kbba9

! Ramadan / Raya Sale !

Tuesday, May 05, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan : Nasi Arab Sedap !



Fuhhh !!! Baca tajuk je dah menggiurkan tekak ibu dalam pantang ni .. Hahahahaha .. Sebenarnya saja je , tengah dok pikir teringin nak makan ayam dalam mood berpantang ni , teringat kedai Nasi Arab kat Jalan Kebun Teh , Johor Bahru tu .. Iyerlah , masa first time makan aku tengah mengandung anak pertama , masa tu musim raya Aidilfitri , jadi kedai makan banyak yang tutup , so aku gan opismate pergilah makan kat kedai yang berdekatan dengan opis je .. Pada aku , cara dia hidang memang simple , tapi rasa dia , Alhamdulillah , abis jugak sepinggan aku makan .. Portion dia x besar sangat , tapi cukuplah untuk aku makan berdua masa tu dengan si comel dalam perot .. Hahahaha .. Harga ?? Agak berpatutan pada aku .. Kena plak dengan selera Jawa aku ni .. Aku memang suggest lah kat kawan-kawan semua boleh singgah makan kat kedai ni .. Tapi , awal- awal aku nak gitau , yang aku dah lupa nama kedai dia .. Hehehe .. Sorry ! Ala , kalau korang dah kat area Kebun Teh ni , korang boleh jumpa kedai dia .. Hehehe .. Selain  makan dalam pinggan , korang boleh request nak makan dalam dulang jugak tau ! Nak ayam bahagian mana pun boleh .. Yang penting puas hati !

Simple tapi sedap !




!!Jom Tambah Pendapatan!!