Friday, March 06, 2020

Seger Beramal Soleh


Pengajaran Hadis:

1.  Sesunggunya Allah SWT yang menciptakan manusia daripada tiada kepada ada. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Lalu akan dihidupkan kembali di alam akhirat yang kekal selama-lamanya.

2.  Jangan mensia-siakan waktu yang masih ada sebelum datang penyesalan yang tiada berguna. Perbanyakan istighfar (memohon keampunan) dan tinggalkan maksiat serta seringlah mengingati kematian kerana kita tidak tahu bila saat kematian akan tiba. Sesungguhnya dengan mengingati kematian seseorang Muslim itu akan sentiasa teruja melakukan ketaatan.

3.  Setiap Muslim hendaklah segera beramal sebelum datangnya tujuh perkara berikut :

a)  Kemiskinan yang melupakan  kewajipan seperti tidak kisah soal halal dan haram.
b)  Kekayaan yang menimbulkan rasa angkuh dan sombong.
c)  Penyakit berat sehingga sukar untuk beramal soleh.
d)  Tua yang menyebabkan nyanyuk dan keuzuran.
e)  Kematian mengejut.
f)  Kemunculan Dajjal sebagai makhluk jahat.
g)  Hari Kiamat yang sangat mengerikan.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

!!Jom Tambah Pendapatan!!