Monday, March 30, 2020

Kebaikan dibalas Kebaikan



Pengajaran Hadis:

1.  Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti bantuan,  pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas dengan kebaikan yang setimpal.

2.  Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai salah satu dari cara kita bersyukur.

3.  Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazaakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Daripada Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958, Status; Hadis Hassan)

4.  Semoga Allah SWT akan  memperbaiki akhlak kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang sentiasa bersyukur. Jazakallahu khairan kepada yang sudi membaca.
#StayAtHome

No comments:

!!Jom Tambah Pendapatan!!