kbba9

Sunday, October 02, 2016

Welcome October!

Hai.

Rasanya macam tak sempat nak tulis pasal apa yang jadi sepanjang Januari hingga September , alih - alih dah Oktober .

Nampak tak ? Masa sangat mencemburui aku . Hahaha . Perasan !

Apapun , Alhamdulillah . Bermula Oktober , bermulalah tahun baru dalam bulan Islam yang mana merupakan bulan ulang tahun perkahwinan aku dan suami . Syukur ya Allah .

Bulan ni jugak permulaan segalanya buat aku semula . Aku akan pastikan segalanya aku rancang dapat dilaksanakan , in shaa Allah .

In shaa Allah , azam tahun baru aku . AKU NAK UPDATE BLOG LEBIH KERAP . Aku akan usaha . Almaklumlah , sejak aku ramai follower (baca stalker) ni , ramai nak tau cerita aku . Hahaha . Nasib kau orang lah . Apapun , doakan hajat dan impian aku di tahun baru ni tercapai . Aamiinn .

Sebelum aku terlupa , lepas ni semua entri aku , aku akan bahasakan diri dengan nama KakNa . Yelah , tahun depan usia aku dah menginjak ke 30 tahun . Dah tigapuluhsen dah ! huhu . so , adalah lebih elok aku gunakan bahasa yang lebih lembut kot . tapi kalau aku dah taip "aku" jangan lah marah yer . Biasalah , kadang manusia bila nak lakukan perubahan memang akan ambil banyak masa . Apa yang penting kita istiqamah je . Sekurang - kurangnya kita berusaha . Tak gitu ?

Okay lah , kita jumpa di entri seterusnya .

Assalamualaikum ! :)

!!Jom Tambah Pendapatan!!