JDT BLOGGER

Tuesday, May 21, 2019

Syahdu

Syahdu.

Dari pukul 4 pagi lagi.

Tengok HP.

Pap!

21.05.2019

Iya, kalau dia masih ada. Aku sanggup ambil cuti. Demi dia. Kalau dia ada, usianya baru menginjak 62 tahun.

Rindu.

Kapan rindu ini akan berpenghujung?

Mungkinkah malam tadi dia sedang melihat aku? Tapi aku tak bisa melihatnya. 

Kapan aku berpeluang memeluknya?

TIDAK BISA KAPAN PUN.

Pagi ni, aku menaip tanpa henti. Taip datang dari hati. Rindu aku padanya, sungguh aku rindu. Aku masih tidak mengerti saat dia meninggalkan aku. Aku masih butuh nasihat dan pelukannya. Yang tidak akan aku dapat daripada sesiapa pun.

TIDAK.

Doaku. Moga Allah beri kesempatan buat aku berjasa untuknya, melalui cara ku sendiri. 
Doaku. Moga rumahnya lebih lapang dan terang dan tidak dibebani oleh dosa-dosaku.
Doaku. Aku akan bertemu dengannya di syurga.
Doaku. Aku bisa bersemadi bersebelahan dengan dia.
Doaku. Aku tidak meninggalkan anak-anak ku saat mereka masih memerlukanku.

Kau tak akan tahu betapa rindu itu tak ada penghujungnya, sehingga kau berada di situ.

21.05.1957~04.10.1998
Almarhumah Nor Aini binti Sahat
Al-Fatihah

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING