kbba9

Saturday, January 30, 2016

#PROFMUHAYA'S QUOTES BOOK



 PENTING: Buku ini berstatus PRE-ORDER dan belum siap dicetak. Order pelanggan yang mengandungi buku pre-order hanya akan dihantar apabila buku ini sudah masuk stor.
Tarikh masuk stor : 11 JANUARI 2016.

HARGA : RM 14.00
POSTAGE : RM 7 (SM) / RM 10 (SS)

SINOPSIS
Himpunan status Facebook Prof. Dr. Muhaya yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada para pembaca.
Himpunan status ini merangkumi pelbagai aspek seperti keagamaan, kekeluargaan, dan perhubungan.

Nak order ? Whatsapp : Farhana 016-7253014


Terkini : Harga dah update. Maaf pada yang bertanya. 

Monday, January 18, 2016

Abah

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Abah!

Uda sayang abah!

58 tahun
18.01.1958~18.01.2016




biar aku simpan semua duka, asal kau bahagia abah!

Arsyad Demam 05012016

Dugaan kami sekeluarga. Anak-anak demam di awal tahun. Bukan duit menjadi isu, cuaca pun tak menentu ditambah pula mereka kurang minum air masak.

Orang tua-tua kata, budak kalau dia nak pandai sesuatu dia akan demam dan meragam. Hurm, aku bukan tak percaya tapi aku tak nak terlalu taksub fikir macam tu. Aku nak set mentaliti aku ni yang baik-baik je. Tak naklah nanti kang aku fikir, anak demam je sebab dia nak "upah" sebelum pandai sesuatu. Walaupun secara kebetulan memang dia akan pandai sesuatu selepas baik daripada demam. Hurm.

Aku ni pula jenis kalau anak demam bukan terus bawa pergi klinik, sebab aku selalu fikir, anak aku kuat. Tapi, masa pengasuh whatsapp aku pasal anak aku demam aku tetiba rasa macam nak rebah. Bukan apa, Arsyad ni jenis manja, yelah kejap je dah dapat adik kan, so tak puas manja. So, aku cepat-cepat mesej suami beritahu Arsyad demam dan nak bawa pergi klinik.

Sampai klinik mujur tak ramai orang, tapi Arsyad macam lemah so dia nak berdukung je. Masa tu hingus dan kahak tak ada. Tapi dia dah nampak tak berapa sihat lah :(

berdukung je masa baru sampai

Arsyad ni suka kucing, tapi dia tak adalah fanatik sangat dengan kucing. Suka melayan kucing yang lalu jelah. Tengah tunggu nama panggil, tiba-tiba dia nak turun dari babah dia. Rupanya nak tengok kucing, alahai anak. Dia panggil-panggil kucing tu tapi apakan daya kucing tu tak dengar, sebab kucing tu ada sebelah luar klinik kan. hehe.

leka tengok kucing

Masa Arsyad demam tu, Akhmal pun nak demam juga, tapi adik kuat. In shaa Allah adik tak demam. So, ummi dan adik selfie dulu sementara nombor giliran belum sampai. hehehe..





Nota ; Lepas 3 hari Arsyad demam, adik pula demam sebab Arsyad suka cium mulut Akhmal. Now, dua-dua dah baik. Alhamdulillah. Arsyad dah pandai panggil Ummi, dan adik dah pandai berdiri lepas tangan satu. Syukur.

Sunday, January 17, 2016

AMALAN MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

AMALAN MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

(1) MEMBACA SURAT A-LI'IMRAN AYAT 31
Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad) “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” Apabila sampai kepada ayat “yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah “(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku.”
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah “Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”

(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah “Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).


(Dipetik dari Majalah NUR Julai 2003)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud
"Dan apabila aku sakit,Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku".(As-Shu'araa :80)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
"Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit,dan menjadikan setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat,dan janganlah berubat benda yang haram".

"Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Thursday, January 07, 2016

Lirik Lagu Gamma 1 - Bukan Cinta 1 Atau 2

Coba kau katakan padaku dia itu siapa
Jangan kau permainkan karena ku tak mau kecewa
Harus dengan apa ku jelaskan agar kau percaya
Dia itu tak lebih bagiku hanya teman biasa

Ini bukan cerita cinta 1 atau 2
Yang membuat aku harus bingung
Pilih-pilih kamu atau dia
Bukan 1 atau 2
Ku berharap kau percaya
Cintaku padamu tulus apa adanya

Mengapa kau masih ragu dan seakan tak percaya
Dengan semua ketulusan cinta yang aku punya
Ku hanya merasakan kini kau telah berdusta
Semoga ini hanya sebuah firasatku saja

Ini bukan cerita cinta 1 atau 2
Yang membuat aku harus bingung
Pilih-pilih kamu atau dia
Bukan 1 atau 2
Ku berharap kau percaya
Cintaku padamu tulus apa adanya

Cinta 1 atau 2
Yang membuat aku harus bingung
Pilih-pilih kamu atau dia
Bukan 1 atau 2
Ku berharap kau percaya
Cintaku padamu tulus apa adanya

Cinta 1 atau 2
Yang membuat aku harus bingung
Pilih-pilih kamu atau dia
Bukan 1 atau 2
Ku berharap kau percaya
Cintaku padamu tulus apa adanya

Cinta 1 atau 2
Yang membuat aku harus bingung
Pilih-pilih kamu atau dia
Bukan 1 atau 2
Ku berharap kau percaya

Lirik Lagu Gamma1 - Hidup Segan Mati Tak Mau


Howww Hoooooo
Semuanya telah kuberikan
Harta cinta dan kasih sayang
Apa yang belum kau dapatkan
Bahkan nyawa ku pertaruhkan
Kini kau hilang bagai ditelan alam
Aku disini tersakiti

Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa... kurasa

Apa yang belum kau dapatkan
Bahkan nyawa ku pertaruhkan
Kini kau hilang bagai ditelan alam
Aku disini tersakiti

Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa
Howww Hoooooo

Howww Hoooooo
Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa
Kurasa howwwwww 

Wednesday, January 06, 2016

Follow dan Unfollow

Hai korang.

Sebenarnya aku dah lama nak tanya, kot-kot ada sesiapa leh bantu aku tentang hal ini. Aku selalu online blog guna pc office je, sebab kat rumah tak ada masa nak online pun (buat masa ini). So, aku perasan, setiap kali aku follow orang dan aku kembali ke blog orang tu semula, aku akan dapati bahawa aku dah tak follow orang tu lagi. Apa yang aku buat, aku akan follow lagi dan lagi dan lagi. Betul ke cara aku buat selama ni? Atau aku tak perlu pun follow lagi blogger tu sebab dah pernah follow. 

Risau juga aku kalau orang kata aku ni main-main, kejap follow kejap tak follow, padahal, aku okay je, follow semua blogger yang ada button follow tu. Glamour ke tak, diva ke tak, pada aku kalau blogger tu ada pengisian yang baik, walaupun hanya satu dua, aku tetap follow. Malah aku pun tak kisah kalau dia tak follow aku balik pun, sebab tujuan aku berblog ni, supaya aku boleh kongsi apa yang aku tahu selain daripada jadikan blog ni sebagai diari online aku. 


Setiap hari, mood nak blogwalking tu hilang sebab kadang aku keliru yang aku dah follow ke belum orang tu, yelah, bukan nak blogwalking satu blog je, jadi kalau semua kena follow balik jenuh juga tu. So, kawan-kawan, ada tak cara lain untuk aku atasi masalah ini? 

Thanks in advance!

Feliciti In Lilac by SIMPLEHIJAB

Hai.

Sekarang ni aku suka tudung sarung je, sebab ringkas dan cepat. Yelah, mak anak dua kata kan.. Kenalah tangkas dan pantas. Hahaha.. So, kali ni untuk pastikan aku siap cepat ke pejaabt aku memilih untuk memakai tudung keluaran SIMPLEHIJAB. Best gila tudung ni sebab kain dia Moss Crepe yang tak jarang dan tak perlu digosok wei! Aku kan rajin (baca malas) nak gosok tudung, jadi kalau ada baju atau tudung yang tak perlu gosok, haruslah aku beli kan? Harga pun tak mahal korang. Aku beli tudung ni cuma RM39.00 je, Dua muka tau bukan satu muka. Harga asal tudung ni cuma RM45.00. Tengah clearkan stock tu, tu yang dia jual murah. Tapi kalau RM45.00 pun still murah ok, sebab tudung dua muka kot! tak dapat kat tempat lain nih!

Akhmal : Asyik nak selfie je ummi ni.

Korang nak beli? Kalau nak beli boleh klik SINI

Akhmal : pasrah jelah ummi, i xde mood okay!

Kalau korang nak cuci mata boleh je pergi servey kat website SIMPLEHIJAB tu. Tudung yang aku pakai ni nama dia Feliciti In Lilac. Serius best korang, dah tak perlu nak pin-pin banyak dah. sarung dan sarung lagi. Si Akhmal ni asyik menarik tudung aku pun tak senget tau. Kalau senget pun senang sangat nak betulkan balik. Jangan risau lah. So, apa tunggu lagi, tudung bajet kot, bawah RM50 dah boleh bergaya. Hehe.. Kat website SIMPLEHIJAB tu ada banyak lagi design lain, mana tahu ada lain yang korang berkenan dan warna yang selama ni korang cari ada kat situ. Why not pergi servey kan? 

Oklah, nanti aku review lagi barang lain yer. Cukup sampai kat sini. 

Assalamualaikum.

Sunday, January 03, 2016

Arsyad dah tak merajuk

Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, tiada perkara yang lebih membahagiakan mereka selain daripada melihat anak-anak tersenyum riang dan gembira. Betul kan? Begitu juga aku dan suami. Kami selalu inginkan yang terbaik buat anak. Malah sentiasa mencuba untuk berlaku adil supaya mereka tidak berasa ada jurang antara mereka. Itulah kami, ummi dan babah.

muka ada senyum

Kalau korang dah baca entri sebelum ni mengenai Arsyad merajuk, korang mesti tahu kenapa Arsayd dah tak merajuk. Hehehe. Arsyad ni manja orangnya, suka memperlihat keletehnya yang lucu, almaklumlah sama bulan dengan aku, kami memang gila-gila sikit. Tapi, selepas ketiadaan nyawa Arsyad tu, Arsyad seolah-olah hilang arah, tak keruan, menangis tak merajuk tak menentu. Bingung kami dibuatnya. Aku? Mestilah lagi bingung, mana nak dilayan adik nak menyusu, mana nak dikelek bujang sorang ni, alahaaaiii.

tengah membebel kegembiraan

Semalam, Tok Mak (ibu mertua aku) sampai hilang punca nak melayan kerenah si bujang aku ni. Yelah, biasa cuti hujung minggu Arsyad memang berkampung di rumah nenek dia, sdari pagi sampai lah malam. Kesiankan Tok Mak dan Tok Abah dia rindukan dia kan. Cucu lelaki sulung lah katakan.
Melihat keadaan ibu mertua aku yang dah hampir hilang sabar, aku pun memujuk suami aku untuk membelikan nyawa baru buat Aarsyad. Tapi kami beli dengan bersyarat, pakai hanya untuk tidur sahaja. Yes! Kami berdua setuju. Arsyad? Kita tengokkan jelah nanti.

Bila malam berlabuh je, Arsyad sanggup menahan mata dia semata-mata tidak mahu tidur tanpa puting. Masa ni, kami belum beritahu dia yang kami telah beli yang lain sebagai ganti.Keheningan malam dipecahkan dengan suara tangisan Arsyad seorang. Satu taman aku rasa suara Arsyad menangis dalam kesedihan. Kasihan anakku :( 

Tapi aku tetap bertahan, aku pujuk dan pujuk dan terus pujuk hinggalah dia terlena. Namun, aku persiapkan nyawanya di atas kepala katil supaya mudah dicapai jika dia terjaga dari tidur seperti kebiasaannya. Sangkaan ku ternyata benar, naluri ibu kan? Arsyad bangun pukul 2.30pagi menagis dan kami beri puting lalu tidur lena hingga pagi. Jam 5.30 pagi, dia bangun hanya untuk minum susu, kemudian nampak puting ambil dan tidur semula. Allahu.. Nampak sangat puting itu memang sangat penting untuknya. Kasihan anak aku yang sorang ni.

Pagi tadi, masa nak hantar pergi rumah pengasuh. dia langsung tak meragam, senyum je, happy je, cakap pun lembut je. Aku pun senang hati tau. Syukur, itulah kegembiraan anak aku yang aku tak mampu nak beli kat tempat lain. Dia cium tangan aku, muka aku, sampai rumah pengasuh pun menari-nari. Hailah anak. Sungguh kamu menguji aku! 

Kali ini aku tidak tahu berapa lama perjalanan puting ini dengan dia. Puting yang lama tu bertahan sejak dia 6 bulan sehingga dia 23 bulan. Bayangkan lama kan? Bukan tak amhu ganti, dia sendiri yang tidak rela berpisah dengan cinta hatinya tu. Hehe..

Beginilah keadaan jika ada anak. Hargailah anak selagi hayat dikandung badan dan selagi mereka masih kecil. Sekurang-kurangnya mereka faham bahawa kita ambil berat dan sayang pada mereka, walaupun mereka belum boleh berkata-kata. Sesungguhnya anak-anak, suami/isteri dan masa yang berkualiti bersama mereka itu lebih bermakna daripada wang ringgit.

Friday, January 01, 2016

Arsyad merajuk

bad mood

Anak.

Apalah yang dia tahu selain, minta susu, menangis, makan dan mau dipeluk dan dibelai dimanja. Begitu juga dengan anak-anak aku terutama Amyrul Arsyad yang tersangat manja. Yelah, Arsyad ni kan kurang kasih sayang sebab aku dah mengandungkan Akhmal. Kadang-kadang aku rasa aku dah bagi dia 200% perhatian lebih daripada adik dia, tapi dia tetap rasa macam tersisih.

Emm.. Minggu lepas, Arsyad selalu meragam akibat "nyawa" dia hampir putus. Nyawa yang aku maksudkan tu adalah puting dia. Hehehe.. Kesian memang kesian, menlilau cari nyawa, macam tak keruan tak senang duduk. Walaupun resah gelisah, tidur nak kena pegang tangan semua tapi Alhamdulillah, sekurang-kurang aku dan suami berjaya buat dia leka pada puting dia selama hampir 3 hari. 

Yer, 3 hari bukan 3 minggu atau 3 bulan. 3 hari tu pun terseksa jiwa kami tau tak dengar dia meraung macam apa, siap pakej hempas diri lagi. Hehe. Kami sebagai ibu bapa bukan nak sangat dera emosi dia, cuma nak ajar dia agar tak dibiasakan sangat dengan puting tu. 

Lagipun, puting tu bukan kami yang ajar, tapi pengasuh dia. Yelah, bukan senang orang nak jaga anak kita tau, jadi kami sebagai ibu bapa tak kan nak merungut bila tengok orang dah ajar anak kita berputing. Pengasuh pun ada kerja lain nak buat selain daripada hadap anak kita je.

Sekurang-kurangnya, selepas nyawa si Arsyad tu rosak/putus, kami sendiri berpengalaman melihat bagaimana rasanya kehilangan barang yang kita paling sayang. Paling kami tak tahan Arsyad tertidur kerana terlalu penat menangis. Menangis kerana kehilangan, huhu. Anak-anak, makin besar makin banyak ragam. Syukurlah, sekarang Arsyad lebih leka bermain dan kami tak mahu menghalang asalkan dia lupa pada nyawa a.k.a puting dia.

Alhamdulillah.

Selamat Tahun Baru 2016



Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sampai ke tahun ini oleh yang Maha Esa. Semoga tahun ini memberi lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan buat aku dan kelaurga aku, in shaa Allah.


p/s : kena perbaiki skill mengambil gambar untuk tahun ini. hehe..

!!Jom Tambah Pendapatan!!