kbba9

Monday, February 08, 2016

Bersalin Normal Atau Pembedahan Yang Kita Perlu Tahu

Menurut artikel INI

Tidak kira sama ada ibu melahirkan anak secara normal mahu pun pembedahan, keduanya memerlukan ibu mendapat rehat yang secukupnya selepas bersalin. Kedua cara melahirkan ini mempunyai kesan berbeza selepas bersalin.

Mungkin bagi ibu yang pernah melalui kedua pengalaman cara kelahiran tersebut, dapat membuat perbandingan yang mana satu lebih sukar dijaga. Mungkin ia boleh dijadikan panduan kepada bakal ibu yang akan melalui pengalaman melahirkan kelak.


1. Masa pemulihan

Bersalin normal tidak mengambil masa lama untuk pulih berbanding bersalin pembedahan. Biasanya jika tiada sebarang masalah, luka di bahagian faraj akan cepat sembuh dalam masa lebih kurang dua hingga empat hari. Bahkan ibu bersalin juga sudah boleh bergerak sendiri sehari selepas bersalin. Berbanding mereka yang melalui pembedahan. Kesan luka pembedahan lebih memerlukan masa yang panjang untuk sembuh. Rasa sakit juga lebih terasa dan membuatkan ibu tidak dapat melakukan aktiviti harian sebagaimana mereka yang bersalin normal.


2. Pendarahan

Wanita yang bersalin normal kurang mengalami pendarahan berbanding bersalin pembedahan. Pendarahan normal bagi ibu yang bersalin normal tidak sebanyak proses pembedahan walaupun pada masa kini kebanyakan pendarahan semasa pembedahan boleh dikawal. Biasanya untuk kelahiran normal, pendarahan kurang daripada 500 ml berbanding pembedahan yang boleh melebihi 500 ml.


3. Pengecutan rahim

Dalam kelahiran normal, rahim akan mengecut dengan cepat untuk kembali stabil. Namun, melalui kelahiran pembedahan, rahim terpaksa mengambil masa yang lebih untuk mengecut lalu membuatkan salur darah lambat untuk menghentikan darah yang terus mengalir.Ia juga mungkin berlaku disebabkan ada salur darah yang tercedera akibat pembedahan. Namun, kini dengan adanya ubat-ubatan yang boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim, pendarahan melalui bersalin pembedahan dapat dikawal.


4. Risiko masalah darah beku

Bagi yang berbadan besar, mereka berisiko mengalami masalah darah beku (clot) berbanding mereka yang berbadan biasa. INi kerana saiz badan besar menyebabkan kurang pergerakan, maka darah dalam badan juga tidak mengalir baik. Masalah clot boleh terkena ke bahagian seperti paru-paru sehingga menimbulkan komplikasi seperti sukar bernafas dan sebagainya. Komplikasi ini dipanggil Thromboembolism iaitu masalah besar yang dialami oleh segelintir pesakit selepas pembedahan.


5. Tidak boleh berurut

Biasanya ibu selepas bersalin akan melakukan amalan berurut bagi mengurangkan masalah 'angin' dan bagi membetulkan urat-urat dalam badan. Namun ibu yang bersalin secara pembeadhan dinasihatkan agar melewatkan amalan berurut bagi memberi ruang kepada bahagian luka pembedahan benar-benar sembuh. Ini kerana 'potongan' itu agak besar dan bimbang luka ibu boleh berisiko mengalami jangkitan dan sebagainya akibat kesan urutan.


6. Jarak kehamilan

Secara idealnya sama ada bersalin normal atau pembedahan, ibu biasanya dinasihatkan agar menjarakkan kehamilan seterusnya. Kesan parut pada rahim akibat pembedahan lebih mudah bocor sekiranya jarak kelahiran berlaku sangat dekat.



Walau apa pun situasi kehamilan yang kita lalui, percayalah, ialah saat yang tak akan pernah kita lupakan. TAK AKAN! Enjoy the moments and maybe it will never come again. Terima kasih Allah beri aku dua kali peluang itu. Alhamdulillah!

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!