kbba9

! Raya Sale !

Monday, January 18, 2016

Abah

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Abah!

Uda sayang abah!

58 tahun
18.01.1958~18.01.2016




biar aku simpan semua duka, asal kau bahagia abah!

Arsyad Demam 05012016

Dugaan kami sekeluarga. Anak-anak demam di awal tahun. Bukan duit menjadi isu, cuaca pun tak menentu ditambah pula mereka kurang minum air masak.

Orang tua-tua kata, budak kalau dia nak pandai sesuatu dia akan demam dan meragam. Hurm, aku bukan tak percaya tapi aku tak nak terlalu taksub fikir macam tu. Aku nak set mentaliti aku ni yang baik-baik je. Tak naklah nanti kang aku fikir, anak demam je sebab dia nak "upah" sebelum pandai sesuatu. Walaupun secara kebetulan memang dia akan pandai sesuatu selepas baik daripada demam. Hurm.

Aku ni pula jenis kalau anak demam bukan terus bawa pergi klinik, sebab aku selalu fikir, anak aku kuat. Tapi, masa pengasuh whatsapp aku pasal anak aku demam aku tetiba rasa macam nak rebah. Bukan apa, Arsyad ni jenis manja, yelah kejap je dah dapat adik kan, so tak puas manja. So, aku cepat-cepat mesej suami beritahu Arsyad demam dan nak bawa pergi klinik.

Sampai klinik mujur tak ramai orang, tapi Arsyad macam lemah so dia nak berdukung je. Masa tu hingus dan kahak tak ada. Tapi dia dah nampak tak berapa sihat lah :(

berdukung je masa baru sampai

Arsyad ni suka kucing, tapi dia tak adalah fanatik sangat dengan kucing. Suka melayan kucing yang lalu jelah. Tengah tunggu nama panggil, tiba-tiba dia nak turun dari babah dia. Rupanya nak tengok kucing, alahai anak. Dia panggil-panggil kucing tu tapi apakan daya kucing tu tak dengar, sebab kucing tu ada sebelah luar klinik kan. hehe.

leka tengok kucing

Masa Arsyad demam tu, Akhmal pun nak demam juga, tapi adik kuat. In shaa Allah adik tak demam. So, ummi dan adik selfie dulu sementara nombor giliran belum sampai. hehehe..





Nota ; Lepas 3 hari Arsyad demam, adik pula demam sebab Arsyad suka cium mulut Akhmal. Now, dua-dua dah baik. Alhamdulillah. Arsyad dah pandai panggil Ummi, dan adik dah pandai berdiri lepas tangan satu. Syukur.

!!Jom Tambah Pendapatan!!