kbba9

DUIT MODAL

Tuesday, July 07, 2015

The Siblings : #Day 1 - Permulaan yang baik

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kawan - kawan .. Sekejap je masa berlalu , Ramadhan semakin meninggalkan kita .. Emm .. Entahkan bertemu kembali atau tidak ..

Wallahualam ..

Oklah , apapun kehidupan kena diteruskan juga .. Betul tak ? Baik .. Emm.. mulai harini aku nak kongsi kisah The Siblings a.k.a anak - anak aku , Arsyad dan Akhmal .. Aku nak kongsi pengalaman aku dan mereka di rumah pengasuh dan sepanjang membesarkan dan menjaga mereka .. Harap korang tak bosan .. Hehe ...

Aku akan share semuanya dalam blog aku ni , supaya boleh dijadikan kenang - kenangan .. Lagipun , esok lusa kalau aku tak ada anak - anak aku boleh baca .. So , let's start!

#Day 1
5.7.2015
6.50 pagi
Hari ni first day aku selepas 67 hari bercuti berpantang setelah melahirkan Akhmal .. Anak - anak semua lena tidur sampai ke pagi .. Arsyad dan Akhmal ternyata seolah - olah tahu bahawa aku akan meninggalkan mereka .. Namun kebimbangan masih menghantui diri aku apabila mengenangkan si Akhmal tidak mahu menyusu menggunakann botol .. Hurmm ..

Sampai di rumah pengasuh , aku segera memaklumkan pengasuh bahawa Akhmal tidak mahu minum menggunakan botol .. Makcik Fauziah (pengasuh) hanya tersenyum .. Aku tinggalkan mereka dalam kerisauan namun segalanya ku serahkan pada yg Kuasa ..

10.00 pagi
Ada whatsapp masuk. Acik beritahu anak - anak semua minum susu dan tidur .. Aku senyum dan lega .

6.45 petang
Semuanya kelihatan gembira dengan kehadiran aku .. Allahuakbar , hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak kesayangan mereka tersenyum ketika mengambil mereka pulang .. Hilang segala penat lelah aku seharian ..

......................................

Alhamdulillah .. Semuanya dipermudahkan .. Selepas ambil anak - anak , aku dan suami terus bergegas ke kedai untuk berbuka puasa .. Syukur , hari pertama mereka "tanpa" aku dilalui tanpa sukar .. :)

Mereka sampai ke rumah dan terus lena dalam pangkuan aku .. Ternyata si abang Arsyad penat bermain seharian dengan kawan "serumah" dia ! Akhmal pula , kenyang menyusu , maka tidur sampai ke subuh lah dia .. Hehehe ..

Alhamdulillah .. Dapatlah aku dan suami masa yang berkualiti berdua , berbincang dan merencana hal ehwal keluarga .. Masa yang tidak akan aku dan suami sia - siakan .. In shaa Allah ...

Nanti aku sambung yer .. Terima kasih sudi baca !

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING