JDT BLOGGER

Wednesday, January 31, 2018

Wordless Wednesday #5/2018 : My Baby Boo :)


My Baby Boo sekarang dah susut sikit sebab dah pandai meniarap dan berguling - guling . 
Semoga adik jadi anak yang soleh ya . 
Muah !

Sunday, January 28, 2018

Lelaki

Lelaki.
Apa sebenarnya yang kau mahu.
Sekejap mahu begini sekejap mahu begitu.
Sekejap dia sekejap aku.
Sekejap sayang, sekejap rindu.
Sekejap mahu, sekejap tidak mahu.
Sekejap mesra, sekejap dingin.
Sekejap marah, sekejap benci.

Lelaki.
Apa sebenarnya yang kau mahu.
Kalau dia begitu, kau jangan samakan aku.
Kalau sayang, katakan padaku.
Kalau malu, bisik padaku.
Kalau ramah, kau kata aku tak malu.
Kalau marah, tolong jauhi aku.
Kalau tegas, kau bilang aku serupa nenek kamu.

Lelaki.
Apa sebenarnya yang kau mahu.
Asyik saja bikin hati ku buntu.
Asyik saja mahu merayu.
Asyik saja buat aku tak menentu.
Asyik saja mengarahku ini dan itu.
Asyik saja mahu dituruti kemahuanmu.

Asyik saja kau yang serba tahu.

Lelaki.
Aku juga punya hati.
Aku juga punya harga diri.
Aku juga punya integriti.
Aku juga punya keyakinan diri.
Aku juga punya olahan emosi.
Aku juga punya rasa tidak puas hati.

Lelaki.
Kau mahu aku ikut cara kamu,
sedang aku mahu bebas di alam semesta ini.
Kau mahu aku tulus mencintai kamu,
sedang kau sendiri tidak tulus dengan hatimu.
Kau mahu bebas tanpa ada ikatan dengan aku,
sedang kau sendiri mengikat aku dengan janjimu.
Kau mahu aku mengerti hati dan perasaanmu,
sedang kau masih asyik memainkan perasaanku.

Lelaki.
Kau dan aku ciptaan sempurna Yang Maha Esa.
Kau dilahirkan begitu atas kemahuanNYA.
Aku dilahirkan begini atas kemahuanNYA.
Kau dan Aku tak akan sama dan tak pernah sama.
Namun, hati kau dan aku TETAP MILIKNYA.

Nurfarhanah Suardi
Ahad
28.01.2018
1.40petang

p/s : sila SHARE jika anda suka :)

Wednesday, January 24, 2018

Wordless Wednesday #4/2018 : Life is too short


Life is too short to wake up with regrets.

So love the people who treat you right . 
Forget about these who don't . 
Believe everything happens for a reason . 
If you get a chance , take it . 
If it changes your life , let it . 
Nobody said life would be easy , 
they just promised it would most likely be worth it .

- PAULO COELHO

Monday, January 01, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum .

Alhamdulillah , syukur masih diberi peluang untuk menghirup udara pagi ini . 

Iya , sudah masuk tahun baru . Apa azam tahun 2017 yang dah korang capai ? 

KakNa ? Alhamdulillah .

Tak semua dapat dicapai tapi Allah bagi yang lebih lagi .

Banyak nak cerita , in shaa Allah , satu persatu KakNa kongsi ya .

Bukan apa , blog ni dah lama sepi dari follower . In Shaa Allah tahun baru akan ada anjakan paradigma dalam blog ni .

So , tunggu ....

Terima kasih sudi baca , bye !

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING