kbba9

! Raya Sale !

Thursday, December 31, 2015

Alhamdulillah..

Kerja lebih masa.

Jumaat dan Sabtu
15-16 Disember 2015

Setelah 9 tahun berkhidmat dengan jabatan kerajaan secara keseluruhan dan 5 tahun di jabatan ini, ini adalah kali kedua aku buat tuntutan elaun lebih masa. Di jabatan ini, baru kali pertama ketua cawangan aku meluluskan permohonan tuntutan elaun lebih masa kami. Selalunya kami hanya bekerja untuk membayar tuntutan orang lain, namun untuk penutupan akaun pada tahun ini, ketua kami bersetuju untuk beri kami "ganjaran".

Iya, mungkin sesetengah daripada kita suka untuk melakukan kerja lebih masa, tetapi tidak pada aku. Sebab aku dapat rasakan bahawa aku sedang menambah masa kerja dan mengurangkan kualiti masa bersama anak-anak aku. Namun atas dasar "Saya Yang Menurut Perintah" aku rela kan juga. Iyalah, sudahlan bekerja daripada Ahad ke Khamis, mahu ditambah lagi Jumaat dan Sabtu. Haiishh..

Namun, aku sudah maklumkan lebih awal kepada ketua bahawa aku punya komitmen kepada keluarga adalah lebih utama, dan mereka faham. Alhamdulillah. Bukan dikejar wang ringgit yang tak seberapa tapi masa bersama dan berehat yang lebih utama.


Apapun, Alhamdulillah, hasil kedatangan aku untuk tugasan lebih masa tu ganjaran yang aku dapat setimpal dengan kerja yang aku lakukan. Jumlah tuntutan elaun lebih masa yang aku terima hanyalah RM138.71. Sikit bukan? Tapi syukurlah, daripada tiada. Ganjaran yang aku terima aku gunakan untuk membeli keperluan anak-anak aku seperti pampers, susu tepung Arsyad dan nestum Akhmal. Bakinya aku gunakan untuk belanja sarapan aku di pejabat.

Suami aku kata, syukurlah diberi bayaran berbanding sebelum-sebelum ini. Persoalan suami aku, kami diberi ganjaran kerana ketua kami yang baik hati atau bagaimana? Ntahlah. Jawapan aku, biarlah apa pun alasan mereka yang pasti aku hanya mahu menyelesaikan tugasan yang diberikan, itu sahaja. 

p/s : aku sebut ganjaran kerana pada aku itu adalah lebih sedap didengar berbanding dengan perkataan elaun.

Sunday, December 27, 2015

Nabila Huda Kahwin Lagi.

Alhamdulillah.

Artis all time favourite aku akhirnya dah selamat mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Tahniah abil!

Thursday, December 24, 2015

Adik.

Adik.

Ummi tahu adik sekuat Ummi.
Ummi tahu adik tak mahu susahkan Ummi.
Ummi tahu adik akan jadi peneman setia Ummi.

Terima kasih adik kerana menggembirakan Ummi hari ini. Adik selalu faham bila mana Ummi perlukan adik sebagai teman Ummi.

Maafkan Ummi adik, kalau kasih sayang Ummi tak cukup buat adik. :(

Note : #AmyrulAkhmal sedang mencuba untuk merangkak. Finally, Allah makbulkan doa aku dan it was a first time i saw his smile with his confident face when he started crawling. Thanks Allah. Alhamdulillah.

#StoriesOfFarhana #AmyrulAkhmal8onths
#24122015

Salam Maulidur Rasul 2015

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Wednesday, December 23, 2015

Wordless Wednesday #33 : Jangan Ikut Hati!






"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

Thursday, December 17, 2015

Bisnesku : Menyingkap Mukjizat Surah al-Waqiah

Menyingkap Mukjizat Surah al-Waqiah

Allah menepati janjinya apabila kita tidak mengingkarinya. Oleh itu, laksanakan pesanan nabi yang menganjurkan kita membaca surah al-Waqiah pada waktu malam. Sesungguhnya, surah itu mengandungi kelebihan yang dahsyat bagi memudahkan kita mencari rezeki.
Prakata

Bab 1: Pendahuluan
Kelebihan-kelebihan Surah di dalam Quran
Surah al-Fatihah
Surah al-Baqarah
Surah al-Kahfi
Surah Yasin
Surah ad-Dukhan
Surah al-Waqiah
Surah al-Waqiah Termasuk Surah Makkiyah
Asbabun Nuzul Surah al-Waqiah
Persoalan-persoalan

Bab 2: Maksud Surah al-Waqiah
Sekilas Berkenaan Kandungan Surah-surah
di dalam Quran
Al-Waqiah, Surah yang ke-56
Hubungan Surah al-Waqiah dan Surah al-Hadid
Menjelaskan Mengenai Kiamat
Pedihnya Neraka dan Nikmatnya Syurga
Keistimewaan Surah al-Waqiah

Bab 3: Membaca Surah al-Waqiah Menjauhkan Kefakiran
Beribadah dan Berusaha
Kekuatan Spiritual Memudahkan Rezeki
Membacanya Setiap Malam
Jumlah Bacaan
Istiqamah
Pasrah pada Tuhan

Bab 4: Menyingkap Keajaiban Ayat-ayat dalam Surah al-Waqiah
Simbolisme Tafsir dan Takwilnya
Kekuatan Batin dalam Surah al-Waqiah
Iktiraf dan Qanaah
Mengamalkan dengan Khusyuk
Menyingkap Diri
Terapi Logik Mengenai Keseimbangan dan Ketenangan

Bab 5: Pemahaman Batin Surah al-Waqiah
Mendekatkan Diri pada Allah
Bibir Berucap, Fikiran Mengingat
Reaksi Usaha
Keseimbangan Emosi dan Spiritual
Motivasi Diri dan Amalan Spiritual
Mempertahankan Keyakinan dengan Amalan Spiritual

Penutup

Bibliografi
Al-Waqiah, Surah yang ke-56
Di dalam Quran, surah al-Waqiah berada pada kedudukan ke-56 iaitu selepas surah ar-Rahman. Namun asbabun nuzul menjelaskan, surah al-Waqiah diturunkan selepas surah Taha. Ia dinamakan surah al-Waqiah yang bermaksud ‘hari kiamat’ kerana di dalamnya banyak memceritakan perihal kiamat.
Kandungan utama surah al-Waqiah adalah penjelasan berkenaan terjadinya hari kiamat, gambaran syurga dan neraka, serta perihal orang yang banyak melakukan kezaliman dan keingkaran. Tidak ketinggalan juga ia mengandungi maklumat mengenai orang yang beriman. Dalam penjelasannya yang lebih terperinci, ia menerangkan manusia terbahagi kepada tiga golongan pada hari akhirat iaitu:
  • Golongan yang segera melakukan kebaikan.
  • Golongan kanan iaitu orang yang beriman.
  • Golongan kiri iaitu orang yang mengingkari Tuhan.
Surah al-Waqiah menjelaskan, golongan orang yang segera melakukan kebaikan adalah golongan para nabi yang selalu bersegera mengamalkan ibadah kepada Allah dengan penuh tawaduk.
Golongan kanan pula adalah orang yang soleh iaitu mereka yang bertindak sesuai dengan tuntutan Quran. Ahli tafsir Quran menggambarkan golongan kanan sebagai ashabul yamin atau ashabul mujahadah iaitu orang yang berjihad, orang yang mahu berjuang dan sabar dalam menanggung penderitaan.
Golongan kanan memperoleh kemenangan walaupun mereka ditimpa pelbagai ujian dan kegelisahan. Mereka menyedari kehidupan ini adalah ujian dan ia penuh dengan penderitaan. Kelak, mereka pasti mendapat balasan kebaikan daripada Allah. Mereka melalui semua ujian dengan penuh kerelaan dan keikhlasan seperti Nabi Muhammad yang sering menerima ujian, namun beliau tetap ikhlas dan sabar.
Golongan kiri adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Quran. Dengan demikian, mereka adalah orang yang sesat. Mereka mengingkari kebenaran yang datang daripada Allah dan mendustakan agama tauhid. Mereka termasuk dalam golongan orang yang sesat. Mereka mengingkari apa yang sebenarnya dipandang benar oleh hatinya hingga segala kebaikan terasa seperti duri yang menyeksa diri. Inilah manusia sesat yang mendapat balasan neraka pada hari kiamat kelak.

 Harga : RM10.50
Postage : RM6.00 (SM) / RM9.00 (SS)

Monday, December 14, 2015

Kau Tahu Apa? - Part 1

Kau tahu apa aku rasa?

Saat aku melihat anak aku sedang lapar, dan hanya sebungkus roti RM1 yang tinggal?
Dia ambil dan hulur kepada aku supaya aku membukanya. 

Kau tahu apa aku buat?
Buka.

Si anak melompat riang, bertepuk tangan dan menarik tangan aku untuk dicium tanda terima kasih. Kata-kata belum bisa ditutur. Ucapan sayang belum bisa diatur.
Airmata aku tahan. Sungguh roti itu bukan air tangan aku, dia makan sambil tersenyum riang.


Kau tahu apa aku fikir?
Sayu. Syahdu.

Bagaimana orang yang lebih susah daripada aku mahu berkongsi sebungkus roti dengan anak yang mungkin 5 atau 8 orang? Bagaimana? Allahuakbar!

Aku diam. Syukur. Itu yang mampu aku ucap.

Kau tahu apa aku rasa?
Bila malam berlabuh, hanya kami bertiga baring di atas katil. Kadang aku ditengah, kadang aku di kiri dan kadang aku di kanan. Tapi hari itu, dia mahu baring di sisi adiknya saja. Adiknya pula seolah mengerti. Tidak merengek, tidak menangis malah tidak juga mahu menyusu.

Pelik.

Hari itu, susu yang aku kirim ke rumah asuhan tidak seperti selalu. Namun aku berdoa susu aku sentiasa cukup baginya dan beri kekenyangan berpanjangan. 

Alhamdulillah. Allah memakbulkan doaku. Si ummi yang susunya pam pagi untuk petang, pam petang untuk pagi.


Kau tahu apa aku buat?
Biarkan sahaja mereka. Si adik yang tidak tahu mengapa si abang ketawa, si abang masih cuba menghiburkan si adik tanpa putus asa.

Kau tahu apa aku fikir?
Sayu lagi. Syahdu lagi.

Saat itu aku rindu adik aku. Rindu sangat. Rindu untuk peluk dia. Rindu untuk "ejek" dia, rindu untuk cubit dia. Dan yang paling aku rindu, rindu sangat nak jumpa dia. 
Moga panjang umur kami untuk sentiasa bersama. 

In shaa Allah.




P/S : Entri ini entri lama. Entah apa aku fikir masa tu, aku pun tak tahu.




Sunday, December 13, 2015

Kuat Meragam


Kadang emosi marah menerjah
Kadang rasa geram bercambah
Tetapi sayang aku tak terluah
Tetapi kasih aku tak tertadah

Rajuknya mahu dipujuk
Laparnya mahu disusui
Ketawanya mahu disambut
Geraknya mahu ditatang

Siang malam meragam merajuk 
Siang malam menangis mahu dipujuk
Siang malam meronta minta dipeluk

Cemburu kuat dengan si abang
Langsung tak bagi aku peluang
Sampai abang selalu meradang

Tujuh bulan memori terindah
Tujuh bulan tidur ku renyah
Tujuh bulan ku masih pasrah

Seumur hidup aku redha
Seumur hidup aku berserah
Selagi Allah beri aku masa 

Sungguh aku kadang-kadang hilang dalam terang
Merenung entah apa yang dikenang

Anak

Kau memang nyawa aku.


Betul ke? : Berleter


Kajian : Anak Lebih Berjaya Jika Ibu Kuat Berleter.

Ada bukti?


Tudung murah di sini. 

Servis Poslaju Yang Dah Tak Laju



Assalamualaikum semua. 

Hana nak kongsi cerita tentang servis poslaju. Hana ada beli barang pada 05/12/2015, stokis pos hari berikutnya 06/12/2015. Tapi, poslaju hantar kat office pada 10/12/2015. Lama gila! Nasib lah memang beli barang dengan stokis sendiri, yang peliknya pejabat pos tu dekat je dengan office. Lepas ni dah tak boleh guna alamat office lagi lah, 
kena pakai alamat rumah mentua je. Sebab Hana perasan, penghantaran ke kawasan Larkin ni selalu je lambat tau. Geram je rasa. Hana ada tanya posmen tu kenapa lambat, 
tapi dia kata sebab staff kurang dan ramai yang berhenti kerja. 

Sebab penat dan tak tahan, Ada posmen yang kena handle dan hantar sehingga 200 parcel sehari. Banyaknya!

Ada orang tanya kenapa tak pergi pick up je? Hana jawab, kalau Hana pick up rugilah kos duit Hana bayar untuk postage. Bukan berkira pasal apa, lagi satu sebabnya Hana tak bawa kereta pergi kerja, Kalau tak Hana ambil jugalah daripada tunggu lama. Kalau nak ambil waktu balik kerja pula kelam kabut, sebab Hana kena patah balik, kalau setakat ambil tak perlu tunggu lama ok lah lagi.

Diharap pihak pengurusan poslaju dapat buat sesuatu untuk menambah baik keadaan ini. Supaya tidak berterusan dan menjadi isu besar. Almaklumlah,, zaman sekarang kita ni ramai yang suka beli barang online. Yelah, nak stabilkan ekonomi negara, mestilah ada peniaga dan ada pembeli. Baru lah ekonomi kita berkembang dengan baik. Apapun, semoga semua pihak berpuas hati dan gembira.

Korang yang jual beli barang secara online tu jangan lah marah-marah poslaju atau posmen yer. Mereka juga manusia biasa. Kalau boleh sabar kita sabar, kalau boleh tegur kia tegur. Jangan lah maki-maki, jagalah kredibiliti kita sebagai peniaga dan sebagai manusia. Semoga kita semua sentiasa ditetapkan iman dan ditinggikan kesabaran.

Okbai.

Friday, December 11, 2015

Is Not An Easy As You Think!




Being a mom isn't an easy job, but it's definitely the best job everyone could ask for!

Sumber : Pamapedia

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi : #Tip Pertama

Mari saya nak sharekan tip pertama dari buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi.

[Anak Adalah Amanah]

Muhammad bin Munkadri meriwayatkan dari Jabir bin Abdillah bahawa seseorang berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak namun ayahku ingin mengambil habis hartaku." Baginda menjawab, "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - Ibnu Majah


^^^^^^^^^^^
Tip Pertama
^^^^^^^^^^^

Apabila terasa penat ataupun marah dengan anak-anak, bisikkan dalam hati bahawa :
♡Anak ini adalah amanah daripada Allah s.w.t
♡Anak ini adalah aset dan saham kita di Syurga.

Kelebihan tip : memupuk sifat sabar dan sifat bertanggungjawab pada keluarga.

Bersambung...

#FamesRichShoppe
#NFSLegacy
#365TipDidikGayaNabi



Nota : Sesiapa berminat untuk membeli buku ni boleh hubungi saya yer (Farhanah - 016-7253014)

Thursday, December 10, 2015

Khasiat Tamar Cocoa Untuk Kanak-Kanak

Alhaddad Marketing Sdn Bhd (AHMSB) adalah sebuah syarikat Muslim 100% orang Islam yang beribupejabat di Kepala Batas, Pulau Pinang. Ditubuhkan pada tahun 2011 dengan visi untuk menjadi PENGELUAR serta MEMASARKAN produk HALALAN TOYYIBA & makanan KESIHATAN BERKUALITI kepada umat Islam. 

Maka, dengan visi tersebut, tertubuhlah sebuah kilang untuk memproses TAMAR COCOA dan kilang ini telah mendapat pengiktirafan IMP (Islamic Manufacturing Practice - Amalan Pengilangan Islam).

Apa tu TAMAR COCOA? 

Tamar Cocoa adalah minuman berkhasiat yang boleh dibancuh untuk seisi keluarga. Apa kandungan nya? Amboi, dulu kita minum M**O tu penah ke kita soal siasat sampai macam tu?? huhu ..

Ok, tak pe.. saya beritahu anda yer :

sumber gambar : ~Gugu

Ada 4 campuran dalam TC iaitu :-

- Gula halus
- krimer tanpa tenusu 
- estrak Kurma
- serbuk koko

Khasiat Tamar Cocoa Untuk Kanak-Kanak : 
# Membantu tumbesaran
# Menguatkan tulang
# Merangsang minda - rajin belajar, cepat faham dan tidak mengantuk di dalam kelas
# Berkhasiat - kaya dengan protein, zat besi, serat, glukosa, vitamin A & C, sodium & potassium
# Produk Halal & Suci keluaran 100% Muslim


KUASA MEMILIH DI TANGAN KITA.

WhatsApp 016-7253014

Harga Pasaran : RM22
Harga Ahli : RM19.08

Nak cuba dulu? Boleh jugak.
Untuk 3 sachet RM10 termasuk pos ke SM.


Tuesday, December 08, 2015

Sosej Gelombang Mikro

Bunyi macam pelik.
Tapi tak adalah pelik sangat pun. Sosej gelombang mikro. Sosej yang dimasak dengan gelombang mikro atau pun lebih dikenali dengan microwave. Hehehe.
Aku pun first time makan sosej yang dimasak secara begini. Selalunya aku masak secara goreng atau rebus. Ini adalah percubaan pertama dan ternyata sedap dan enak!
Sebatang tak cukup korang.  Aku je makan 5 batang tadi dengan tiga keping roti. Adoiyai. Kalau macam ni mana nak kurus. Hahaha.
Kurus ke gemuk ke BUKAN SALAH SOSEJ!
Apapun, korang patut cuba #TheRealChickenSausage ni. Serius tak menyesal. Sebab sosej ni memang sedap. Korang masak lah gaya macam mana sekalipun, ia memang sedap.
Mana nak beli sosej ni?
Banyak sebenarnya ejen sosej ni. Korang ken rajin google. Tapi yang area Johor Bahru ke Pontian ke boleh je whatsapp aku di talian 016-7253014
Barang baik mesti kongsi kan?

Okbai!

Monday, December 07, 2015

Bila sampai masa ......

Bila sampai masa,
Kau akan penat untuk berkata-kata. Umpama radio buruk yang tak bernyawa.
Dipusing-pusing pembesar suara, namun sayup-sayup suara yang berkumandang.
Apa yg kau buat, kau duduk dekat-dekat agar kau dapat mendengar.
Atau kau mungkin akan berlalu tanpa kata.
Kadangkala hidup ini, adalah lebih baik menjadi tin kosong. Ia mungkin karat. Namun masih digunapakai untuk menyukat atau memasang jerat.
Atau kau mahu menjadi sekuntum bunga.
Bila kembang, kau harum mewangi. Bila layu, kau dibiar sepi.
Atau apa yang kau inginkan dalam hidupmu?
Kecantikan dan kebahagiaan tanpa noda dan luka?
Atau kelukaan dan kegagalan yang pasti akan membuat kau menangis kegembiraan di hujung jalan?
Kau fikir mahu mu.
Radio buruk.
Tin kosong.
Sekuntum bunga.
Atau apa pun kau mahu.
Aku tak mahu tahu.
Yang aku tahu,
Jika kau radio buruk itu, aku pendengar setianya.
Jika kau tin kosong karat itu, aku rela duduk di dalam mu,
Jika kau sekuntum bunga yg layu, aku simpan helaianmu di dalam diariku, agar kau tetap dengan ku.
Aku tetap dengan mu walau apa keadaan kamu.
Isnin.
7.12.2015
9:40Malam
*Gambar anak-anak sebagai pengubat kesedihan*

Kasih sayang membawa ke syurga :)

Kasih sayang membawa ke syurga.
#AmyrulArsyad terlalu sayang pada adiknya #AmyrulAkhmal.

Sayang,
Walau sukar mana keadaan ummi. tak akan ummi beri kau lihat keadaan itu. Cukuplah ummi menangis di saat kamu berdua sedang enak dibuai mimpi.

Bersabarlah sayang.
Hidup ini memang tidak adil.
Hidup ini memang tidak mustahil.
Hidup ini memang tidak selalu indah.
Hidup ini memang tidak selalu mudah.

Andai ummi terluka dan melukakanmu, maafkan ummi.

Kasih ummi tak pernah kurang.
Sayang ummi tak pernah hilang.

Jadilah kamu anak yang soleh.
Jadilah kamu anak yang beriman.
Jadilah kamu anak yang pemurah.
Jadilah kamu anak yang tenang.

Ummi doakan kamu sayang.

#AmyrulArsyad21months
#AmyrulAkhmal7months

Isnin
07.12.2015
10:00malam
Atas Katil Syurga Kita

Bisnesku : Cara cuci vagina yang betul dengan JSD


hari ini Hana nak ajar cara penggunaan feminine wash dan masker vagina keluaran jsd yang sangat simple.
untuk wanita yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin ( berstatus isteri / janda )

*feminin wash jsd.
1- letakkan feminine wash jsd di luaran faraj sehingga ke dubur. dari pelipat faraj paling depan sehingga ke hujung belahan bontot.
2- kira sehingga 30kali ke 60 kali. baru bilas sehingga bersih.
3- lap sehingga kering menggunakan kain bersih.

*magic powder masker vagina.
1- celupkan jari ke mv, masukkan ke dalam faraj.
2- oleskan dipermukaan faraj
3- biarkan dan tak perlu di cuci.

ketika buang air kecil, cuci dengan cara begini.
1- bersihkan air kencing.
2- korek kembali masker vagina yang telah di simpan dalam faraj
3- keputihan akan ikut keluar seperti getah - getah putih. korek sehingga di yakini bersih.
4- baru gunakan feminine wash seperti cara yang saya ajar di atas. dan ulang guna masker vagina seperti saya ajarkan di atas.

#JSDFarhana

Sunday, December 06, 2015

Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor Mangkat (5/7/1990-5/12/2015)





Saat tiba nafas di ujung hela

Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia

Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah

Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari

Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti

Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari

Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti

Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati



Hana telah di kejutkan berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor malam semalam.

YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm semalam (5hb. Disember 2015) di hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

Sembah takziah buat DYMM Sultan Johor, seluruh kerabat serta rakyat Johor di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil. 

إنا لله وإنا إليه راجعون    
اللهم غفرله وارحمه وعافه وعفو عنه

Al-Fatihah buat ruh Almarhum. 

Kekasih Ke Kesayangan?


Sehari kalau tak cium budak ni boleh jadi tak keruan. Bau masam susu campur peluh dia buat aku rasa sangat bahagia. Dia ni dah jadi macam "ganja" aku. Aku mesti kena peluk dia kuat-kuat dan cium dia laju-laju. Serius. Aku boleh hilang penat tengok dia. 
Dia ni dah macam kekasih aku nombor dua. Macam aku cakap, dah jadi ganja aku.
Kalau minta tolong dah boleh harap. 

Setakat kau suruh dia ambilkan pampers adik dia, ambilkan puting, letak baju kat bakul dan buang sampah dia dah expert sangat tau! Sampai kadang aku tak payah suruh, 
dia nampak aku mandikan adik dia, dia dah siap2 ambilkan pampers. 
Oh anak! Tolong jangan cepat sangat besar boleh tak? Hukhuk..

Sekarang ni aku perasan, sejak dia dah setahun sepuluh bulan ni, dia sangat-sangat manja! Kalah adik dia yg 7bulan tu. Ya Rabbi, kadang suhu marah aku sampai luar dari kawalan tau! Tapi aku tak boleh salahkan dia, sebab dia tak puas manja lagi dah ada adik. 
Kalau dia belum ada adik, aku rasa double triple manja dia. Hehe.. 
Tapi orang kata kalau dah besar okaylah nanti. Orang katalah. 
Betul ke tak, kita tunggu jelah nanti.

Apa yang pasti, aku memang tak boleh berpisah dengan ganja aku yang sorang ni. Bukan maksud tak sayang anak yang lain. Tapi dengan dia ni lain macam lah! 
Sebab aku tunggu bertahun-tahun nak kahwin dengan babah dia. 
Tunggu dia plak 5-6bulan lepas kahwin. Haish.. 
Memang hebat penangan si anak ni kan?



Kekasih ke kesayangan?

Ntah.

Korang plak camne?


Nota kaki : Arini dia genap 1 tahun 10 bulan ataupun

!!Jom Tambah Pendapatan!!