dari kena tipu dan pelbagai lagi cabaran lain .. Tak apalah , ini dugaan da rezeki dari Allah .. Aku terima dengan hati yang terbuka , In Shaa Allah , Allah akan balas .. So , arini aku nak share apa yang aku buat sejak tahun 2008 lagi ..

1. Jual Tudung dan Baju
- Masa ni (2008-2009) aku x tahu apa kebaikan blog ni , yang aku tahu aku ada blog , tapi aku xtahu guna .. hahaha .. Sengal kan ?? Laku juga masa tu , kena plak zaman tudung awning baru nak naik .. Patu aku stop sejak aku aku rugi semua nak bayar ansur , last-last x bayar langsung ! Hampeh!

2. Dropshipper
- Masa ni (2009-2010) aku jual macam-macam . Senang kata apa orang jual aku jual gak .. Untung tu oklah .. Tapi aku x fokus pun , banyak memain je .. Aku dah ada blog , tapi aku masih x gunakan blog aku sebaiknya .. #shthjlks 

3. Online Seller
- Masa ni (Akhir 2010-2012) aku fokus pada blog dan VCO Treenea .. Tapi ntah kenapa aku jadi x semangat nak jual VCO tu sebab stok susah sangat nak dapat masa tu , sebab cepat SOLD OUT . Aku plak modal x banyak . Tapi , aku dah nampak hasil aku fokus dan bersungguh-sungguh . Alhamdulillah .. Lepas dari tu aku rehat sebab nak fokus kahwin .. Lalalala ...

4. Fulltime Online Seller
- 2013 - sekarang aku dah boleh dikategorikan sebagai FULLTIME ONLINE SELLER .. Sebabnya aku kalau boleh nak elakkan untuk jumpa customer .. Yelah , aku ni jenis x sabar dan banyak cakap .. Kang kalau tunggu lama aku tension pastu kalau dah jumpa lama pulak boraknya , marah plak Mr. A aku nanti .. Tapi , aku masih jugak cuba kalau ada customer nak Cash On Delivery (C.O.D) In Shaa Allah .. Yelah , Customer Is Always Right katanya .. Huhu ..

So , sekarang ada banyak juga barang yang aku jual , tapi aku lebih fokus pada barang yang aku ada kat tangan jelah .. Kalau yang aku kena order biasanya aku akan bagitahu pelanggan aku awal-awal .. Terpulang lah kalau diorang nak tunggu atau tak .. Kalau diorang nak tunggu , Alhamdulillah .. Rezeki anak-anak aku lah .. Kalau x tu , rezeki juga sebab atleast ada orang tanyalah kan .. Hehehe ..

Antara barangan/produk yang aku jual :

1. Catalyst

2. Alhaddad Marketing Products



3. Jamu Susuk Dara

4. Qaseh Gold

5. OneXox

6. Shaklee


So , kalau korang berminat nak beli atau nak jadi agen atau nak jadi ahli boleh je contact aku kat sini yer :

SMS/WHATSAPP : 016-7253014


p/s : sebenarnya , banyak lagi produk/barangan yang aku jual. Cumanya aku tak ingat lah buat masa ini ... Hehehe.. Nanti aku update lagi ea di lain masa .. 






Sunday, January 04, 2015

Pantang Larang Semasa Ibu Mengandung

  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
  • Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

PERINGATAN !! 

Walau apapun , kita kena perbanyakkan berdoa kepada Allah . Jangan terus mempercayai bulat-bulat semua pantang larang ini kerana dikhuatiri akan menjadi syirik . Nauzubillah ..

Thursday, January 01, 2015

KisahAkuDanAnak : Cerita Malam Tadi

Selamat Tahun Baru semua ..

Malam tadi korang g mana ? Aku dok umah je , sebab Mr. A kata nak keluar jumpa orang , so anak plak dah meragam sangat nak tido , jadi lepas makan terus je balik umah . Macam biasalah , Arsyad ni kalau nak tido meragam dia lain macam .. Kengkadang okay je , kengkadang dia memang susah nak dijangka .. Ada masa meragam sebab x sabar nak susu , ada masa sebab dia memang dah ngantok sangat tapi dalam masa yang sama nak main .. Arsyad .. Arsyad ..

Arsyad ni kalau dah penat sangat mana-mana je dia boleh landing dan tido .. Yer ngko .. X caya ?? Tengok ni .. Hahahahahaha .. Kelakar kan ?? Arsyad ni selalu bila aku bangon malam nak standby buat susu dia , aku mesti tercarik-carik dia .. Tercarik pasal apa ? Pasalnya dia ni tido kuss semangat , bersepah .. Yelah , tido asal boleh je .. Kadang - kadang port paling best dia adalah kat perot aku .. Kongsi sekali dengan adik dia .. Saja x kasi chance aku nak pelok babah dia .. Macam gambar kat bawah ni .. Hahahahaha ..

tapi ni bantal pelok lah , bukan perot aku .. bhahahhahaa ...

Nilah port (perut aku) yang memang selalu jadi tempat paling lena dia .. Kengkadang je jadi port babah dia .. Kemain lena lau dia tido kat perot aku tau .. Kalau time dia x penat , semua port x jadi gak .. Semua nk dimarahnya .. Huhu .. Arsyad .. Arsyad ...
Setiap ari ada je perkara yang menggembirakan hati aku oleh jejaka - jejaka idaman malaya aku ni .. Baik anak atau babahnya .. Alhamdulillah .. Inilah bahagia ku cari .. Syukur ..

kalau dah penat sangat ..

tonggeng pun boleh .. hahahha ...


nota kaki : inilah kawan aku dan peneman aku kala babah dia sibuk .. ni lah jantung hati aku .. semoga membesar jadi anak yang baik dan soleh yer sayang .. love Arsyad ketat - ketat ..

Tazkirah #1 : Rezeki

Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya . 
Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya . 
Sesungguhnya , Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu . 
(Ath-Thalaq 65:3)

Selamat Tahun Baru 2015

2014 telah melabuhkan tirainya ..
Segala azam , impian dan matlamat yang tak tercapai kita tinggalkan , bukan untuk dilupakan tetapi sekadar untuk tidak mengecewakan ..

2015 bermula sebuah harapan ..
Segala yang tertinggal masih punya masa untuk dicapai .. 
Bangkit dan berdiri teguh tanpa alasan .. 
Asalkan tidak melanggar batasan ..



Untuk tahun baru ni , aku akan cuba selitkan tazkirah atau apa jua bentuk perkongsian sama ada dalam bentuk petikan Hadith atau Ayatul Quran dalam blog aku ini . Bukan sahaja dengan niat nak "menghidupkan" kembali blog aku , tapi lebih kepada keinginan untuk melakukan penghijrahan .. Siapa tahu , kalau ada yang akan berubah selepas membaca perkongsian aku tu .. Yelah , aku sendiri sedang ke arah itu .. Sama-samalah kita berdoa ke arah yang lebih baik .. Amminn Allahumma Amminn ..



nota kaki : semoga blog aku akan lebih memberi manfaat kepada orang lain..

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING