kbba9

Thursday, April 13, 2017

#KakNaReview : Farm Fresh Mixed Berries Yogurt

Assalamualaikum .

Korang dah sarapan belum ?

KakNa dah sarapan , pagi - pagi dah minum Susu + Koko Crunch . Sedap tau , nyummy !

Okaylah , hari ni , KakNa nak share tentang satu produk ni . Best sangat tau ! Korang mesti pernah cuba kot , sebab dia agak terkenal di kalangan netizen . Huhu .

Korang mesti suka minum Yogurt kan ?

KakNa memang suka sangat tau . !

Sejak pregnant anak yang ketiga ni , KakNa tak boleh minum susu Dutch Lady , jadi KakNa cuba cari susu lain , so , terjumpa lah susu Farm Fresh ni . Rasanya memang natural dan bagus sangat sebab KakNa minum perut pun lawas. Tambahan pula , Farm Fresh ni ada macam - macam jenis susu dan yogurt . Banyak sangat kalau nak cerita satu - satu . Kalau korang nak info lanjut , korang boleh tengok dalam website dia Farm Fresh Malaysia .

Tapi ada satu susu dia yang KakNa belum dapat minum dari anak kedua iaitu Susu Kurma . Ntah bila akan dapat minum pun tak tahu , huhu . 

Okay , sambung semula pasal yogurt ni , comel je yogurt ni tapi rasanya bila KakNa minum sebotol pun dah kenyang tau . Rasa buah yang sebenar selaras dengan konsep Farm Fresh itu sendiri iaitu 100 % Genuine Fresh Milk dan NO Colouring . Sedap sampai tak sedar dah habis sebotol . Hehehe . 

Comel kan ?

Botol Yogurt ni memang kecik je , isinya pun cuma 200g sahaja . Tapi pada KakNa , cukuplah buat tampung lapar atau untuk sesiapa yang nak berdiet . 

Untuk pengetahuan semua , perasa Mixed Berries ni adalah pertama kali KakNa cuba , sebab selalu KakNa memang beli perasa mangga je . 

Menarik sangat ! I like !

Warna tutup di dalam yogurt ni hijau cair ( tak tahu nak panggil hijau apa ) tapi , warna yang KakNa suka lah . Warna pastel yang menggoda jiwa . Huhuhu . 

Emm , rasanya itu jelah kot nak kongsi . Sebab KakNa ni pun masih mengasah bakat dalam penulisan ni . Maaf kalau ada yang bosan baca entry KakNa .

In shaa Allah , KakNa akan perbaiki lagi kemahiran menulis KakNa . Asalkan korang tak jemu nak datang baca . Huhuhu . 

Sehingga berjumpa lagi , dan terima kasih kembali . ^_^

!!Jom Tambah Pendapatan!!