kbba9

DUIT MODAL

Saturday, January 21, 2017

DAY 17 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Kenangan Pahit

Assalamualaikum semua .

Hai , bertemu lagi dalam cabaran bersama JDT Blogger . Tajuk cabaran kita pada hari ini adalah 'Kenangan Pahit' .

Emm , bercerita mengenai kenangan pahit ini , KakNa sebenarnya tak berapa suka nak ingat . Sebab pada KakNa kenangan pahit ni sebnarnya tak perlu nak simpan lama - lama atau nak difikirkan sangat . Kalau boleh memang nak dilupakan terus lah .

Tapi , demi cabaran bersama JDT Blogger ni , KakNa rasa KakNa nak kongsi dengan semua pembaca KakNa lah .

Sebenarnya pengalaman atau kenangan pahit KakNa dalam hidup yang paling menyedihkan adalah apabila diberitahu oleh doktor yang KakNa diminta untuk menjalani emergency ceaserian ketika anak pertama . Pada ketika itu , hanya Allah sahaja yang tahu bertapa sedihnya dan luluhnya hati KakNa . Allahuakhbar !

Semua sedia maklum kan , bahawa ibu - ibu yang bersalin ceaser ni selalu mendapat kecaman teruk daripada para netizen . Apalah salah kami , bukan kami minta , tapi kerana kecetekan ilmu yang kami ada , kami selalu dikecam . Kadang - kadang jika ilmu penuh di dada pun , siapa kita untuk melawan perancangan Yang Maha Esa ? 

Ibu yang dilapah ni , biasanya akan murung , resah gelisah malah boleh juga kena sakit meroyan ! Nauzubillahiminzalik ! Ya Allah , kau lindungilah aku dan kaum ibu yang terpaksa ceaser ini . 

Tekanan yang KakNa tanggung atau mungkin ibu - ibu lain juga mengambil masa yang agak lama untuk sembuh , lebih - lebih lagi bila KakNa dua kali bersalin ceaser dan tidak berpantang dengan baik . Emmm ..

Sebab tu KakNa cemburu dengan mereka yang bersalin normal dan selalu dengan bangga memuat naik status mereka " Finally , baby boy / girl ! Bersalin normal , mujur tak kena bedah ! " Allahu . Selang seminggu , status mereka pula " Tak tahan panas lah , minum sikit je ABC ni buat hilang dahaga " Pheeeww ! 

Ruginya mereka kan ? Dapat bersalin normal , tanpa jahitan , ada tu yang dijaga rapi oleh mertua dan mak kandung sendiri , hanya tinggal urus diri dan tunggu untuk di urut sahaja . Tapi , mereka tak hargai pun . KakNa ni , sampai sekarang batuk kuat sikit sakit kat perut dan rahim ni . Allah , semoga kelahiran akan datang KakNa diberi peluang untuk bersalin normal dan KakNa nak pantang betul - betul . Bukan untuk suami dan anak - anak je , tapi untuk diri KakNa sendiri . 

Rentetan daripada perkara itu ( emergency ceaser ) KakNa rasa tak ada perkara yang lagi sedih dalam hidup KakNa . Bukan KakNa tak redha atau salahkan Allah dan takdir KakNa , cuma KakNa jadikan ini sebagai satu ' penanda aras ' bagi kesedihan KakNa . 

Maksudnya , bila KakNa sedih , KakNa akan ingat hari KakNa nak di ' lapah ' tu , so , automatik KakNa akan jadi lebih kuat untuk tempuhi kesedihan tu . Yelah , benar apa yang orang kata , selagi kita tak alami sesuatu perkara tu , kita tak akan dapat selami apa yang orang lain rasa . Begitu juga dengan KakNa . 

So , korang kalau tengah bersedih , jangan simpan lama - lama tau ! Kita kena move on dan pastikan apa yang kita buat tu sentiasa di landasan yang betul . Lantak lah orang nak cakap apa , sebab orang memang tak akan faham apa yang kita rasa tau ! 

So , good luck guys !

#jdtblogger #31dayschallengbyjdtblogger

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING