kbba9

DUIT MODAL

Wednesday, May 23, 2018

Cuti Rehat (Part 2)

Sambungan ... yang belum baca boleh baca di Cuti Rehat (Part 1) .

Masa sampai kat pejabat , fikiran aku cuma satu . " Ya Allah , kau permudahkan lah urusan aku " 

Aku buat kerja sehabis cepat kerana aku mahu ambil anak - anak aku .

Aku mesej suami . Iya , aku tahu dia sibuk . Tak mengapalah . Biar aku uruskan mereka sendirian . Aku kan ibu yang hebat . Aku boleh .

Masa berlaku begitu pantas . 

10.30 am aku masih di pejabat .

Aku mohon kelulusan dengan Pegawai aku lalu berjalan sehingga tidak jejak tanah . Aku mahu mendapatkan anak - anak aku . Aku tidak menghubungi suami aku . Biarlah jika ada yang mengatakan aku memanjakan suami sekalipun . Pada aku , ini anak - anak aku . Sakit mengandungkan mereka pun belum tentu suami aku dapat fahami apatah lagi mahu memahami perkara remeh ini .

Setelah selesai menulis di buku laporan anak - anak , aku meminta mereka membawa beg masing - masing kerana aku telah membawa 3 beg dan perlu mendukung si baby .

Mereka seronok sangat . Balik , mereka minta aku singgah membeli aiskrim . Jujur aku cakap , aku memang tidak puasa memandangkan susu badan aku mulai merundum . Aku layankan mereka .

Seronoknya melihat mereka bermain melompat sehingga sampai di rumah .

Panjang ceritanya lagi tapi aku pendekkan . 

Hasil beberapa hari bersama mereka , aku dapati mereka kurang selesa berada di sekolah sebab mereka membesar di rumah orang . Namun begitu , aku tahu mereka sedaya upaya mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru .

Terima kasih anak - anak .

Seminggu bersama mereka ( tolak cuti Jumaat Sabtu ) aku dapat melihat banyak perkembangan mereka . Mereka mulai bijak berkata - kata . Mereka seronok duduk bersama aku . Sesekali aku bawa mereka berjalan selepas buka puasa . 

Mereka selalu cakap bahawa aku selalu tinggalkan mereka di sekolah . Allahu 😭

Umi terpaksa sayang . 

Semalam mereka mengajak aku belajar tentang solat dan menunjukkan cara untuk solat . Aku rasa , betapa bertuahnya aku bila anak aku beritahu yang mereka perlu solat dan doan untuk aku agar aku sihat sentiasa . Aaminn

Apa yang aku nak sampaikan di sini , aku secara jujurnya manusia yang berasa rugi tidak dapat melihat semua perkembangan anak - anak aku . Namun begitu , Allah bagi aku penawar dengan melihat si Amsyar belajar merangkak . Alhamdulillah .

Iya . Aku akui menjadi suri rumah sangat memenatkan , namun aku gembira . Berbanding aku duduk di pejabat , lebih banyak ME TIME . Tapi tak mengapa . Aku tahu , ini adalah salah satu cara Allah nak bagi aku rasa menjadi suri rumah bekeja dari rumah . 

Terima kasih ya Allah . 

Aku telah menafaatkan. Apa yg belaku aku jadikan sebagai panduan kelak .

Untuk yang mendoakan anak - anak aku , terima kasih . Bagi yang ingat aku sedang berseronok , Alhamdulillah juga sebab korang dah kurangkan buku amalan jahat aku .

Semoga apa yang jadi menjadi hikmah buat aku dan keluarga .

Jumpa lagi . Terima kasih 😌

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING