kbba9

Sunday, August 09, 2015

Susu Merundum , Apa Nak Buat ??

Assalamualaikum .. Hari ini kau share dengan korang apa yang aku dapat melalui email daripada Cikgu Susu yer .. Semoga bermanfaat !

Hari ini cikgu nak kongsikan masalah ibu yang susu merudum dan suami tinggal jauh darinya.

"Puan Ain, susu saya tengah drop, baby baru nak masuk 5 bulan. Saya sangat tertekan. Tak tahu nak buat macam mana, jadi buntu. Saya ada seorang lagi anak berumur 3 tahun. Selalu nakkan perhatian saya. Saya dan suami pula PJJ (perkahwinan jarak jauh), jumpa 2 minggu sekali je. Saya tak tahu nak minta tolong siapa, suami tak boleh bantu saya sebab jauh. Saya hilang semangat bila dia jauh. Minta pendapat puan.."

Sesekali cikgu ada menerima email dan PM permasalahan seperti ini. Walaupun tidak begitu kerap, tetapi ini menunjukkan ada di kalangan kita yang mengalami pelbagai cabaran untuk meneruskan penyusuan. Dalam situasi ibu ini harus kuat dan elakkan mencari alasan untuk menjadi lemah.

1. Kegagalan berpunca dari diri sendiri.

Anda harus kuat. Pendapat saya ya suami perlu disisi, tetapi sokongan suami bukan nombor 1 dalam list. Bagi saya sokongan dalam diri sendiri adalah yang paling utama. Jika suami sentiasa berada bersama kita, tetapi tidak membantu malah tidak menyokong kita lagi, pasti kita masih lemah dan apa usaha pun tidak akan berhasil.

Kadangkala walaupun suami jauh dari kita, tetapi dia begitu concern dan sentiasa mengingatkan kita akan tugas kita sebagai ibu menyusu, jarak bukan lagi penghalang untuk semangat itu sampai kepada kita. Betul tak?

Pokoknya, semua terpulang kepada diri kita sendiri. Mahu terus menyusukan atau tidak?
Mahu anak terus sihat? Mahu anak terdidik sahsiah dan akhlaknya? Tepuk dada, tanya hati anda.

Individu pertama yang harus memberi sokongan untuk meneruskan penyusuan adalah anda sendiri. Anda sendiri yang harus bangkit dan berusaha, bukan orang lain.


2. Slow talk dan minta bantuan.

Jika suami terlalu sibuk atau ada sesetengahnya sukar memberikan bantuan dan sokongan (walaupun duduk satu rumah), cuba slow talk dan berterus terang dengan suami anda. Beritahu dia yang anda memerlukan bantuan dia untuk memberikan semangat untuk anda terutama pada saat susu sedang merudum ini. Tak perlu susah-susah sediakan peralatan memerah dan mencucinya (kalau dapat tolong lebih baik), cukuplah bermain-main dan mengawasi anak-anak yang lebih besar sementara anda menyusu atau memerah di rumah, itu sudah mencukupi.

Jika suami tidak tinggal bersama anda (PJJ), dapatkan bantuan ibu atau ibu mertua anda untuk berbuat yang sama. Tidak perlu masa yang lama, cukup 30 minit - 1 jam selesai sesi memerah di rumah.

Jika masih tiada sesiapa bersama anda, jadikan anak sulung itu (masih kecil jika 3-4 tahun) sebahagian dari sesi penyusuan dan memerah anda. Dalam ertikata lain, make her/him get involved dengan apa yang anda buat. Kalau nak memerah, ajak sekali dia dan biarkan dia lihat anda sedang memerah susu untuk adiknya. Dia akan belajar sesuatu dari situasi itu. Otak anak-anak kita umpama span yang berupaya menyerap apa sahaja yang dilihat dengan cepat. Jadikan ini sebagai satu proses pembelajaran untuk dia. Pasti dia seronok dan anda juga tidak stress.

Kalau suami jauh dan tak aware tentang masalah anda, call/whatsapp dia dan ceritakan kepadanya yang anda sedang mengalami waktu yang sukar, perlukan sokongan dan semangat darinya.

Anda: Abang, susu drop lah, stress sangat. Cer bagi semangat kat ayang sikit.
Suami: Yeke? Sabar ek. Abang nak tolong macam mana ye? Sayang dah makan? Dah pukul 10 ni, dah pam ke belum?
Anda: Dah makan bang. Tengah pam ni.. huhu
Suami: Alhamdulillah, kenyang abang dengar sayang dah makan..hehe. Pam baik-baik ye. Terima kasih.
Anda: Terima kasih sebab apa pula?
Suami: Sebab susukan anak saya..

Haa, ni contoh perbualan suami isteri PJJ, tapi suami masih sentiasa bersama untuk beri semangat. Ramai yang macam ni tau, tapi ibu-ibu ini sangat kuat. Siap ada 2-3 orang anak susuan lagi. Tak semestinya suami kena selalu berada di sebelah kita, baru itu tanda sokongan dia. Ada suami sokong dalam diam. Ye lah, sesetengah lelaki kan tidak suka express kasih sayangnya dengan kata-kata. (Tapi kalau tunjuk, mesti isteri berbunga-bunga kan).


3. Positif dan Bersyukur.

Kadang-kadang, kita tidak mensyukuri nikmat yang ada. Ada suami tapi muka susah nak manis. Susu tengah banyak sampai bengkak-bengkak, tapi culas lagi memerah. Solat hujung-hujung waktu. Ini adalah antara contoh sifat-sifat mazmumah pada kita yang suka menerima hadiah tetapi tidak bersyukur. Semua manusia sama, tiada yang perfect

Sekarang Allah menurunkan ujian, supaya kita kembali semula kepada Dia. Ujian yang sikit, tetapi cukup membuatkan kita susah hati, tak tidur malam. Allah nak kita sedar anugerah yang dia beri kepada kita. Dia nak kita berterima kasih kepada Dia, sebab Dia nak beri lebih dari apa yang kita ada sekarang. Apa kata selepas ini kita bersikap lebih positif dan bersyukur.

Jangan lupa ucapkan syukur dengan rezeki susu yang masih ada hari ini, walaupun sedang merudum. Ramai ibu seperti ibu yang mempunyai bayi pra-matang, ibu yang mengalami penyakit kronik masih struggle untuk mendapatkan setitik titisan emas ini. InshaAllah dengan syukur itu hati lebih tenang.

Ucaplah:
Alhamdulillah, susu masih ada walaupun merudum.
Alhamdulillah, masih ada suami walaupun PJJ.
Alhamdulillah, aku masih kuat walaupun tak dapat bantuan suami.
InshaAllah, susu akan meningkat semula.
InshaAllah, hubungan aku dan suami lebih erat walaupun jauh.
InshaAllah, aku mampu menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak ku ini.

Bukankah Allah mengikut sangkaan hamba-Nya? Dia tahu semua apa yang difikirkan oleh ciptaan-Nya. Doalah yang baik-baik untuk anak-anak, sebut dan fikirlah yang baik-baik untuk penyusuan anda.


Tips meningkatkan susu ibu:

1. Mula seperti kali pertama dulu: menyusu on demand bila bersama bayi dan pam 3 jam sekali bermula jam 5pagi. Back to basic, perlu ada 8 sesi mengepam sehari.
ATAU
Lakukan powerpumping bermula malam ini sehingga nampak perubahan pada kuantiti susu perahan anda.
ATAU
Buat tandem pumping untuk jimat masa dan menambah penghasilan dan aliran susu dengan lebih cepat. (Tandem: sebelah menyusu sebelah memerah).

3. 3 jadual makan utama (breakfast, lunch, dinner) mesti ambil makanan berat. Each meal perlu ada elemen karbohidrat, protein, sayuran hijau, & buah. Contoh: Nasi, ikan/ayam, sayur hijau pekat, buah.

4. Elakkan minuman ais/air sejuk sehingga kuantiti susu naik semula. Amalkan air suam/air panas. 1 gelas setiap 1 jam. Total minuman mestilah sekurang-kurangnya 3.5Liter sehari (termasuk air manis/jus buah). Elakkan kopi atau teh buat masa ini.

5. Minum milo/horlicks/susu/minuman berasaskan bijirin bersama biskut high fiber/roti setiap kali selepas menyusu/mengepam untuk recover water and energy loss semasa mengepam/menyusu tadi.

6. Elakkan terus makanan berminyak/pedas buat masa ini. Banyakkan makanan masak stim, rebus dan sup. 

7. 'Snacking' kurma setiap kali selepas menyusu/mengepam. Makan dalam 3 biji sekali makan. Sediakan satu bekas kurma dan 1 botol air suam di sebelah puan untuk sesi menyusu waktu malam. Makan 3 biji kurma dan minum air suam setelah selesai menyusu.

8. Pastikan anda rasa tenang dan relax semasa mengepam. Bila relax susu lebih lancar. Kalau boleh elakkan selalu melihat kuantiti perahan yang anda dapat semasa mengepam, lihat sahaja selepas selesai sesi mengepam ya. Tarik nafas dengan dalam sebelum mengepam supaya anda lebih fokus dan tenang.

9. Penambahan sesi mengepam / powerpumping mungkin akan menyebabkan badan sedikit letih. Amalkan supplemen/makanan sunnah untuk memberi tenaga ekstra kepada badan. Badan yang terlalu letih juga akan mempengaruhi kuantiti susu. 

10. Yakinlah dengan rezeki Allah. Tunaikan solat hajat sebelum/selepas powerpumping waktu malam untuk memohon rezeki susu dari-Nya. Mohon dengan spesifik. Sebut nama anak yang masih disusukan.

Ini ujian untuk nya, dia ibu terpilih. Jadi kita mesti kuat, usah bermain perasaan terlalu lama, terus bangkit semula, kerana perjalanan masih jauh ya.

Saya doakan Nurfarhanah berjaya meredah cabaran dalam penyusuan. Seseorang pernah berkata kepada saya, "There is no failure in breastfeeding, it is life experience." Jadikan ia pengalaman yang anda takkan lupakan sampai bila-bila.


Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!