kbba9

Thursday, December 31, 2015

Alhamdulillah..

Kerja lebih masa.

Jumaat dan Sabtu
15-16 Disember 2015

Setelah 9 tahun berkhidmat dengan jabatan kerajaan secara keseluruhan dan 5 tahun di jabatan ini, ini adalah kali kedua aku buat tuntutan elaun lebih masa. Di jabatan ini, baru kali pertama ketua cawangan aku meluluskan permohonan tuntutan elaun lebih masa kami. Selalunya kami hanya bekerja untuk membayar tuntutan orang lain, namun untuk penutupan akaun pada tahun ini, ketua kami bersetuju untuk beri kami "ganjaran".

Iya, mungkin sesetengah daripada kita suka untuk melakukan kerja lebih masa, tetapi tidak pada aku. Sebab aku dapat rasakan bahawa aku sedang menambah masa kerja dan mengurangkan kualiti masa bersama anak-anak aku. Namun atas dasar "Saya Yang Menurut Perintah" aku rela kan juga. Iyalah, sudahlan bekerja daripada Ahad ke Khamis, mahu ditambah lagi Jumaat dan Sabtu. Haiishh..

Namun, aku sudah maklumkan lebih awal kepada ketua bahawa aku punya komitmen kepada keluarga adalah lebih utama, dan mereka faham. Alhamdulillah. Bukan dikejar wang ringgit yang tak seberapa tapi masa bersama dan berehat yang lebih utama.


Apapun, Alhamdulillah, hasil kedatangan aku untuk tugasan lebih masa tu ganjaran yang aku dapat setimpal dengan kerja yang aku lakukan. Jumlah tuntutan elaun lebih masa yang aku terima hanyalah RM138.71. Sikit bukan? Tapi syukurlah, daripada tiada. Ganjaran yang aku terima aku gunakan untuk membeli keperluan anak-anak aku seperti pampers, susu tepung Arsyad dan nestum Akhmal. Bakinya aku gunakan untuk belanja sarapan aku di pejabat.

Suami aku kata, syukurlah diberi bayaran berbanding sebelum-sebelum ini. Persoalan suami aku, kami diberi ganjaran kerana ketua kami yang baik hati atau bagaimana? Ntahlah. Jawapan aku, biarlah apa pun alasan mereka yang pasti aku hanya mahu menyelesaikan tugasan yang diberikan, itu sahaja. 

p/s : aku sebut ganjaran kerana pada aku itu adalah lebih sedap didengar berbanding dengan perkataan elaun.

!!Jom Tambah Pendapatan!!