kbba9

Wednesday, March 22, 2017

#KakNaReview : Sambal Galore JB


Hai korang . 
Aritu ada tengok kat entry ni kan Wordless Wednesday #7 : Sambal Galore JB 
Lama dah nak share pasal benda ni , asyik tertangguh je . 
Okay . Hari ni KakNa nak share pasal Sambal Galore Pedas Melatoppp !!!

Sebenarnya , KakNa nampak Sambal Galore ni masa tengah scroll Instagram . First time nampak tu terus rasa nak cuba tau ! Apalagi , salin no telefon owner dan whatsapp . Tup - tup , seller tu orang yang KakNa pernah order makanan tengahari . So , memang percayalah kehebatan sambal ni .
Kebetulan masa nak order tu , kawan - kawan nak cuba jugak , maka KakNa pun order 4 bekas .

Sambal Galore ni ada 4 perasa :
- Sambal Hitam Petai  ( RM15.00 )
- Sambal Kering Bilis ( RM10.00 )
- Sambal Ikan Kurau ( RM16.00 )
- Sambal Asam Mangga ( RM12.00 )

Harga semua berlaianan tau !

So , untukkali pertama order , KakNa ambil Sambal Hitam Petai , 1 botol dan Sambal Ikan Kurau , 1 botol . Rasanya ? Perrrgghh !!!!

Inilah gambar Sambal Hitam Petai KakNa , hehe .


KakNa bawak sambal ni pergi kedai makan sebab masa ni KakNa puasa , so Mr. Clerk bagitau yang dia nak makan tom yam kat kedai favourite so apalagi , KakNa pun bawak lah sebab nak cuba kan ?

Rasa ?

Okay , bagi KakNa ni yang peminat tegar petai , rasa sambal ni agak sedap , eh , sedap ! cuma isi petainya sikit / halus . Almaklumlah , KakNa suka petai besar - besar . Tapi , pada KakNa sesuai lah dengan harganya . Kalau petai tu besar , kang mahal pulak harga sambal ni , jadi tak ada pula orang nak beli kan ?

Sambal kurau tu sedap tak ?

Okay , untuk yang ni , KakNa akan review di hari lain pula . hehe . baru best kan ? 

Okaylah , tu je lah nak share . Pada sesiapa yang nak beli Sambal Galore JB ni boleh lah hubungi nombor di bawah yer :

IG : Sambal Galore JB
FB : Harry JB Food
H / P : 017 - 7654482

Selamat Mencuba !



Wordless Wednesday #7 : Sambal Galore Jb





Tunggu next entry yer ! 
Search #KakNaReview

^_^
  

!!Jom Tambah Pendapatan!!