JDT BLOGGER

Saturday, April 20, 2019

We Love You Babah



Semalam dia hantar gambar ni lepas video call dengan anak-anak. Macam biasa hujung minggu kami di rumah, hujung minggu dia di luar. Dia cakap, bulan ni kena kerja keras, bulan depan nak beli barang untuk raya. πŸ˜”
.
Malam tadi, lepas dia call, aku terus doa semoga apa yang dia buat untuk kami, Allah permudahkan.
.
Tadi lepas call dia, aku terus rasa rindu. Selalunya kalau sehari, jarang aku nak sempat rindu. Sebab dah biasa kena tinggal.
.
Tak tahulah, sebab malam ni malam Nisfu Syaaban ke apa, tapi memang rindu. .
Semua tengah tunggu dia balik. Kejap-kejap tanya, kejap-kejap bukak pintu.
.
Kalau lah dia tak ada, aku pun tak sekuat sekarang ni.
.
Aku ni banyak sangat dosa dengan dia, tapi dia tetap layan aku baik.
.
Sayang, i tau u baca. I am sorry, for everything. Terima kasih selalu sokong i. Semoga Allah tunaikan impian u. Aaminn Ya Mujib.
.

#kamiyangmenjalankanamanah #demibeyblade #demilegoland #demibajuraya #weloveyoubabah

Friday, April 19, 2019

Rindu Bertamu

Tiba-tiba aku rindukan seseorang. 

Seseorang yang pernah beritahu aku, 

“kak, walaupun akak belum kaya, akak dah banyak tolong orang kak. Saya tahu, satu hari nanti akak pasti berjaya. Jangan lupakan saya ya kak.”

Terima kasih dik. Walaupun akak jarang whatsapp kau. Akak mmg rindu kau. Kau datang masa aku diuji dengan kesihatan anak-anak aku onn off. 

Iya. Demam, sakit mata dan lain-lain.

“Akak tak kuat, tapi Tuhan akak bantu akak”

Terima kasih Allah pinjamkan kekuatan pada aku.

Adik, kau tahu siapa kau. Moga Tuhan kau bantu kau juga 😌

Assalamualaikum dan selamat pagi 🌸

Thursday, April 11, 2019

Penjaga Pejabat #1

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni, aku saja nak kongsi dengan korang pasal Penjaga Pejabat di pejabat aku. Emm, cerita ni bukan cerita seram, tapi cerita benar.

Ada seorang hamba Allah ni, dia selalu menjadi mangsa keadaan. Sebelum dia berkahwin, dia memang selalu tawarkan diri untuk "jaga pejabat" sebab dia nak bagi orang lain yang dah berumahtangga peluang berasa seronok untuk bercuti bersama keluarga tanpa fikirkan hal kerja. Hamba Allah itu, berharap satu hari nanti, dia akan dapat peluang itu juga.

Pada tahun 2012, beliau berkahwin, beliau telah memohon cuti perkahwinan selama seminggu, namun begitu, atas desakan kerja, suami beliau pun terpaksa untuk hadir bekerja setelah cuti selama 3 hari. Berbaki 4 hari cuti yang beliau telah pohon terpaksa dibatalkan :( ialah, apa guna bercuti kalau suami sendiri tiada di rumah kan?

Sehingga lah beliau mempunyai anak ketiga pada 2017. Beliau masih menjaga hati rakan sekerja untuk tidak bercuti raya kerana mahu menjaga pejabatnya. Baik sungguh hati beliau kan? :(

Baru-baru ini beliau mendapat khabar gembira di mana adik kesayangan beliau yang telah hampir setahun tidak berjumpa akan pulang beraya di kampung halaman. Gembira tidak terkata hati beliau dan telah merancang cuti bersama anak-anak beliau untuk pulang beraya ke kampung halaman lebih awal. Namun, belum smepat beliau menyatakan keinginan beliau, beliau telah diminta oleh pegawai beliau untuk "menjaga pejabat" atas alasan, kampung beliau dekat. Sayu hati beliau.

Semenjak diberitahu beliau tidak akan dapat bercuti, semangat bekerja beliau terus turun. Sebab bertahun-tahun beliau tidak kisah akan cuti raya, namun setelah diberitahu bahawa adik kesayangannya akan balik, beliau memang bersemangat untuk cuti. Tapi itulah.. Emm...

Korang nak tahu siapakah beliau?

Wednesday, April 10, 2019

Wordless Wednesday 30 :

Minggu yang padat, minggu menjaga hati anak dan suami.

Kau rasa, aku ada masa nak sakit kepala?

Sunday, March 31, 2019

Buat baik, dibalas baik

Assalamualaikum korang.

Harini aku nak share sikit pasal isu buat baik ni.

Dalam kehidupan aku, biasanya aku memang orang yang jenis suka tolong orang yang ada masalah atau pertolongan aku dan aku juga biasanya akan lebih mudha untuk bersimpati lah. Allah tu dah takdirkan aku ni sifatnya begitu, tapi, biasanya orang suk ambil kesempatan.

Tapi, baru-baru ni, aku dapat seorang budak intern dekat office aku so budka ni umur lebih kurang adik kesayangan aku iaitu 24 tahun. Budak ni selalu cakap aku baik dengan dia, kadang aku rasa macam aku ni tak layan dia, tapi dia masih cakap aku ni baik dengan dia.

Masa cuti sekolah hari tu, budak ni dia pergi bercuti di Langkawi, jadi dia belikan aku lah buah tangan yang mana dia dah bagitau aku awal (spesis tak leh rahsia, hahaha) aku rasa macam dihargai sangat dan aku rasa macam wow! tak sangka ada orang yang baru kenal aku (tak sampai 3 bulan) nak belikan aku buah tangan tau, siap pakej mak mertua dia sekali nak belanja aku coklat. hehe. seronok kan?

Alhamdulillah :)

Sebab tu aku selalu percaya, kalau aku buat baik dengan orang, Allah akan jumpakan aku dengan orang-orang yang baik dan sayang pada aku. Harapan aku semoga korang pun akan sentiasa jumpa orang yang baik-baik dalam hidup korang. Aaminn.

Okaylah korang, aku nak sambung buat kerja dulu ya. Assalamualaikum. 

Thursday, March 28, 2019

Monolog Kejayaan : #1

“Kau ada HQ, kau copy je apa HQ buat.

Kau pasti boleh!”


I am talking to myself. 


Tak pelah, mungkin selama ni bisnes yang aku buat tak menjadi, tapi aku tahu, selama yang tak menjadi tu Allah nak suruh aku nilai, siapa yang ada bersama aku ketika aku jatuh dan bangun. Siapa yang sambut tangan aku ketika aku perlukan. Siapa aku di mata Allah, lebih penting daripada siapa aku di mata manusia. Berapa lama aku sujud dan bersyukur pada DIA? Berapa banyak aku bersedekah? Berapa banyak aku habiskan masa ke jalan Allah? Itu yang Allah nak aku fikir.


Ya, aku selama ni menyusahkan orang lain, tapi aku tak pernah niat dengan sengaja untuk buat semua itu terjadi. Semuanya pun Allah dah tulis cantik-cantik untuk aku. Kalau aku minta bantuan, itu kerana aku benar-benar butuh bantuan. 


Tapi, biasalah manusia, sampai bila mahu dibantu? Kata mereka.


Tapi, kita siapa untuk pertikai semua takdir Allah. Sekarang kau bantu aku, esok lusa, kalau bukan aku pasti ada orang lain akan bantu kau. 


Kadang aku takut nak kongsi apa yang aku tahu. Tapi sejak aku percaya konsep semakin banyak kau beri, semakin banyak kau akan terima. 


What you give you get back!


Kita tak boleh nak nilai orang lain hanya dengan apa yang kita nampak selagi kita tak selami kehidupan mereka. Kita jangan jadi juri atas kehidupan orang lain. Bukan juga penonton wayang dan drama sambil makan pop corn. Kita ada kudrat. 


Jika mahu membantu, hulurkan bantuan, jika tidak mampu, berikan semangat dan bahu untuk dipinjamkan. Sebab kita tak tahu bila kita pula yang akan berada di bawah dan tangan siapa yang akan hulurkan bantuan.


60. Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

(Al-Ghaafir : Ayat 60)

Wednesday, March 27, 2019

Nak Join Team JDT Blogger

Assalamualaikum korang .

Hari ni aku rasa macam banyak pulak idea yang datang untuk menaip . Hurmm . Sebenarnya , aku dah lama nak aktif semula dalam duni ablogging ni, cuma tak ada idea je, asyik buntu, tambahan pula, laptop dah lama rosak, nak bukak PC, alahai ! 

Itu semua alasan lah KakNa ooiii!

Lepas tu, orang lain pergi event sana sini, ko mereput cemburu, eh! hahaha.

So, arini aku nak mesej salah seorang ahli blogger JDT Blogger yang aktif untuk tanya macam mana cara nak jadi ahli JDT Blogger. 

In shaa Allah, blog aku selepas ni akan lebih aktif lagi dan lebih ceria. 

Doakan aku ya korang.

UPDATE :

27/03/2019
Salah seorang admin JDT Blogger dah add aku dalam group Whatsapp JDT Blogger. Tetiba aku rasa bersemangat nak menulis semula. Semoga semangat ini berkekalan sampai hujung nyawa. Aaminn. :)

Our Special Dates (FarAmy Family)

BIRTHDAY FARAMY FAMILY
30/06/1981 - Azmi
14/02/1987 - Farhana
06/02/2014 - Amyrul Arsyad
27/04/2015 - Amyrul Akhmal
14/08/2017 - Amyrul Amsyar

FARAMY FAMILY MILESTONE
16/2/2008 - couple
26/12/2009 - merisik
09/01/2011 - bertunang
30/11/2012 - nikah
01/12/2012 - sanding
30/11/2013 - 1st Anniversarry
Mei 2013 - Feb 2014 : first pregnancy
06/02/2014 - our first baby : Amyrul Arsyad
06/02/2014 - my first day breastfeeding journey
05/07/2014 - Arsyad meniarap! 5bulan 5hari
30/11/2014 - 2nd Anniversarry
06/02/2015 - Arsyad berjalan dengan 3 langkah !
March - April _ Arsyad said "baba, mama, papa, dada"
Julai 2014 - April 2015 : second pregnancy
27/04/2015 - our second baby : Amyrul Akhmal
27/08/2015 - our Akhmal start angkat kepala, meniarap, berguling ke kanan dan ke kiri! lebih banyak bergerak, lebih banyak kegembiraan!
27/09/2015 - Arsyad sebut "Ummi", "Makan" "Jangan" "biarkan" "taman" Alhamdulillah!
30/11/2015 - 3rd Anniversarry
20/12/2015 - Akhmal sudah mula menunjukkan tanda untuk merangkak dan memanjat.
10/01/2016 - Akhmal berdiri sendiri, memapah pada badan aku. Lepas tangan dua saat! Wow! Go adik, go!
29/01/2016 - Akhmal kena Simple Fit (Sawan). Masuk Hospital Sultanah Aminah semalam (Berat 8.5kg, Tinggi 74cm)
30/01/2016 - Akhmal pandai merangkak dua langkah, jatuh dan mengengsot balik.
31/01/2016 - Akhmal nampak susut. :'(
04/02/2016 - Akhmal melangkah dua langkah, berdiri tegak.
06/02/2016 - Arsyad turns 2! :)
21/08/2016 - Allah knows everything :(
23/12/2016 - We will get another baby! Alhamdulillah.
27/04/2017 - Akhmal turns 2 and I bought a bicycle for the boys !
19/06/2017 - My baby was 30weeks in my tummy !
25/06/2017 - First time My Family potrait for 4 of us!
25/07/2017 - Meet the O & G for our third baby
14/08/2017 - Our New Baby - Amyrul Amsyar
24-25/08/2017 - Warded at Hospital Pontian for prolonged jaundice
30/11/2017 - Our 5th Anniversary!
01-31/12/2017 - My sons stay with the new nanny for a month
04/12/2017 - Start working again!
04/12/2017 - Meet the PIC for Taska Puri
01/01/2018 - First day Amyrul Siblings at Taska Puri
01/01/2019 - First Day Arsyad go to Pra Sekolah :)

Mengandung lagi?

Assalamualaikum gais.

Semalam 26.03.2019, secara rasminya berat aku naik mendadak menjadi 100.00kg, so, dalam kepala aku ni, dah fikir macam-macam, adakah aku memang kuat makan sekarang atau aku mengandung?

Apapun, aku perlu berhati-hati, jika ini rezeki anak lagi, aku akan jaga sebaiknya. Moga Allah permudahkan and i will update soon!

Tuesday, March 26, 2019

Sobella Birthday Edition (BE)



Korang, tak lama nak keluar dah Sobella Birthday Edition. 

Sobella 5.0 korang dah grab belum?

Dekat aku ni ada beberapa ketul lagi je, kalau korang nak grab boleh je, mehlah !

Do whatsapp me okay?

Fana
016-7253014

Ganjaran untuk anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang, seronok ke tengah bercuti tu? Untunglah dapat menghabiskan duit buat keluarga tercinta, oopss! Alhamdulillah, siapa nak bagi kan masa yang berkualiti untuk anak-anak kan? 

So, untuk cuti sekolah kali ni, aku bagilah peluang untuk anak-anak aku pilih mereka nak ganjaran apa. Sebab mereka berkelakuan baik sepanjang ketiadaan Big Boss. 

Apa yang diorang minta?

Anak sulung @ Arsyad :
* bermalam di rumah nenek.
- sejak lahir, sampailah sekarang, anak-anak belum berpisah daripada kami. Jadi, bila si Arsyad mohon untuk tidur di rumah mertua aku, aku merasakan bagai kehilangan sesuatu. Lagi pula, Arsyad merupakan "buah hati" aku, agak sukar untuk aku melepaskan. Namun, disebabkan tiada kerja rumah yang dibekalkann oleh, guru, aku mulai setuju dengan permintaannya.

Anak kedua @ Akhmal :
* menonton wayang bersama guru-guru dan rakan-rakan taska
- ini memang aktiviti wajib bagi pihak taska setiap kali cuti sekolah. Akhmal pula memang agak baik sepanjang minggu lepas, jadi apa salahnya kan? Mereka akan menonton filem Upin Ipin pada 27.03.2019

Anak ketiga @Amsyar
- Morning Walk di Hutan Bandar, MBJB. Adik kecil lagi, belum pandai bercakap dan meminta-minta, jadi umi hadiahkan itu jelah. Hehehe. Morning walk bersama abang Akhmal dan kawan-kawan Taska. Seronok anak-anak bila lihat gambar-gambar mereka.

Okaylah, buat masa ini, ini sahaja. Lain kali kita cerita lagi.

Bye!



Friday, February 08, 2019

10 tahun setia di sini, 08.02.2010 - 08.02.2019

Assalamualaikum .

Hai korang . 

Hari ni aku nak share pasal 10 tahun setia kau di sini . Di tempat kerja aku , di tingkat yang sama , cuma cawangan yang berbeza . 3 tahun cawangan A , 6 tahun cawangan B . Alhamdulillah , itu saja aku boleh cakap . Aku memang dah lama mengharapkan untuk keluar daripada Jabatan ini , tapi dalam masa yang sama aku masih memikirkan tentang anak-anak aku . 

Mesti , iyalah . Aku kan ibu , hal anak mesti jadi keutamaan aku .

Ramai yang kata sebab aku ni kaki kipas sebab tu masih bertahan di cawangan B . Namun begitu , jika kau seorang kaki kipas , sepatutnya kerja aku lebih mudah , tapi nampaknya tugasan sehingga gred tinggi pun aku buat juga . Jadi , mana yang dimaksudkan istilah kaki kipas ? 

Apapun , aku bersyukur daripada anak dara , sampai anak tiga , aku telah berkhidmat di sini dan aku percaya bahawa ALLAH telah susun cantik perjalanan hidup aku . Aku tahu itu , apa yang aku perlu adalah SABAR dan REDHA .

gambar di lobi Jabatan ku :)

Doakan aku diberikan rezeki daripada cara yang lain , agar aku tidak terlalu memikirkan tentang isu untuk tukar cawangan atau jabatan .

Aku juga berharap agar mereka semua lebih menghargai aku kerana aku telah mengabdikan diri aku pada pekerjaan ini kerana ALLAH S.W.T.

Aku tahu , bukan mudah untuk aku melakukannya tanpa izin ALLAH . Semua yang berlaku ini , adalah kerana izin ALLAH juga . ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku dan keluargaku .

Semoga aku terus kuat demi suami dan anak - anakku . :)

Thursday, February 07, 2019

07.02.2019

07.02.2019

Bila kau putuskan untuk tidak memikirkan sangat tentang hal orang lain , dan kau rasa kau macam manusia tak berguna sebab pentingkan diri :(

Wednesday, February 06, 2019

Arsyad Turns 5 Years Old

hai korang .




My cheeky boy tu dah masuk 5 tahun today gaiiisss !

06.02.2014 ~ 06.02.2019 

Tapi , iols ada kat kampung hari ni, petang baru balik . kali ni dia tak nak balik kampung sebab tak boleh berpisah dengan paklong kesayangan . In shaa ALLAH , lepas balik JB nanti kiteorang celebrate birthday dia . Terima kasih for all the wishes tau uncles and aunties !

Love,
Mak Arsyad

Saturday, February 02, 2019

Perempuan

Perempuan, Seusai "aku terima nikahnya" dia menjadi "wira" dalam keluarganya.
Mungkin seminggu dua, sebulan dua sang lelaki demam "terkejut" kerana kehadiran perempuan. Perempuan juga lemah, mungkin demam. Namun, perempuan itu juga akan merawat lelaki mereka.

Perempuan, 9 bulan 10 hari dia usung perut memboyot. Cantik dan buruk, bergantung pada hormon. Hormon baik, maka puteri raja lah beliau. Hormon jahat, hantu kak limah teman sejiwa.

Perempuan. Cukup masa bertarung nyawa. Ada yang kata macam sembelit, ada yang kata macam senggugut belum juga lagi yang bilang seakan mengeluarkan "emas" dari lubang. Kasihan.

Perempuan. Siang malam bersengkang mata, memikir bagaimana anak mahu menyusu selama dua tahun, susu apa yang terbaik, makanan apa yang terbaik. Bukan bilang lelaki tidak turut serta, akan tetapi amat sedikit jumlahnya.

Perempuan. Apa yang dimahukan hanyalah pelukan, penyataan dan pertanyaan. "Sudah makankah kamu?" "Aku sayangkan kamu" Kau peluk lah erat perempuan itu, akan dipeluk erat hatinya untukmu.

Perempuan. Dari lemah gemalai bisa jadi singa jadian. Bukan dia mahukan begitu, kadang keadaan menimpa berbatu batu. Adakah kamu ambil tahu?

Perempuan. Kau patut pegang hatinya bukan kau caci makinya. Sebab dia cuma ada 1 akal dan 9 nafsu buasnya. Buas untuk makan, buas untuk membeli belah, buas untuk bergaduh dengan kau, buas juga keras kepalanya. Adakah kau sedar itu?

Perempuan. Dia tahu lelaki yang baik tak akan tinggalkannya, walau dia buruk macam opera cina. Walau dia busuk kerana menjaga anak-anaknya. Walau dia makan macam esok pengakhiran dunia. Walau dia kasar macam gangster.

Perempuan. Lelaki hanya tahu perempuan itu kuat. Perempuan itu tabah. Sekali terluka dia bisa bangkit semula.

Perempuan. Cukup. Cukuplah kesian pada orang. Cukuplah pentingkan orang. Lihatlah diri sendiri, dirimu tak berganti baju. Dirimu tak berseri lagi, dirimu tak bermaya lagi. Dirimu tak cergas lagi. Lihat, apa lagi kau masih mahu fikirkan hal orang?

Perempuan. Tulisan ini, tulisan terbuka. Ilham datang dari yang Maha Esa ketika melihat anak sedang leka bermain gembira. Bukan niat mengata sesiapa atau membuka pekung di dada. Laju sahaja tangan ini menaip di atas "notes" telefon yang ada. Kalau kau suka, aku gembira. Kalau kau marah, aku mohon maaf secara terbuka. Kalau kau mahu komen, silakan, aku akan baca. Mudah kan? 😊

Lelaki. Hidup aku dikelilingi lelaki. Ada 5 hati lelaki aku perlu jaga. Jadi, tak perlu nak kecam bagai segala. Kalau kau marah maka kau terasa. Kau terasa sebab kau lah orangnya. Jadi, adakah aku perlu tahu itu semua? πŸ˜›

Kawan-kawan. Hidup aku suka menulis, kalau ada masa aku menulis [baca : menaip] Bagi aku menulis ini perlukan jiwa. Sebab idea itu semua datang daripada ALLAH jua.

Kau suka, aku mohon kau πŸ‘πŸ»
Kau terasa, aku mohon kau ❤️
Kau budiman dan dermawan, aku mohon kau SHARE. 😊
Moga Allah lindungi kau perempuan dan lelaki itu.

Fana❤️
02.02.2019
Sabtu
7.05 malam
Larkin

Thursday, January 31, 2019

Abah .

Bukan subuh sahaja namanya aku sebut. Setiap masa. Namanya tak pernah lekang dari bibir dan hati aku.

14.02.2004
Kasut converse hitam.
Aku merengek dalam dewan makan. Abah datang sempena besday aku. Bawak kek, makanan dan macam-macam.
RM50.00 abah bagi aku. Duit belanja aku simpan. Sebab nak cukupkan RM100 masa tu. 
Aku berjanji yang kasut aku tak akan koyak lagi dan aku tak mintak lain.

10 tahun. 

Aku jaga. Adik beradik baik kandung atau tiri nak pinjam jangan mimpi.

2014.

Genap 10 tahun.

Ia rosak di rak kasut. Hanya kerana orang lain tidak tahu nilai kasut tu.

2019.

Aku masih bersedih.

Sampai hari ni, aku masih tak mahu beli kasut converse hitam yang lain. Walau hati kepingin bukan main.

Bukan kerana nilai wang, tapi ...

Tuesday, January 29, 2019

Lelaki Paling Hebat

Lelaki Paling Hebat
.
Allah beri aku, 4 lelaki hebat. Tapi dia paling hebat. Seawal kehadirannya aku sedari, aku dapat rasakan pelbagai dugaan bakal aku hadapi.
.
Aku bersangka-sangka dengan rezeki Allah.
.
Tapi Allah tak pernah zalimi aku. TAK PERNAH.
.
Hari ni, aku kepenatan. Tertidur. Sedar-sedar seluar basah penuh dengan minyak urut. Aku terus menangis. 😭
.
Sebenarnya aku tak pasti kenapa aku menangis. 
.
Aku . Aku .


.
Aku cuma tahu aku menangis sebab aku penat. Penat sangat mungkin sampai tertidur. Si anak yang tidak tahu apa-apa letak kembali minyak tersebut. Alahai!
.
Aku bareng kembali tanpa cakap apa-apa. Sedar-sedar, muka aku penuh habuk biskut. 😭😭
.
Anak ini ingin makan biskut tapi uminya KETIDURAN. Apalah yang aku penat sangat. Atau apakah yang buat OTAK aku penat.
.
MANUSIA. Because of them i be a “sick people”. I hate myself. I hate all the things around me. I just wanna quit! 
.
Quit from all this SHIT!
.
I dont feel happy to go to work or i dont feel to eat just like before. Some people say its good for me because i have a “badak” shape. So, when i eat less i will be more “kurus”. 
.
It is TRUE? 
.
NO! They lying to me. 😭
.
Maaf. Balik pada topik asal. Anak itu, sekali lagi datang dekat pada aku dan cakap “baaa.. baaa.. baaa..” spontan aku tepuk tapak kaki dia sebab teraburkan biskut. Then i cry again. Louder than before. I just wanna to show him that i so frustated to him. Honestly, i am TIRED! 
.
He just sat there and watching me crying. 
.
Lepas kemas, aku ingat aku nak bareng. Sebab aku cakap OTAK aku penat. Aku dengar dia nagis, aku cuma cakap. “Diam sayang. Kepala umi sakit”
.
Titik.
.
Aku sedar-sedar, suami aku balik dengan dua lagi anak aku, and anak yang sorang itu menangis. Aku rasa dia dahaga susu. 
.
Anak itu, bila dia nampak aku cuba bangunkan badan badak aku ni, dia datang pada aku dan pegang muka aku. Lembut. Redup mata dia. Dia tarik muka aku, dia cium pipi dan mata aku. Aku tahu dia sedang cuba kata “umi, saya minta maaf”.
.
Hati ibu. Aku menangis. Tengah menaip aku menangis. Anak kecil aku tahu merawat hati aku. Anak kecil aku tahu aku sedang bersedih. Padahal, anak kecil itulah satu masa aku tak sangka kewujudan dia dalam perut aku. Anak kecil itu jugak asbab Allah salurkan rezeki buat aku dan keluarga.
.
Aku harap Allah lindungi dia. Sebab aku tahu, aku tak mampu jaga dia 24 jam. Aku tahu, aku bukan ibu yang terbaik. Tapi aku selalu cuba. Aku harap dia maafkan aku. Aku harap dialah juga penyelamat hidup aku nanti. Moga Allah perkenankan doa aku untuknya. Aaminn.

Nota : Gambar tu masa sebelum aku tertidur. πŸ˜”

#MyWarrior #KakNaPreciousMoments #AmyrulAmsyar17 

Monday, January 28, 2019

kisah 90kg

Hai korang !

Aku saja nak share , aku ni susah gila nak dapat berat ni balik. dah dekat 4 tahun struggle nak dapatkan 90kg ni . 

2019?

aku tak pasti kenapa susah sangat.

yang aku tahu , aku susah nak hentikan makan benda merapu .

ALLAH . 

Korang tak payah lah kecam aku sangat , sekurang-kurangnya aku ni tak delah merempan tak tentu pasal . sebab korang yang kurus kering acah-acah gemuk tu tolong insaf lah . 

menyampah tau tak? 

kalau setakat berat 45kg , dengan ketinggian yang ideal apa lagi korang nak ha?

adalah baik korang doakan aku plak dapat berat ideal , muahahahaha . 

Adios !

Sobella So Lawa






JOM GRAB !

Whatsapp : 016-7253014

My Beauty Review : #Toner


Satu-satunya toner yang Fana paling setia (buat masa ni) 😍

Youth Shaklee best!

#ShakleeReview

Friday, January 25, 2019

gerimis

Setengah jam lepas, Allah turunkan gerimis. Awan gelap. Macam nak hujan.


Maka, berlari-lari lah si anak dan si emak untuk mengangkat kain.


Ada yang merungut, ada yang bersyukur. 


Tiba-tiba terdetik dalam hati, “Ya Allah, kau cerahkan lah cuaca pada hari ini supaya baju-baju yang aku basuh pada hari ni kering dengan cepat. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.”


Lima minit berlalu.


Awan gelap perlahan-lahan berlalu pergi. 

Angin. Sepoi-sepoi menghempas pipi. 


Allahu.


Bingkas bangun dan terus menjemur baju lagi. Alhamdulillah. Allah dengar doa aku. 


Begitulah kata-kata si ibu yang sudah mendobi sejak subuh lagi. Terima kasih Allah. Terima kasih. Nikmat apa lagi yang aku ingin dustakan?


Umi.

Baru selesai jemur baju.

Thursday, January 10, 2019

Bos garang atau bos tegas?


Ada orang ajak bincang isu ni tadi.

.

Pada aku untuk jadi KETUA mestilah kena TEGAS dan paling penting menjaga KEBAJIKAN pekerja bawahan. .

Kalau garang, tapi tak tegas? .

😊

.

Yang aku pasti, struggle is real!

.

πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼😌πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

.

Nota : aku pun tak tahu kenapa orang suka tanya aku pasal isu bos garang dan tegas ni.

10,000 langkah sehari

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI 10,000 LANGKAH SEHARI ?

  • Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
  • Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori  = Sama dengan sekeping roti canai tu..
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit


Salah satu penyebab parut di muka aku hilang dulu.
.
Setiap bulan pergi Watson nak beli benda ni.
.
Alhamdulillah.
.
2019 mungkin kembali dengan dunia drugstore semula.
.
😊
.
@innershineclub 
#Innershine

Wednesday, January 09, 2019

Wordless Wednesday 29 : 09.1.19

09.01.2010

Alhamdulillah, aku telah sah menjadi tunangan orang. :)

09.01.2019

Alhamdulillah, aku telah sah menjadi mak kepada tiga orang anak. :)

Syukur dan terima seadanya.

#KisahFarAmy

Tuesday, January 08, 2019

finish each day and be done with it. You have done what you could. some blunders and absurdities have crept in; forget them as soon as you can. tomorrow is a new day. you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense. \emerson\

Tuesday, January 01, 2019

Hari Pertama Arsyad ke Pra Sekolah


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu. Anak bujang aku dah pun 5 Tahun. Aku bangga (baca:terharu) dengan pembesaran dia. Rasa macam baru semalam aku jogging suami isteri di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru untuk proses kuruskan badan. Sebab masa tu, aku baru tahu, kalau kita terlalu gemuk atau terlalu kurus kita susah nak mengandung.

Akhirnya, Allah perkenankan doa kami yang berusaha gigih tanpa gagal. :)

Hari ini, anak sulung kami, telah mula bersekolah.

Sungguh terharu rasanya. 

In Shaa Allah, lepas ni aku akan abadikan memori anak ini di sini buat kenangan dia bila besar nanti.

Masa di rumah, Arsyad suruh aku dan suami tunggu, tapi kami cakap kami tunggu sekejap je. Alhamdulillah, dia tak nangis, tapi bergenang air mata je. Kami tunggu lebih kurang dalam 20 minit sahaja.

Hari pertama, macam - macam gelagat anak -anak kecil masuk ke sekolah. Semoga semua ibu bapa lebih tabah dalam membesarkan anak-anak. :)

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING