kbba9

! Raya Sale !

Sunday, June 04, 2017

Rahsia Allah

Setiap malam, pada waktu begini. Hanya aku seorang yang bangun kerana menahan sakit.

Sakit yang aku tanggung hampir 8bulan. 

Sakit untuk Allah ampunkan dosa-dosa kecilku. In shaa Allah.

Faktor gemuk memang faktor utama. Bukan mintak simpati apatah lagi kasihan, sekadar meluah rasa.

Anak-anak, ummi harap kalau satu hari nanti ummi tak ada, jangan lupa doakan ummi.

Hidup kat dunia ni sekejap je. Tak tahu esok lusa kita mati.

Apa yang kita boleh lakukan, hargai orang di sekeliling kita selagi mereka ada.

Untuk keluarga aku, doa aku sentiasa untuk kalian. Walaupun kita jarang bertemu. 

Sakit, ajal maut semua rahsia Allah. 

Maafkan aku andai aku ni tak sempurna dan tak menyempurnakan. Anak-anak aku, kesakitan aku melahirkan mereka masih terbayang-bayang hingga kini. Walaupun orang kata begitu mudah jika ditoreh. Kesannya, hanya Allah yang tahu. Fizikal dan mental.

Kadang aku berasa dunia aku dah tak ada gunanya. Tapi jauh di sudut hati aku, Ya Allah, betapa tak bersyukurnya aku. 

Allah baru beri sakit yang sedikit, namun aku sudah bersungut. Allah baru tarik nikmat yang tak seberapa, aku sudah menarik muka. Allah baru beri ujian yang tak besar mana, aku telah bersangka-sangka.

Apa mahu mu Farhanah?

Ya, apa mahu ku? Aku berasa jauh dengan semua orang. Aku sering dibanding-bandingkan dengan mereka yang melahirkan anak secara normal.

Ada yang bilang, sudah ditoreh mahu anak ramai. Ada yang kata sudah dibedah memanglah rapat kemaluannya sebab tu tak boleh nak tahan-tahan nafsu. Ada yang hina, anak-anak aku tidak akan sepandai anak-anak orang lain kerana tidak bisa keluar sendiri.

Adakah itu semua aku perlu huraikan satu persatu? 

Adakah aku tahu apa yang tertulis di Luh Mahfuz ku? Adakah aku bisa memadam segala benda yang aku tidak inginkan dalam kehidupan aku agar semuanya yang berlaku indah-indah belaka?

Apa kau tahu apa yang aku alami?

Kau tahu?

TIDAK bukan.

Kau hanya melihat aku gembira, ketawa berdekah-dekah sedangkan kau tidak ada ketika aku menangis.

Kau tiada ketika aku memerlukan bahu untuk dipaut.
Kau tiada ketika aku sukar untuk bangun ke tandas.
Kau tiada.
Yang ada, cuma mulut kau. Mulut kau yang lembut menutur bicara tentang diriku.

Kau tahu apa yang aku rasa? 

Kau tahu apa yang aku tanggung?

TIDAK.

Tidak ada siapa yang tahu.

Hanya Allah yang tahu, dan biarlah ia terus menjadi rahsia Allah. 

Rahsia Allah tentang diriku, sebagaimana rahsia Allah tentang dirimu dan mereka.

Aku sakit. Sakit aku ini tidak bisa diungkap. Kerana aku tidak bisa menghuraikan. Kerana aku tidak mahu diketahuan.

Aku sakit. Sakit aku reda bila disapu ubat. Tapi ia sekejap cuma, kerana ianya sekadar luaran. 

Dari pinggang sampai ke peha. Ubat tahN sakit itu memberi kesan. Dua tahun berlalu baru ia nampak impaknya. Baru ia keluarkan taringnya.

Ya, aku membasuh, mengangkat benda berat, mencuci tandas. Bukan aku berkira, tapi siapa lagi mahu membantu aku. Anak-anak masih kecil. 
Aku takut jika bukan aku, pasti anak-anak yang akan jatuh jika aku tidak mencucinya. Kerana aku sendiri banyak kali hampir terjatuh.

Apabila aku baring, aku tidak mampu bangun sepantas dahulu. Aku sedih, kerana aku tidak bisa begitu cepat menunaikan permintaan anak-anak aku.

Anak-anak aku, ketika kamu menangis kerana aku tidak menuruti kemahuannu, ketahuilah, bahawa aku sangat sedih jauh di sudut hatiku. 

Aku mahu main kuda-kuda bersamamu. Aku mahu main jongkang jongket seperti selalu. Aku mahu kamu naik ke badanku.

Tapi aku sakit anakku.

Anakku. 
Maafkan aku tidak cemerlang dan sempurna sebagai ummimu.
Maafkan aku tidak secantik wanita lain, tidak wangi seperti mereka, tidak kurus seperti mereka.

Ketahuilah olehmu wahai anak. 
Sekali aku memarahiMu, bukan bererti ku tidak sayang.
Kerana sayang aku marah, kerana sayang aku tegur, kerana sayang aku cubit.
Bukan mahu kau takut dengan aku, tapi cukup sekadar kau menghormati aku.

Aku tidak mahu kau kecewa saat aku sudah tiada, saat itu kau katakan aku tidak mengajarimu.
Saat aku sudah di dalam tanah, saat itu kau katakan kau rindu padaku. 
Saat aku sudah di tanya oleh malaikat, saat itu kau tidak tahu untuk berdoa untukku.

Anakku, 
Acuanmu itu aku.
Acuanku adalah datukmu.
Sebagai mana kau melihat aku, begitulah acuan datukmu kepadaku.

Aku tidak diajar untuk mudah mendapatkan sesuatu.
Aku tidak diberitahu bahawa dengan menangis aku akan dapat coklat kesukaanku.
Aku tidak dibilang bahawa tangisanku akan membutuhkan aku sebuah permainan.
Aku tidak dididik sebegitu.

Aku sudah tidak punya ibu, wahai anakku.
Aku sudah tidak punya doa yang mustajab.
Aku sudah tidak punya "bahu" untuk ku sandar.
Aku sudah tidak punya "tangan" yang sudi membelai rambutku.
Aku sudah tidak punya "kaki" untuk datang melihat aku, bertanya khabarku.
Sudah tidak ada sayang.

Tapi kamu punyai aku.

Beruntungnya kamu kerana masih ada aku.

Jika aku tiada, siapa lagi yang mahu mendodoikanmu?
Siapa lagi yang mahu menyisir rambutmu?
Siapa lagi yang mahu mencubit kamu atas kesalahan yang kamu lakukan?
Siapa sayang?

Tapi tak mengapa sayang.

Ini semua rahsia Allah.

Aku mohon, Allah masih beri aku ruang dan waktu untuk bersama kalian.
Aku mohon, Allah beri aku masa untuk Ku lapangkan bersama kamu.
Aku mohon, Allah beri aku kesempatan agar aku sentiasa tenang menempuhi dugaan ini.

Aku mohon.
Kamu mengerti keadaanku.

Aku sakit anak.
Aku sakit teman.
Aku tahu aku sedang sakit.
Aku tahu aku memang sakit.

Bagi aku masa, aku mahu merawatnya.
Bagi aku peluang, aku mahu mengubahnya.
Beri aku kesempatan, agar aku tak terus sakit.

8 RAMADHAN 1438H
Sabtu
11:39PM



1 comment:

Mar Mansor said...

semoga terus diberi kekuatan..sakit apa ye?
JanjiKita

!!Jom Tambah Pendapatan!!