kbba9

DUIT MODAL

Monday, May 22, 2017

Parboiled Basmathi Rice

Assalamualaikum .

Lama dah nak share pasal benda ni . Alaaaa , dalam circle FB KakNa kan ramai orang yang nak kurus dan coach kurus , so ramai lah cerita pasal benda ni . KakNa ni jenis malas nak carik kalau benda yang memang jarang beli , adalah dekat dua tiga bulan jugak cari beras ni , tapi akhirnya jumpa kat Kipmart Tampoi, Johor Bahru . Bukan nak cakap tempat lain tak ada , tapi macam KakNa cakap lah , malas nak carik , haha ..

Sebenarnya , masa checkup baby 24 weeks  aritu , nurse ada cakap yang HB dan berat badan KakNa okay , cuma kena control , especially gula dalam darah . Setakat ni nurse tak ada suruh repeat minum air gula , tapi lepas 28 weeks kalau HB dan berat tak okay kenalah jugak nanti repeat minum air gula . yaaarrkkss ! tak sedap weeii . siapa yang dah minum dia tahu lah rasanya macam mana . 

So , nak share pasal beras parboiled @ rebus ni bukan pasal bagus untuk orang mengadnung je , orang yang tak mengandung pun bagus. sebab kandungan GI dia rendah , KakNa dapat info serba sedikit daripada blog SI KELEDEK ni . 

Meh , KakNa copy paste sikit .


Makanan yang rendah GI ini boleh :-
  • Membantu mengurangkan dan mengawal berat badan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menambahbaik tahap kolesterol darah
  • Mengurangkan rasa lapar dan mengeyangkan dalam jangka masa yang panjang

APA ITU BERAS PARBOILED

Setelah padi (bijian beras yang masih di dalam kulitnya) dituai, kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan beras perang. Sekiranya beras tersebut melalui proses yang seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi beras putih.
Beras yang direbus/”parboiled” pula diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya beras rebus/parboiled.
Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnyanya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi dan wujud proses pengubahan kanji di dalam beras sehingga menjadikan ianya lebih tahan dari kepatahan dan lebih berderai daripada beras putih biasa dan beras basmati yang tidak direbus/non parboiled basmati rice.
Proses pengestiman beras tersebut tidaklah menjadikan beras tersebut masak oleh itu ianya akan mengambil masa yang sama sahaja untuk dimasak seperti beras yang tidak direbus terlebih dahulu.
Oleh kerana menjalani proses yang istimewa, beras yang direbus/parboiled rice mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang tidak direbus/non-parboiled rice.

KELEBIHAN BERAS PARBOILED

  • Sangat bersih
  • Tidak patah-patah semasa diproses
  • Sangat elegan dan cantik bentuknya
  • Tidak patah-patah semasa dimasak
  • Semakin memanjang apabila dimasak
  • Khasiatnya 80% bersamaan dengan beras perang (brown rice)

APAKAH NASI YANG SESUAI DIMASAK MENGGUNAKAN BERAS BASMATI PARBOILED?

Beras ini sesuai digunakan untuk semua jenis masakan nasi termasuk nasi arab, nasi minyak, nasi briyani, nasi dagang, nasi lemak dan lain-lain nasi termasuk di makan seperti nasi putih biasa.
ha , so korang rasa macam mana ? bagus ke tak bagus beras rebus ni ? sebenarnya ada macam - macam jenama , tapi yang KakNa jumpa cuma jenama ni je setakat ni , kebetulan harganya boleh dengar lagi , almaklumlah baru nak cuba kan ? tapi sebenarnya ada banyak jenis kat pasaran tu , kena rajin lah carik yer .
                                                                    sumber : google
malas rasanya nak ambil gambar beras yang kat rumah tu , hahaha .. sorry yer korang . ni yang KakNa makan lah , sedap dan yang paling penting tahan kenyang agak lama tau ! Anak - anak pun suka , lagi - lagi si abang tu yang susah makan nasi , si adik tak payah cakap , berpinggan - pinggan bertambah nasi . 
KakNa harap semoga beras ni akan KakNa amalkan sampai bila - bila . Almaklumlah , umur dah masuk tiga posen ni , kena jaga - jaga bab kesihatan . Hehe .
Jom kawan - kawan , kita berubah ke arah kebaikan . 
Selamat mencuba !

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING