JDT BLOGGER

Sunday, May 27, 2018

Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum semua.


Dah selesai berbuka? Alhamdulillah.


Ingat. Jangan makan terlalu banyak ya, nanti susah pula nak beribadat.


Hari ni, KakNa nak share sikit tentang TANGGUNGJAWAB.


“TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA”


Kenapa ibu bapa? Ibu bapa adalah orang yang melahir dan membesarkan kita, oleh itu mereka perlu dilebihkan berbanding orang lain di dalam kehidupan. 


Banyak hadis Nabi SAW yang menyentuh kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Salah satunya berbunyi “ Redha Allah terletak pada redha ibu bapa “. 


Redha ibu bapa juga membawa keberkatan dalam kehidupan. Walaupun nampak kecil, kesalahan kepada ibu bapa adalah besar di sisi Allah. 


Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada dosa kepada ibu bapa.


Alhamdulillah. Itu lah sikit KakNa nak share pasal tanggungjawab ni. In shaa Allah lain kali KakNa share pasal tanggungjawab lain pula ya.


Bulan Ramadhan ni, bulan paling mudah nak gembirakan ibu bapa kita. Jadi, ambil peluang ini ya kawan-kawan.


KakNa semalam dah masakkan makanan berbuka untuk abah KakNa. Alhamdulillah. Simple tapi tengok abah berselera makan.


In shaa Allah, lain kali boleh masak lain.


Korang dah buat sesuatu untuk ibu bapa korang? ☺️


#ILoveMyFamily 

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING