kbba9

! Ramadan / Raya Sale !

Saturday, January 07, 2017

:)

Ya Allah, sedapnya makan pengat nangka panas-panas ni. 


Sedap sangat.


Di sini lah tempat menumpang kasih, baru fikir nak makan, dah ada orang buatkan. 


Syukur. 


Inikan namanya rezeki. Tak kan nak nafikan lagi? 


Senyum ☺️


*maaf, gambar tak ada. Sebab tak nak kecurkan air liur orang lain. (Padahal tak sempat amek 😝)


#TerimaKasihMamaMertuaku

#KakNaGojes


DAY 3 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Dengan Kawan

Assalamualaikum .

Hai korang . 

Cabaran hari ketiga ni agak sukar sedikit bagi KakNa . Almaklumlah , KakNa ni tak ramai kawan . Huhu .

 

Taraaa ... 

Nilah dia kawan KakNa . Kawan yang sangat baik dengan KakNa . Umur dia beza 3 tahun je dengan KakNa , tapi KakNa memang dah anggap dia kakak KakNa .

Kawan ni , dia ada macam-macam jenis , ada yang ada ketika kita susah , yang ada ketika kita senang . Biasanya yang ada ketika kita senang tu ramai . 

Pada KakNa , kawan ni kita tak payah cari . Sebab , kalau korang jenis open minded macam KakNa , korang mesti jenis tak kisah punya nak kawan dengan sesiapa , tapi .. untuk jadi kawan baik KakNa , korang kena lepasi tahap ujian KakNa dulu . Kihkih ! Macam retis plak .

Apapun , gambar akak ni bukan bermaksud KakNa mengenepikan BFF KakNa , cuma buat masa ni , KakNa rasa gambar ni yang paling sesuai untuk KakNa kongsi , tambahan pula ini adalah gambar yang terkini . 

Korang plak macam mana ?

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

!!Jom Tambah Pendapatan!!