kbba9

Saturday, February 28, 2015

Seminar Penyusuan Susu Ibu


Assalamualaikum..

Sudah lama aku bermimpi untuk menghadiri Seminar Penyusuan Susu Ibu Anjuran Puan Asiah Maharam ni , namun, ada saja kekangan dan halangan yang datang . Kali ini , In Shaa ALLAH , aku akan dapat hadir dengan jayanya .. Doakan aku yer kawan - kawan .. Bagi yang tidak dapat hadir , anda semua boleh mendapatkan Formula Pantas Menambah Susu Ibu Tanpa Bantuan Supplement .. Yelah , aku faham bukan semua mampu dan boleh membeli supplement yang agak mahal jug harganya .. Ingat yer semua kawan - kawan .. Pam susu hanya 10% je membantu kita , selebihnya terletak kepada kita juga dan pemakanan kita .. Jom fight untuk anak - anak kita .. Tiada istilah terlambat dalam sesuatu perkara ! Jangan menyesal di kemudian hari !!

Join kelas Seminar Penyusuan Susu Ibu Tanpa Supplement -- >> Puan Asiah Maharam

eBook 6 Formula Pantas Menambah Susu Ibu -- >>
6 FORMULA

Sunday, February 08, 2015

Gurindam Jiwa : Sayangnya Ibu, Kasihnya Ayah

Bila sesuatu terjadi kepada seorang anak, seorang ibu akan dipersalahkan. Seolah seorang anak lahir tanpa ayah. Ini bukan anak Maryam , bukan anak wali atau anak Tuhan. Ini anak manusia.

Bila kejayaan diperolehi, seorang ayah akan berasa gembira, seolah-olah hilang kesakitan semasa melahirkan. Hakikatnya, sedikit kesakitan pun tidak ditanggung sang ayah. Si ibu hanya berdoa agar si anak terus berjaya sekalipun si anak sudah melupakan si ibu.

Si ayah mungkin tidak akan merotan, mungkin juga suka memukul. Bukan kerana x sayang, bukan kerana x kasih. Tapi kerana mahu diberi hormat dan sedikit rasa "takut" buat si anak. Niat si ayah utk mendidik, agar si anak terdidik.

Si ibu, rotan di tangan jd amalan, jeritan tarzan jd siulan. Jelingan maut jd kebiasaan. Namun, anak menangis disusukan, anak lapar disuapkan. Anak sakit diubatkan, anak bergaduh dileraikan. Sungguh kasih ibu. Sungguh sayang ibu. Sungguh mulia ibu.

Bukan si ayah x ambil pusing, tp si ayah penuh dengan tanggungjawab. Si ibu mula runsing, orang keliling sibuk bertanya tapi si ibu xtahu nak jawab.

Hidup ini hanya pinjaman, sekejap di atas sekejap terjunam. Kenapa orang keliling yang kita sibuk nak hadap, sedangkan beras di bendang pun bukan mereka yang tanam.

Hati ibu kecewa, tidak si ayah mahupun si anak tahu. Hati ayah terpalit, si ibu dan si anak pula yang sakit. Hati anak terluka, sekejap saja mereka menjauh.

Duhai ibu, kau juga punya ibu.
Duhai ayah, kau juga punya ayah.
Duhai anak, kau juga akan jadi ayah dan ibu.
Jika kau mahu anakmu sepertimu, kau layanlah ibu dan ayahmu seperti mereka melayanmu.
Jika kau mahu bahagia, bahagiakanlah ibu ayah mu.

Ibu, sayangmu membawa ke syurga.
Ayah, kasihmu berpisah tiada.

Luahan Hati,
#UmmiFarhana
#KhasUntukAmyrulArsyad
08.02.2014
Ahad
12.30Tghari
Seorang diri kat Kedai Makan

Friday, February 06, 2015

Setahun sudah! 06.02.2014 - 06.02.2015

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan ‪#‎AmyrulArsyad‬
Allah selamatkan kamu..

Walaupun kau lambat mengiring, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan, namun Ummi bangga dengan pencapaianmu duhai anak..

Perkembanganmu seiring dengan usiamu, itu yang pasti..
Syukur ke hadrat Ilahi,
Kehadiranmu sebagai penyeri,
Kehadiranmu sebagai rezeki,
Rezeki buat kami..

Biarlah apa yang dikata,
Biarlah mereka yang mengata,
Biarlah semuanya..
Biarlah Allah buat kerja Dia..

Pergilah ke mana yang kau suka,
Belajarlah apa jua yang kau minat,
Ambil lah seberapa banyak masa,
Luangkanlah seberapa banyak keringat,
Agar kau tidak akan pernah menyalahkan kami bila kau dewasa.

Manusia memang suka menilai,
Manusia memang suka membenci,
Manusia memang suka menjadi Dewa Dewi,
Manusia memang TAK SEMPURNA

Tapi,
kau punya IMAN,
kau punya AKAL,
kau punya JIWA,
kau punya HATI.
kau jua punya RASA.

Bersabarlah sayang..
Bertabahlah sayang..
Bertawakal lah sayang..
MASA mu akan datang..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ANAKKU #AMYRULARSYAD, SEMOGA KAMU AKAN LEBIH GEMBIRA DAN BAHAGIA SERTA MENJADI ANAK YANG SOLEH..
06.02.2014-06.02.2015

Coretan Kasih Sayang
‪#‎UmmiFarhana‬
Jumaat
06.02.2015
5.30ptg

Nota Kepala : abaikan muka Ku yg comot. asal boleh je gambar. maklumla mak yong... huhu

Thursday, February 05, 2015

Tazkirah #6 : Kerja Kuat

Semua kena kerja kuat , sebab kita yang akan tolong diri kita baru Allah akan bantu .. 

Wednesday, February 04, 2015

Wordless Wednesday #11 : Bekal dan Sarapan ")


Assalamualaikum. 
Kejap je dah Rabu.
Alhamdulillah.. Pagi tadi bawakkan suami bekal popia telur.. Tapi x sempat nak amek gambar semua.. Saya sendiri x smpat nk amek dh lapar terus ngapp.. Hehee.. Pasni leh lah share resipi kat blog plak.. Sok lau smpat saya nk buat lg lah.. Huhu..


Nak beli baju kanak - kanak yang cantik menarik dan tertarik ?? Klik gambar di bawah .. TQ!


#Throwback : Arsyad Si Tembam

** Sorry ek pada pemabaca semua .. Sekarang tengah mood nak #throwback .. **

Masa dia umur 4-6 bulan , aku memang peminat setia dialah .. Die hard fan lah omputih kata , memang kalau kat opis tu aku boleh jadi giler dok ingat kan dia .. X senang duduk aku dibuatnya , asek dok pikir macam mana lah dia kat umah pengasuh ,  minum susu ke tak . ehh , macam - macam lah .. Masa ni gak , susu aku Alhamdulillah masih banyak , dan dialah yang buat aku semangat untuk teruskan berjuang deminya .. Dialah nyawa aku dan penyebab aku ke syurga atau neraka .. Inilah anak yang akan menjadi pembela aku satu masa nanti .. In Shaa Allah .. 


kiri : syioknya tengok dia tido .. 
kanan : baju tu Auntie Azlina belikan , seluar tu kawan aku yang bagi


 
kiri : terserlah lesung pipit dia , geram !!
kanan : kemain semangat nak amek gambar tau !


Ummi dan Arsyad sama tembam !



nota kaki : actually , mood aku tengah throwback ni , sebab Arsyad nak setahun dan aku dah nak dapat mood baby baru kan .. ooppss .. lalalala ..

Monday, February 02, 2015

Welcome February 2015



Pejam celik , pejam celik dah masuk Bulan Februari 2015 dah .. Kejap je masa berlalu , harapnya ada lah sesuatu yang baik akan berlaku kepada kami sekeluarga .. Bulan Februari ni jugak bulan kelahiran aku dan anak aku Lil A si Amyrul Arsyad tu .. Xtahu lah tahun ni Mr. A nak bagi aku dan Lil A apa .. Aku x harap pape , cukuplah dia wish aku dan belanja aku makan nanti .. Hhehehehe .. Yelah , orang mengandung kan suka makan ..

Semoga kawan - kawan yang lain pun akan dapat berita gembira juga yer .. Bukan untuk bulan Februari je yer , tapi bulan seterusnya juga .. Aminn Allahumma Aminn ..






!!Jom Tambah Pendapatan!!