kbba9

! Ramadan / Raya Sale !

Sunday, August 30, 2015

Ummi Yang Gagal

Akhir - akhir ni aku rasa aku ni macam ummi yang paling gagal dalam dunia. Sedih. Sebab apa? Ntahlah, sejak Arsyad dah mula nak pandai cakap dan Akhmal dah mula mengiring, aku rasa cepat stress. Kawan aku kata sindrom meroyan, hurm NAUZUBILLAH. Aku tak rasa pasal meroyan pun. Tapi aku rasa lebih kepada letih. Yelah, penat dengan kerja seharian, mana nak buat stok susu, nak layan anak, layan suami dan buat semua kerja rumah tu kan. Ya ALLAH, aku bukan merungut dan tak bersyukur tau! Sungguh! Aku bersyukur sangat sebab ALLAH pilih aku untuk rasai semua ni. Yelah, suami, anak-anak kan pinjaman ALLAH kepada manusia. Tapi, yelah, aku ni manusia biasa gak. Sama macam korang. Kadang tak terlepas daripada merungut. Aku rasa bukan aku sorang je kot. Ramai lagi yang rasa macam aku ni ha. Blurghh!

Arsyad pula semakin manja dan tantrum yang over the limit aku rasa. Yelah, tengah tidur lena siap pakej dengkur sebelah babah dia, dia boleh pula bangun sebab perasan aku tak ada. Hello, aku baring belakangkan dia je kot, yelah nak susukan adik dia si Akhmal kan. Ya Allah, stress tau! Tu belum lagi pakej dia berguling-guling kalau tak dapat sesuatu. Contohnya, Amy ni suka beli minyak rambut yang bekas dia too fancy sampai menarik perhatian si Arsyad. Then bila dia nampak Amy pakai time pagi nak pergi kerja mulalah dia melalak macam kena pukul. Ya Allah.. Hilang aura positif pagi tau!

Kalau aku bangun tengah malam nak buang air (tak kira lah besar ke kecik) kejap sekalipun, dia akan bangun dan meronta - ronta! Ntah kenapa pun aku tak tahu! 

Yang lagi buat aku stress, setiap kali aku tinggalkan dia dekat rumah MIL aku, dia mesti tak nak minum susu. Makan pun tak nak. Sedangkan dengan aku, molek je minum berbotol-botol. Makan nasi dengan kicap pun setengah pinggan habis. Hurm, Arsyad! MIL aku mula lah salahkan susu lah, risau dia kurus kering lah apa lah! Mana tak stress ooii.. Tapi aku rasa dia ni ikut faktor keturunan babah dia, sebab tu badan dia macam tu. Aku dulu sekolah okay je, tak adalah gemuk sangat! Bhhahhaaa!

Amyrul Arsyad

Sekarang, kalau pergi AEON Taman Universiti ke TESCO ke memana lah kalau ada permainan tu dia mesti nak naik. Dapat naik dua "kereta" jadilah, kalau tak menjerit-jerit.. Haisshhh.. Ini salah si Amy lah sebab ajar daripada dia pandai duduk tu! huhuhuhu..

Amyrul Akhmal

Adik, macam biasa. Lama sikit je dalam stroller, maka tidur jelah. senang kan jadi baby dan budak kecil ni. Tak payah fikir mana nak cari duit itu ini. Menangis je orang dah dukung, siap pakej dodoi sekali. Hhehee..

Apapun, aku harap anak-anak aku tak fikir yang aku ni Ummi yang benar-benara gagal. Bila aku mengadu dengan Amy, dia kata aku ni emosi lebih. Yelah, nak mengadu dengan siapa lagi kan? Nak lepaskan fasa membesarkan anak daripada 0-4 tahun ni orang kata memang mencabar! Jadi, bersedialah! In shaa Allah, kalau orang lain boleh, kenapa tidak aku??

Till then. 

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!