kbba9

DUIT MODAL

Monday, April 03, 2017

#KakNaReview : Ice Cream Sandwich Vanilla & Chocolate

Assalamualaikum , 

Panas tak cuaca tempat korang hari ni ?

Ice Cream Sandwich Vanilla & Chocolate

Gambar 1


Gambar 2

Fuhh , tetiba teringa aiskrim sandwich ni . Gulp ! Telan air liur jelah . Hehe . KakNa kali pertama cuba aiskrim ni masa awal bulan lepas . Fuh , baru nak review sekarang , nampak sangat dah berlapuk dalam draft tu . hehe .

Masa jumpa aiskrim ni , KakNa nak pergi bayar minyak kereta di Stesen Petron , Tampoi dengan anak - anak , tetiba mak yong ni terasa nak makan aiskrim . Belek punya belek , last - last ternampak pula aiskrim ni , apalagi , rembat lah satu . KakNa beli satu je sebab tak pernah rasa , takut tak sedap kan . Lagipun masa ambil tu KakNa memang tak tengok harga , takut mahal pula .

Tup tup sampai je kereta askar - askar KakNa dah tak sabar nak makan termasuk Mr. Clerk sekali , adoiyai . Benda dahlah kecik je , hehe . Maka , berkongsilah kami aiskrim ni seorang sedikit .

Nyummmy ! Sedap ! Serius KakNa suka tekstur sandwich dia yang lembut dan rasa Vanilla dan Coklatnya yang mengancam bila di blend dalam mulut . Ewaah ,, tak tahu nak cakap , anak - anak pun suka . Nak beli lagi , cik abang dah start kereta . Maka ber huhu lah anak - anak sebab tak dapat nak makan lagi .

Korang yang belum cuba boleh lah cuba cari di kedai - kedai yang berhampiran yer . Best tau . Dahla sedap ada lukisan plak pada sandwich tu , apa lagi , bermula lah kisah dongeng si Ummi dan askar - askarnya . Hehe .

Seronok diorang sebab dapat dengar cerita sambil makan aiskrim .

Fuh , review aiskrim pun panjang kan ? Okaylah , jumpa lagi di entry lain yer .

Assalamualaikum .


  

1 comment:

Nour Adieb said...

X pernah try lagi ice cream sandwich ni. Tapi comellah gambar2 kartun tu <3

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING