kbba9

! Ramadan / Raya Sale !

Friday, January 01, 2016

Arsyad merajuk

bad mood

Anak.

Apalah yang dia tahu selain, minta susu, menangis, makan dan mau dipeluk dan dibelai dimanja. Begitu juga dengan anak-anak aku terutama Amyrul Arsyad yang tersangat manja. Yelah, Arsyad ni kan kurang kasih sayang sebab aku dah mengandungkan Akhmal. Kadang-kadang aku rasa aku dah bagi dia 200% perhatian lebih daripada adik dia, tapi dia tetap rasa macam tersisih.

Emm.. Minggu lepas, Arsyad selalu meragam akibat "nyawa" dia hampir putus. Nyawa yang aku maksudkan tu adalah puting dia. Hehehe.. Kesian memang kesian, menlilau cari nyawa, macam tak keruan tak senang duduk. Walaupun resah gelisah, tidur nak kena pegang tangan semua tapi Alhamdulillah, sekurang-kurang aku dan suami berjaya buat dia leka pada puting dia selama hampir 3 hari. 

Yer, 3 hari bukan 3 minggu atau 3 bulan. 3 hari tu pun terseksa jiwa kami tau tak dengar dia meraung macam apa, siap pakej hempas diri lagi. Hehe. Kami sebagai ibu bapa bukan nak sangat dera emosi dia, cuma nak ajar dia agar tak dibiasakan sangat dengan puting tu. 

Lagipun, puting tu bukan kami yang ajar, tapi pengasuh dia. Yelah, bukan senang orang nak jaga anak kita tau, jadi kami sebagai ibu bapa tak kan nak merungut bila tengok orang dah ajar anak kita berputing. Pengasuh pun ada kerja lain nak buat selain daripada hadap anak kita je.

Sekurang-kurangnya, selepas nyawa si Arsyad tu rosak/putus, kami sendiri berpengalaman melihat bagaimana rasanya kehilangan barang yang kita paling sayang. Paling kami tak tahan Arsyad tertidur kerana terlalu penat menangis. Menangis kerana kehilangan, huhu. Anak-anak, makin besar makin banyak ragam. Syukurlah, sekarang Arsyad lebih leka bermain dan kami tak mahu menghalang asalkan dia lupa pada nyawa a.k.a puting dia.

Alhamdulillah.

Selamat Tahun Baru 2016



Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sampai ke tahun ini oleh yang Maha Esa. Semoga tahun ini memberi lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan buat aku dan kelaurga aku, in shaa Allah.


p/s : kena perbaiki skill mengambil gambar untuk tahun ini. hehe..

!!Jom Tambah Pendapatan!!