kbba9

! Raya Sale !

Sunday, December 31, 2017

32 IMPIAN KECIL NURFARHANAH

Bismillahirrahmanirrahim. Ini adalah 30 impian kecil saya, Nurfarhanah Binti Suardi untuk tahun 2017 :

‌1. Saya nak beli Sabun Beauty Sara Collaloe keluaran Mamadil- Done buy 2pcs at 26.03.2017
‌2. Saya nak beli hadiah kelahiran buat suami saya, sepasang kasut futsal atau apa yang dia mahukan.
‌3. 
Saya nak beli tudung Kekaboo. - Done. Sehelai dibelikan oleh kawan saya Suliza (Personel)
‌4. ‌Saya nak beli sepasang kasut kerja jenama Crocodile.
‌5. Saya nak beli tudung Naelofar sebanyak 2 helai.
‌‌6. Saya nak makan di Manhattan Fish Market bersama suami dan anak-anak saya.
‌7. Saya nak belikan anak saya Amyrul Akhmal sebuah basikal di hari kelahiran dia yang ke 2 tahun pada 27/04/2017.
‌8. Saya nak beli Termos. - Done buy at Tesco on 23/04/2017 

‌9. Saya nak buat roti pizza untuk anak-anak saya.
‌10. Saya nak bantu kakak saya Nurfadilah binti Suardi upgrade diri. - Done at 15.04.2017
‌11. Saya nak masak Mee Bandung / Bihun Goreng untuk rakan-rakan pejabat.
‌12. Saya nak beli cadar bilik saiz King warna pink atau merah.
‌13. Saya nak beli katil untuk anak bujang saya Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal.
‌14.
Saya nak buat biskut batik untuk majlis yassin ibu mertua saya pada bulan Oktober.
‌15. Saya nak beli skirt hitam 2 helai. - Done buy 1pcs at Kipmart on 04/05/2017
‌16. Saya nak belikan kakak saya Nurfadilah sebuah handbag.
‌17. Saya nak pergi kelas penyusuan / berpantang / kehamilan.
‌18. Saya nak cuti 2 minggu pada Disember 2017.
‌19. Saya nak beli 3 pakaian dalam di Fabulous Mom.
‌20. Saya nak bawa anak-anak saya cuti di Melaka. - Done holidays on 14-15 April 2017
‌21. Saya nak bawa mak mertua saya pergi Gulatis, Taman Sutera, Skudai.
‌22. Saya nak beli kipas angin berdiri.
‌23. Saya nak buat kuih raya. - Done buat Cornflakes Madu on 23/06/2017

24. Saya nak belikan Along saya Nurfadilah Binti Suardi handphone Samsung S7 Edge.
‌25. Saya nak pergi pasar lambak Pontian dan makan fishball. - Done eat on 21/4/2017
‌26. Saya nak beli loket "AA" untuk bakal anak saya (jika perempuan) , jika lelaki saya akan beli sebentuk cincin.
‌27. Saya nak beli kad Touch 'N Go baru - Done buy on 21/4/2017 , RM20
‌28. Saya nak hadiahkan adik saya Nurfasihah binti Suardi RM200.
‌29. Saya nak beli kasut kerja untuk suami saya bernilai RM100.
‌30. 
Saya nak beli Set Berpantang.

31. Saya nak beli rak untuk barang perniagaan saya.
32. Saya nak beli rak plastik baju. - Done buy at AEON on 11/05/2017 by MyLove (RM99)


Saya susun atur semula mengikut kemampuan saya. Walau banyak perubahan, namun saya harus tahu bahawa saya sedang mengukur baju di badan sendiri. Saya juga yang mampu mengubah nasib saya bukan orang lain. Saya tidak mahu dikatakan hanya berangan-angan.

In shaa Allah , untuk setiap Impian Kecil yang berjaya dicapai saya akan jadikan satu entry / post untuk rujukan di masa hadapan . 


Apapun , ini impian saya . Impian Kecil Saya . Target saya sehingga Disember 2017 . Mungkin awal , mungkin juga lambat ianya akan tercapai . 


Bagaimana dengan anda ?


Mohon jangan kecam. ^_^


Semoga Allah permudahkan saya menunaikan impian kecil saya. Aamiin Allahumma Aamiin.


Updated : 29/06/2017

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!