kbba9

DUIT MODAL

Monday, July 06, 2015

Cara nak keluarkan wang Sijil Simpanan Premium (SSP)

*post ini di update semula pada 15.02.2018*

Assalamualaikum .. 

Aku nak kongsi lah sikit .. Benda ni dah lama aku buat , tp baru ada masa nak kongsi dengan korang .. Aku masa zaman muda - muda ( eh , macam dah tua plak rasa ) aku suka simpan duit dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) ni .. Simpan tak ada lah banyak mana , tapi orang kata nak merasa menang cabutan bertuah katanya .. Cubalah nasib jugak ! 

Bila keadan terdesak , aku akan gunakan simpanan yang ada , yelah tak akan nak pnjam duit orang pulak kan .. Bila aku teringat aku ada simpanan dalam SSP , aku terus ajak Mr. A pergi buat pengeluaran .. Masa nak keluarkan duit SSP tu aku nak guna sebagai persediaan untuk aku bersalin nanti .. Yelah , mana tahu ada kecemasan kan .. 

Sesiapa yang ada beli SSP ni tapi nak keluarkan tak tahu cara , mari sini aku ajarkan ..

1. Korang bawak lah sijil SSP korang yang ribu riban tu . Kalau yang beli online tak perlu sebab dia boleh trace and track guna No. Kad Pengenalan je .. Macma kes aku , sijil aku hilang .. huhuhu

1.1 Kalau korang tertekan masa nak keluarkan duit pada ATM tu cepat-cepat pergi ke kaunter pertanyaan untuk minta bantuan. In shaa Allah, pegawai bank akan bantu korang. Kalau korang whatsapp aku, aku tak dapat tolong, maaf tau !
1.2 Kalau korang ambil duit pada masa bank dah tutup pun sama juga, pergilah bank esoknya atau bila-bila, lagi lambat korang pergi lagi lambat lah diorang proses.

2. Pergilah mana - mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan korang . Tak perlu pergi BSN yang korang beli sijil tu. Macam aku , beli sijil dekat Jalan Segget , nak jual balik pergi dekat Wisma Maria .

2.1 Yang ini pun ramai yang tanya aku, marah - marah pun ada. dah kalau korang tertekan beli SSP dekat ATM KL, tak kan lah nak kena pergi JB untuk keluarkan duit kan ? adoiyaipun .
2.2 Macam aku cakap kat atas, pergi kaunter pertanyaan dan tanya, PLEASE ...

3. Sampai kat BSN amek borang PENGELUARAN
4. Isi borang dan ambil nombor.
5. Tunggu nombor giliran anda dipanggil .
6. Masa di kaunter pegawai bank akan tanya sama ada anda mahu keluarkan semua atau tinggalkan sedikit . Selalunya mereka akan minta kita tinggalkan sedikit. Macam kes aku , pegawai bank minta aku tinggalkan RM10.00 untuk cabutan bertuah .. Yelah, siapa tahu kan rezeki anak - anak ..
7. Selesai

*untuk yang baru beli, penjualan semula SSP ini adalah selepas 45 hari waktu bekerja (ini kena pastikan semula dengan bank ya ). bagi yang tertekan atau terbeli, respon daripada pembaca yang whatsapp aku, ada yang mengatakan boleh dapat dalam hari yang sama, ada yang tak, jadi harap korang bersabar. apapun, jangan marah-marah BSN, itu marketing diorang nak galakkan rakyat Malaysia untuk menyimpan dengan mereka, so please, jangan kecam okay?*

Borang Pengeluaran

Tadaaaa .. Selesai ..

UPDATE :
Berurusan dengan BSN ni , korang kena sabar, ada tempat senang je ada tu agak leceh . so , apapun , kalau tersalah beli atau tersalah tekan, jangan takut untuk pergi ke kaunter dan tanya . diorang tak makan korang punya , hehe. kalau nak ambil bagi pihak suami atau mak ke pun sama juga prosedurnya , TANYA. Sebab tu orang tua-tua cakap, MALU BERTANYA SESAT JALAN.
Buat yang tanya aku, tapi aku tak balas, aku mintak maaf, kadang aku tak tahu nak balas apa, kadang aku rasa aku mmg tak mampu nak balas sebab di uar bidang dan kemampuan aku . So , aku mintak maaf ya korang . Harap apa yang aku update ni membantu lah. 

Untuk sesiapa yang telah maklum aku berjaya untuk keluarkan semula tu, terima kasih juga . Apa yang penting, ada hikmah kalau korang terbeli, siapa tahu kalau dapat menang kereta kan ? hehe .

Terima kasih kerana sudi baca ya.

61 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sis..sy xphm la SSP ni..sy da wat SSP beberapa bln lpas RM500 and dia bg slip..lpas tu tdi sy pegi lah tmbah duit Rm150..n dia bg slip lg..tp knape kat slip tu dia xbg baki yg bertambah Rm650,dia cuma bg jmlah wang yg sy masukkan tadi je Rm150..mmg mcm tu sis?? tp kat dalam sitem mmg jumlah dlm SSP sy yg RM650 tu la ye??

Anonymous said...

Pengalaman aku.. Kita simpan mmg ler dia cuma bagi slip jumlah yang kita simpan je.. tapi bila kita check online 'BSN Online' jumlah tu bertambah..

Chubby Hanna said...

Betul lah tu. bila bukak BSN Online baru nampak.

Unknown said...

Salam de caj x kalau resit ssp kita yg beli dr cdm hilang ?

Helmie Hamzah said...

Salam de caj x kalau resit ssp kita yg beli dr cdm hilang ?

Jefri Maliki said...

saya hari tu masukan duit kat acaun sya trsala masuk plak ,pembelian ssp,,kalau kita nk duit tu balik lambat tsk

Jefri Maliki said...

saya hari tu masukan duit kat acaun sya trsala masuk plak ,pembelian ssp,,kalau kita nk duit tu balik lambat tsk

Anonymous said...

Nak tye bila kita boleh dapat kelur kan duit ssp..45 hari dri kita beli ke

Azila Aziz said...

Sy masuk duit terbeli pulak ssp nie..haru jugaklah jadinya..mcm2

Anonymous said...

Azila aziz,nak dptkan duit tu blik.mcm ane proses dia.lame tak

anuar said...

Setiap kali cik masukkan tu adalah nombor sijil yg berlainan dan dia tidak akan bercampur, contoh jika cik beli ssp rm10 setiap bulan selama 12 bulan, maka cik ada 12 sijil ssp yang berlainan. Sekian.

zulmurad said...

Jefri Maliki Thursday, March 17, 2016
saya hari tu masukan duit kat acaun sya trsala masuk plak ,pembelian ssp,,kalau kita nk duit tu balik lambat tsk

Reply

Azila Aziz Sunday, July 10, 2016
Sy masuk duit terbeli pulak ssp nie..haru jugaklah jadinya..mcm2

Reply

DUIT TU BOLEH DIKELUARKAN DENGAN MENJUAL BALIK SIJIL (kalau yg ada sijil fizikal) KPD BSN. TAPI, ini yg tak best niii, KENA TUNGGU SELEPAS 45 HARI DARI HARI PEMBELIAN SSP TADI..HURMMM!

AMARAN!! ANDAI ANDA MEMBUAT TRANSAKSI DI ATM BSN, BERHATI-HATI DAN BACA SCREEN BETUL2 SEBELUM MENEKAN APA2 BUTANG. JIKA TERSILAP TEKAN BUTANG PEMBELIAN SSP, NAYAAA MCM AKU NII..TRLALU URGENT NAK BUAT WITHDRAWAL HARI TU, TERTEKAN BUTANG BELIAN SSP PULAK.NAK REVERSE KENA TUNGGU 45 HARI, TERPAKSA LAA BERHUTANG DGN KAWAN CASH UTK BAYAR DUIT SUPPLIER..PERGHH!..

yaya said...

salam,nk tanye.kalau sijil ssp ni tertinggal or
hilang bole x tebus tanpa bwk sijil?

yaya said...

salam,nk tanye.kalau sijil ssp ni tertinggal or
hilang bole x tebus tanpa bwk sijil?

yaya said...

salam,nk tanye.kalau sijil ssp ni tertinggal or
hilang bole x tebus tanpa bwk sijil?

yaya said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yaya said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Syafiqah Syaf said...

Klu nk reverse blik mcm mn lps 45 hry

Anonymous said...

Salam... Ada tak cara nak jual ssp melalui online mybsn... Nk pergi bank x sempatlaa

Anonymous said...

Assalam, nk tnya mcm mna cra nk kuarkn duit bsn ssp tu sbb ad cust. Sya slh msuk jnis akaun dia prgi transfer duit tu kt ssp... Cara dia sma ke mcm di ats?

aziz mamat said...

bole ke klu beli ssp kt benk lain ambik duit kt benk lain yerk???

Nusyill Izlyana said...

Haritu pernah berlaku macam ni , terbeli SSP ni . lepas bawak bukti , resit semua tu ke kaunter cakap tersilap . Alhamdulilah terus dapat

Anonymous said...

Asalam....klu nk batalkn ssp ni nk buat mcm mne,somi trtekan kot..sbb kelmarin nk p chek brim kluar pembelian ssp plk,mcm mne tu..

Roslina ode said...

Salam..nak tnya
Sekiranya hari ne kita beli ssp & keesokan harinya
Kita keluar kan balik duit tu macam mana yerr...
Ada sesiapa bole kongsikn ker?

Anonymous said...

Saya pon menunggu jawapan untuk ni

Faberlif said...

Sama la kita.

Alex Jc said...

Takde org berani jawab ke ni?

Alex Jc said...

Ada jawaban ka ni?

KakNa Journey said...

Assalamualaikum semua.
Macam ni lah yer, untuk pengetahuan semua, saya MEMANG beli Sijil Simpanan Premium ni, so tak ada istilah tertekan atau tak perasan. So, kalau anda tertekan atau tak perasan saya rasa adalah lebih baik berhubung terus dengan kaunter di mana ATM yang anda mahu keluarkan duit tersebut.
Pihak bank akan bantu anda, itu lebih mudah. Daripada terus menunggu jawapan di sini.
Mungkin juga anda boleh buat aduan kepada pihak BSN mengenai paparan awal semasa anda hendak keluarkan duit yang menyebabkan ramai pihak telah TERPAKSA membeli SSP tersebut.
Terima kasih.

Anonymous said...

Dgr kata 45 hari lps beli baru blh keluarkan duit tu

Unknown said...

Haha.. Samalah..ingat nk simpan duit kt acc..skali aku stsalah tekan kt atm tu.. Dah tbeli asb.. Pastu tanye pgawai dia..dia kata blh kuarkan.. Pas 45 hari..

Unknown said...

Haha.. Samalah..ingat nk simpan duit kt acc..skali aku stsalah tekan kt atm tu.. Dah tbeli asb.. Pastu tanye pgawai dia..dia kata blh kuarkan.. Pas 45 hari..

Anonymous said...

Assalamualaikum, hari tu sy nak masukkan duit sy kedalam acc sy , tpi sy tersilap masukkan duit tu kedalam simpanan SSP , sy nak ambil blek duit tu tpi sy xda dpt SIJIL SSP , dan resitnya pun sy dah misplace .. huhu .. Bole ambil blek kh tu ya? atau x bole?

Man Ahmad said...

SSP hanya BSN saja..bank lain xde SSP ni

Unknown said...

Samalah, baru je tadi. Trus bukak mna² blog untuk thu msalah ni, ingt saya sorg je tersalah tekan. Dh la bnyk, urgent plak tu. Aduhaii

Leha Zue said...

Baru berapa minute tdi salah tekan terbeli ssp hurmmm, kalau keluar kan esok tu boleh ke sehari dari tarikh kita bankin...

Unknown said...

tumpang aku sdkit ye.. .. sy punya kes salah tekan terbeli ssp pulak..niat nak keluarkan tapi hurm lain jadi ... mklum lha masa tu rmai bnar org... .. ..malangnya resit pembelian ssp sy dah hilang ...dah 6 bulan berlalu... sy nak tanya masih boleh keluarkan lagi tak ...??? tq....

amir iskandar said...

Berpa minimum boleh kluarkan duit ssp?

amir iskandar said...

Berapa minimum boleh kluarkan duit ssp?

Sazzy Ricco said...

Sama laaa terlalu nak urgent sgt kluar duit tertekan beli ssp plak,call careline bsn kta suruh tebus dekat kaunter sja bawa resit sklai..

ThyBiby said...

8/9/2017 nk kluarkn duit tp trtekan dan trbeli ssp,mcm mna nk dpt kn duit tu balik?

As said...

Hai,nk tnya.. Tdi sy nk kluarkan duit tp salah tekan terbeli ssp plak.. Nk dpat kn duit tu semula mcm mna ya.?

Unknown said...

Saye tersalah tekan jugak..esok jugak saye pergi bsn...tak ley tidur lena memikirkn nye...

Walton Ricki said...

Rasanya kena berurusan d kaunter tu...mcam kes admin ni...

zaidi awang said...

macam macam cara bank aka pihak berkepentingan nak kenakan kita rakyat biasa. Mula mula screen ATM yg keliru, lalu terbeli SSP, pas tu pulak, SSP boleh BELI ONLINE, boleh TERBeLI bila bila masa (Boleh TERSALAH BELI), Masalah nya SSP kalau nak jual TAKLEH ONLINE, TAKLEH JUAL BILA2 MASA, kena beratur dan bernombor, kena tunggu time bank buka pulak. KALAU NAK KIRA kurang lah markah ETIKA nya, Ada Nawaitu yang tak berapa molek dari pihak bank, Bank Kerajaan pulok tu. ye la kondem kondem jugak mana yg kurang betul, walau apa pun saya pun ada SSP jugak (TAK TERSALAH BELI LER). Cuma utk pihak bank yg menangguk di AIR YANG JERNIH.

(komen individu dan bukan dari author).
tenkiu.

bunga lily said...

Kene tgu 45 hari plak haru

bunga lily said...

Boleh ke keluarkan duit Tanpa tgu 45 hari

Mira E said...

45 hari

AlfaH Anne said...

Kne tnggu 47 hri bru boleh kluarkan ..

BizSi said...

Salam. Saya xfaham SSP ni macam mana.. Kita beli akan bertambah duit ke? Contoh kita beli RM100 10 unit.. RM100 tu akan bertambah ke?

Unknown said...

tmpang tnya, kalau msih bru boleh ke kluarkn.? ssp ni ada trikh matang ke untuk kluarkan

Unknown said...

Haa.. Tertekan simpan ssp.. Pastu camne ye?? Boleh ambil terus atau tunggu berapa lama

Ishak Ujang said...

Alhamdulillah. Sangat membantu. Saya nak keluarkan duit simpanan di SSP tapi saya beli online. Tak pasti nak buat macam mana. Mudah saja rupanya. Terima kasih di atas maklumat ini

Donal Dee said...

kalau nak keluarkan simpanan ssp tu kat mesin atm boleh tak? sbap hari tu aku beli simpanan ssp melalui mesin atm je.

Donal Dee said...

nak tanya, boleh tak keluarkan simpanan ssp melalui mesin atm je sbap hari tu tersilap pula ku beli simpanan ssp kat mesin atm.

Yaya Croft said...

Sebarang masalah pergi sahaja ke kaunter bank bsn...atau tengok online...mybsn.com.my

Kiena Azree said...

Assalamualaikum, macam mana kalau dah tertekan kan mesin atm tu beli ssp? yg cara awk trgkan d atas tu cra nk ambik duit ssp tu semula ke? sy x brp faham ssp ni. minta tlg jelaskan tq.

Kiena Azree said...

kalau tertekan beli ssp tu, boleh ambil lepas 45 hari? ambik tu thru atm bolej x?

mohammad hafiz said...

Mcm mne nak keluarkan duit tu eyyy

Hasyraf Isa said...

klu akaun orng lain mcm mna ye?

wehh said...

Assalamualaikum..sya nak tanya .macam mana ya.saya tertekan .ya.jadi saya terbelih sijil ssp.so saya nak keluar kan.boleh tolong bagi tau cara nya..

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING