kbba9

! Raya Sale !

Tuesday, April 28, 2015

Sakit

Bila kita sakit ni duduk kat hospital,kita dicucuk di beri ubat dah macam apa kan? sampai lemah badan, lebam badan,bisa-bisa semua ada..

Tapi apakan daya.. Semuanya kita perlu lalui jika kita telah menjejaki kaki ke Hospital.. Redha jelah apa yang doktor dan jururawat nak buat pada kita..

Siapa kita nak melawan takdir yang Allah telah tetapkan untuk kita?

Allahu Akhbar.. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kita.. Wallahualam..

Nukilan seorang ibu,
Dibucu katil HSIJB.
28.04.2015
SELASA
18.48PTG

9 Jam Penuh Sejarah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih Serta Maha Penyayang..

Sekali lagi aku diberi peluang untuk melahirkan seorang lagi khalifah Allah.. Namun perjuangan aku x semudah itu.. Sesungguhnya sakit yang aku tanggung adalah penghapus segala dosa-dosa aku terutama kepada ibu bapa ku.. Allahurabbi..

9 jam yang aku lalui sangat menyeksakan..
9 jam yang aku rasakan sungguh mengharukan..
9 jam yang aku hadapi penuh dengan perasaan ingin mati..
9 jam yang aku tanggung cukup buat suami aku mengerti.

Erti kasih sayang sebenar..
Erti pengorbanan seorang ibu..
Erti cinta aku pada sang suami dan anak..
Erti sebenar kesakitan semasa bersalin..

9 jam ini memang mengajar aku erti sabar, yakin dengan Allah dan segalanya tentang perkahwinan, suami dan isteri..

Allahu Akhbar.. Insaf aku..

!!Jom Tambah Pendapatan!!