kbba9

DUIT MODAL

Sunday, September 20, 2015

SUSU : KAIS PAGI MAKAN PAGI

Assalamualaikum dan hai Nurfarhanah,

Seriously, dulu saya selalu terfikir macam mana mak-mak kita boleh ingat berat kita (kilogram) semasa lahir dan dapat described keadaan kita ketika lahir itu dengan sangat sempurna, without using any gadget or smart phones macam yang kita ada sekarang. 
Kerap diimbas kembali cerita kelahiran seorang demi seorang ketika berkumpul beramai-ramai, 
"kepala anak yang sulung tu besar, ambil masa yang lama untuk lahirkan dia.."
ada pula yang "senang sangat lahir, siap dalam 'karung' lagi (ketuban / amniotic sac)."
Itu dia cerita mak-mak kita semasa lahirkan kita 30-40 tahun dulu. Kalau ditakdirkan seorang ibu itu ada 12 orang anak, beliau dapat mengingati sejarah kelahiran kesemuanya 12 orang anak itu. Isn't that amazing? Subhanallah. Kagum yang amat!
Setelah diri sendiri bergelar ibu, saya jumpa jawapannya. Seorang ibu or i can say seorang perempuan sangat sinonim dengan nombor terutamanya jika ia melibatkan suatu peristiwa, tarikh atau situasi penting dalam hidupnya. Jarang sekali jumpa seorang wanita yang lupa tarikh anniversary sendiri, atau tarikh kelahiran anaknya. Semua maklumat ini 'diikat' ketat-ketat dalam hati sebab nak simpan sehingga mati. Betui dak?
Seorang ibu menyusu juga tidak lari dari bermain dengan nombor setiap hari. Ibu menyusu yang bekerja mesti tahu membuat perkiraan berapa oz susu yang perlu ditinggalkan kepada penjaga sepanjang 9 jam bayi di rumah penjaga.

Masalah ibu adalah apabila kuantiti susu KASI PAGI MAKAN PAGI..KAIS PETANG, MENANGIS..
Banyak saya dengar keluhan sebegini dari ibu yang bertemu muka dengan saya atau yang email dan PM bertanyakan soalan yang sama. Apabila bermula soal jawab, rupanya penghasilan susu normal sahaja. 
Menurut pakar, setiap ibu dapat menghasilkan susu yang cukup untuk bayinya. Ada ibu yang menghasilkan susu lebih dari keperluan bayinya. Secara purata ibu yang normal akan menghasilkan 3-4 oz susu dari kedua-dua belah payudara pada satu masa. Kuantiti susu yang dihasilkan pula mengikut keperluan bayi dan mengikut kapasiti simpanan susu oleh payudara. 

Puratanya, kuantiti susu yang diminum bayi yang menyusu susu ibu sahaja adalah dalam julat 3-4oz sekali minum. Dan berdasarkan pemerhatian, julat kuantiti ini biasanya kekal sehingga usia anak 2 tahun. 
Walaupun kuantiti susu nampak sedikit pada zahirnya, tetapi komposisi susu ibu sentiasa berubah mengikut keperluan anak dan seiring usia anak meningkat. Jadi, anda masih menghasilkan susu yang cukup dan lengkap nutrisi untuk anak anda.

Ibu yang payudaranya berkapasiti kecil menghasilkan susu bersamaan dengan kuantiti yang diminum bayi dalam 1 kali feeding: 3-4oz dalam 1 sesi perahan.
Ibu yang payudaranya berkapasiti besar menghasilkan susu lebih dari kuantiti yang diminum bayi dalam 1 kali feeding: 8-10oz atau lebih dalam 1 sesi perahan.
Ibu yang menyusukan lebih dari 1 orang anak atau anak kembar akan menghasilkan susu mengikut keperluan anak-anak: 15-20oz atau lebih dalam satu sesi perahan.
Ibu yang menghasilkan susu lebih dari keperluan bayinya mengalami situasi oversupply.
Tahukah anda, ibu yang oversupply pun ada mengalami situasi yang memeritkan juga. 

Antara yang pernah berjumpa saya mempunyai masalah berikut:
1. Aliran susu terlalu laju hingga bayi kerap kali tersedak semasa menyusu.
2. Bengkak susu dan ketulan yang berulang-ulang sehingga membawa ke radang payudara (mastitis).
3. Ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk, menyebabkan bayi mudah kembung.
Ibu-ibu oversupply ini perlu ada rutin memerah yang sangat konsisten untuk mengelakkan masalah-masalah seperti di atas. Jika jadual semasa bekerja tidak konsisten, ibu akan mengalami bengkak susu yang sudah pasti boleh mengganggu mood ibu.
Maka, ibu yang berkapasiti kecil; usahlah bersedih hati jika penghasilan susu tidak semeriah rakan-rakan yang lain. Bersyukurlah kerana masih dapat meneruskan penyusuan dengan baik, tanpa perlu menambah susu lain. 'Cukup-cukup' pun bagus, yang penting mencukupi untuk anak anda.

Bagi ibu yang menghasilkan susu lebih dari keperluan bayi sendiri, ketahuilah, di setiap rezeki kita, Allah alirkan rezeki orang lain. Dan Allah pasti tambah lagi kurniaan-Nya kepada anda jika anda berkongsi susu itu dengan bayi yang memerlukan.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imran: Ayat 92)
It is always good to have an abundant milk supply, but by not having that abundant milk supply doesn't make you a fail mother.

Banyak yang cikgu nak share dalam Seminar Mudahnya Menyusu kali ini.
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).
12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel
13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel
20 Sept : POTG Kelana Jaya
3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)
4 Oct : POTG Kelana Jaya
10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel
11 Oct : Melaka, Angsana Hotel
23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel
24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel
25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel
8 Nov : POTG Kelana Jaya
13 Nov : Kuching, Abell Hotel
14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Rujukan:
1. Kellymom.com
Cikgu Susu Anda
Blog Cikgu Susu
Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

- Email ini saya terima dan buat saya sedar bahawa saya tidak boleh mengalah sebelum berjuang sehabis baik! Good Luck Farhana!

1 comment:

nurfadilah suardi said...

semoga Allah permudahkan penyusuan anak dan anak cukup susu dan sentiasa sihat

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING