kbba9

! Raya Sale !

Thursday, November 12, 2015

Sehati sejiwa ~ Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal

Sehati Sejiwa.

Arsyad dan puting berpisah tiada. Di mana ada Arsyad di situ ada putingnya. Sungguh sayang dia akan putingnya tu. Hehehe. 


Dua beradik ni kalau masa berebut mainan kemain lagi si abang tak ank kalah si adik pun sama. Tapi, bila dalam kereta, masing-masing saling memerlukan. Si abang akan sentiasa standby puting si adik, dan si adik selalu beri respon yang baik dengan si abang. Si abang sudah mula tunjuk rasa kasih sayang pada si adik. Si adik pula sudah mula tunjuk sikap manja dan tak nak mengalah. 


Arsyad sekarang dah faham bila orang cakap nak ambil adik dia. Dia akan marah dan tak nak kawan dengan orang tu. Gambar ni Hana berithau dia yang Hana nak tinggal Akhmal di rumah Tok Mak (mertua). Dia terus peluk adik dia dan marah Hana. Tapi macam biasa, adik yang tak tahu apa, hanya mampu senyum jelah.. Hehehe..


Dua orang ni, memang nyawa Hana lah. Hana sayang diorang ni, tak pernah niat nak banding-banding. Arsyad tetap manja walaupun dah ada adik, Akhmal dah pandai bawa diri, dan yukur Alhamdulillah, tak pernah menyusahkan. Biasalah budak kan? Hana harap mereka gembira hidup dengan Hana. Hana syukur Allah bagi Hana peluang menumpangkan mereka dalam rahim Hana. Rezeki Hana pun bertambah sebab mereka ni. Terima kasih anak-anakku. 

Ummi sayang kamu berdua!

!!Jom Tambah Pendapatan!!