kbba9

DUIT MODAL

Saturday, October 31, 2015

TRAGEDI OKTOBER 2015



Alhamdulillah... 

Banyak perkara yang berlaku kepada Hana sepanjang Oktober 2015 ni . Ada yang pahit dan semestinya ada yang manis juga ! Tidak Hana nafikan malah Hana bersyukur semua yang terjadi adalah di dalam ketentuan Allah.

Hana nak senaraikan supaya Hana boleh ingat dan jadikan panduan dan peringatan buat Hana di masa lain.

1. Selama sebulan tak iklan hal bisnes kat facebook dan pages. Tak tahu kenapa tapi tak ada mood.
2. Hp asyik meragam. Ini salah satu punca malas nak update hal bisnes.
3. Meeting dan meeting dan meeting kat office. Hana jadi mangsa kena angkat telefon.
4. Hana dan suami asyik salah faham lagi lagi hal anak. Tapi kami cepat cool. Memasing mintak maaf dan terus perbaiki apa yang kurang.
5. Anak anak semakin membesar, Arsyad dah banyak benda dia faham dan pandai cakap. Akhmal mula meragam sebab nak tumbuh gigi dua batang kat belah bawah.
6. Rumah kena makan dengan anai anai. Its a bad news, but Hana and Amy make it simple. Panggil orang untuk tembak anai anai nanti. (Tunggu bajet)
7. Arsyad semakin tahu malu bila nampak Hana tengah susukan Akhmal.
8. Akhmal dah mula tunjuk "kuasa" dia sebagai "adik bongsu". Tak nak mengalah dengan abang dia.
9. Followers pages Fames Rich Shoppe tetap bertambah walaupun tak ada iklan dan tak invite sesiapa untuk like.
10. Adik Kesayangan Fasihah yang duduk labuan tu balik. Jalan-jalan dan have fun dengan dia. Hukhuk.. Dah nak kahwin dah dia.
11. 31.10.2015 - Hana tengah jemur baju dekat luar rumah, Arsyad datang berlari bawak tudung suruh pakai. Hana ambil letak kat bahu, kemudian Arsyad marah dan suruh pakai. Lepas pakai dia senyum dan mintak cium. Korang rasa?

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku dalam bulan Oktober ni. Tapi yang paling terkesan adalah apabila Arsyad bawak tudung tu. Yelah, selama ni jemur baju luar rumah x pernah pakai tudung, balut dengan tuala je. Tp kelmarin konon nak keluar kejap je. Tu yang tak pakai tu.
Itu sebenarnya peringatan buat Hana. Suami pun terkejut semalam. Alhamdulillah.. Syukur Hana rasa dapat anak yang menyenangkan hati orang tua. Semoga anak anak Hana membesar dengan sihat dan berakhlak mulia.

Nota : Ini adalah ringkasan " Tragedi Oktober" Hana yer. Tak ada kena mengena dengan orang lain sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

4 comments:

nurul harnani kasmari said...

nanie suka ctatatn yang ke 10 tu. nampak anak2 alert dgn ISLAM.

Chubby Hanna said...

yup, rasa terharu sangat. sebab selalu memang keluar dah siap pakai tudung baru jemur dan masuk kereta. itulah ibu bapa sebagai contoh kepada anak-anak.

Julia Johari said...

Fuhhh pelan2 ye solve this problem.

Chubby Hanna said...

in shaa Allah sis julia, pelan pelan kayuh ni.. hehe..

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING